KENAPA SEMALAM TIBA - TIBA PAKATAN RAKYAT A..K.A PENIPU RAKYAT MENJADI PEMBELA MELAYU??
Terkejut juga penulis melihat klip daripada Malaysiakini yang mana merakamkan tragedi BANTAH PPSMI yang diperkuda oleh Pakatan Rakyat, terutamanya PAS.
Penulis tak dapat melihat rakyat yang mengikuti demonstrasi tersebut berbaju NEUTRAL, tapi apa yang penulis nampak, ada banyak bendera PKR dan PAS. Dimanakah DAP? Adakah mereka turut berjuang bersama PKR dan PAS?
Hairan bin Ajaib! Pengkhianat bangsa tersebut menjadi hero dijalan raya untuk mempertahankan maruah bahasa kebangsaan yang kononnya di nafikan oleh kerajaan BN? Betulkah mereka memang pejuang bangsa?
Fikirlah! Pada Sultan pun mohon MENDERHAKA, tiba - tiba nak jadi pembela negara? Kepada semua blogger PRO PR dan penyokong PR yang mana "fanatik" akan BANTAH PPSMI, jangan berlagak serupa hero di filem hindustan.
Tak payah nak tunjuk yang anda semua tu bela bahasa kebangsaan. Orang hina raja pun anda sokong, ni nak bela bahasa? Podahcit!
Jangan maki polis kerana menembak air kedalam masjid, kerana itu adalah kesalahan besar yang Pemimpin Pakatan Rakyat lakukan. Mempergunakan masjid untuk tujuan politik kotor. Adakah ini benar - benar perjuangan bahasa ataupun lagak hero tamil?
Podahcit, kepada semua penjilat PR. Piiiraaahh!
Salam..
BalasPadamMemang inilah kerja parti pembangkang...tak habis habis mahu bangsa sendiri menjadi bangsa yang dungu...bodoh la yang senang.Sampai hal hal pendidikan untuk anak anak pun di tentang dan diserang habis2an.
Apakah mereka tidak mahu melihat anak anak bangsa berjaya dalam menghadapi zaman yang semakin mencabar ini.Kenapa sekarang harus kita mempersoalkan PPSMI yang sudah menampakan sedikit kejayaan pada anak anak kita.
Bagi pakatan rakyat apakah tiada satu jalan penyelesaian dapat dicari dari melibatkan anak anak dari mengadakan demontrasi yang tidak secara langsung akan mengheret mereka kekancah pemberontakan.
Sepatut nya perlu kita tangani akan masaalah disiplin para pelajar yang mana gejala membuli dan memukul semakin menjadi jadi masa diperingkat sekolah.Mungkin inilah hasilnya dari tindakan pakatan rakyat yang sering mengadakan demontrasi bagi mencari jalan penyelesaian dari duduk semeja.
Kenapa hanya pelajar anak anak bangsa kita yang selalu menyertai demonstrasi jalanan ini.Bagi saya ini lah kepentingan politik bagi pakatan untuk menjatuhkan kerajaan.Janganlah kerana ingin menunjukan tindakan yang diambil itu betul kita tunjukan pada anak anak tentang kelemahan diri dan lemah semangat dari kita.
Seharusnya kita sebagai pemimpin pada anak anak ini perlu kita memberikan semangat bagi mereka untuk menempuh hari hari yang semakin mencabar dan bergelora bagi hadapi tempoh menuju negara 2020 nanti.
Apakah akan hilang indentiti bangsa melayu hanya dengan mempelajari matematik dan sains dalam bahasa inggeris. Tidak mungkin kita akan menjadi satu bangsa yang lemah hanya dengan perlaksanaan PPSMI. Bukankah masih ada pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diajar dan harus diberi penekanan supaya pelajaran matematik dan sains dapat difahami? Zaman telah berubah, Dunia sudah maju akan tetapi Melayu yang menentang masih tidak mahu memanjukan diri dari pelbagai sudut seolah macam filem Melayu yang masih ditakok lama dan apabila dikritik melalak sana sini. Begitu juga kepada PR Perak yang gagal matematik dari segi bilangan Adun yang menyokong sehingga tertubuhnya Kerajaan BN diPerak. Akhirnya tanam pokok "Jembalang" dimana mesyuarat bawah pokok diadakan oleh yang bergelar Speaker dan diikuti oleh balaci PR Perak. Pokok IPOH telah melahirkan nama Ipoh, jadi tidak perlu tanam pokok lain sebagai simbol untuk tujuan pelancongan. Bodoh namanya.
Kepada Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan pengerusinya Datuk Dr Hassan Ahmad jangan kerana ingin berpolitik ingin kita lihat anak anak bangsa yang akan menerajui negara ini nanti adalah terdiri dari anak anak yang lemah jati diri dan tidak tahu untuk menghargai ilmu.
Memansuhkan PPSMI bermakna kita mahu bangsa melayu terus ketinggalan dari mendapat tempat dalam persaingan dunia yang semakin mencabar.PPSMI tidak akan menghapuskan bangsa melayu itu dan sama sekali juga tidak menghapuskan bangsa bangsa lain dimalaysia ini.
Kenapa puak puak PAS yang mahu PPSMI ini dihapuskan.Tidak mahu anak melayu menguasai ilmu kerana PAS takut akan hilang pengaruh, biar pemimpin mereka sahaja yang berilmu.
Tidak pula kelihatan orang orang DAP dan PKR menentang kerana mereka tahu bahasa inggeris adalah penting pada mereka.
Apakah untuk menjadi seorang doktor kita tidak perlu bahasa inggeris,begitu juga untuk menjadi seorang peguam,jurutera dan berbagai lagi keperluan kerja yang memerlukan kan kita mahir dalam pengguasaan bahasa.
Dalam zaman dunia yang penuh cabaran ini janganlah kita yang ibarat rumah kata pergi kubur kata mari ini kita sekat akan kebolehan dan keupayaan anak anak melayu dari terus menimba ilmu yang akan membawa mereka kearus kemajuan yang akan bakal akan mereka tempuhi.
PPSMI perlu diteruskan bagi memberikan anak anak kita peluang untuk mereka memperolehi masa depan yang baik untuk terus mereka bersaing didalam dunia yang tiada sempadan ini.Yang penting bukan cara demontrasi untuk kita cari jalan penyelesaian kerana ianya hanya mendedahkan anak anak kita pada satu perkara yang akan melemahkan diri dan bangsa itu sendiri.
Yang penting adalah perlu kita teliti bersama bagi meningkatkan lagi tahap kemampuan anak anak kita supaya ianya akan memberi manfaat pada seluruh warga malaysia itu sendiri dan jenerasi jenerasi yang mendatang yang merupakan pewaris pada negara yang berdaulat dan merdeka.
Akhir sekali mari lah kita renungkan dengan hati dan fikiran yang tenang apakah PPSMI ini untuk diri kita atau untuk generasi yang akan mewarisi ketamadunan yang kita sama sama bangunkan.
Wallahuallam..
Salam perjuangan..
Kenapa hanya pelajar anak anak bangsa kita yang selalu menyertai demonstrasi jalanan ini.Bagi saya ini lah kepentingan politik bagi pakatan untuk menjatuhkan kerajaan.Janganlah kerana ingin menunjukan tindakan yang diambil itu betul kita tunjukan pada anak anak tentang kelemahan diri dan lemah semangat dari kita.
BalasPadamNampak sangat sifat kurang membaca.
Kenapa hanya pelajar anak anak bangsa kita yang selalu menyertai demonstrasi jalanan ini.Bagi saya ini lah kepentingan politik bagi pakatan untuk menjatuhkan kerajaan.Janganlah kerana ingin menunjukan tindakan yang diambil itu betul kita tunjukan pada anak anak tentang kelemahan diri dan lemah semangat dari kita
Ini pun satu contoh kurang membaca.
Apakah untuk menjadi seorang doktor kita tidak perlu bahasa inggeris,begitu juga untuk menjadi seorang peguam,jurutera dan berbagai lagi keperluan kerja yang memerlukan kan kita mahir dalam pengguasaan bahasa.
Dalam zaman dunia yang penuh cabaran ini janganlah kita yang ibarat rumah kata pergi kubur kata mari ini kita sekat akan kebolehan dan keupayaan anak anak melayu dari terus menimba ilmu yang akan membawa mereka kearus kemajuan yang akan bakal akan mereka tempuhi.
PPSMI perlu diteruskan bagi memberikan anak anak kita peluang untuk mereka memperolehi masa depan yang baik untuk terus mereka bersaing didalam dunia yang tiada sempadan ini.Yang penting bukan cara demontrasi untuk kita cari jalan penyelesaian kerana ianya hanya mendedahkan anak anak kita pada satu perkara yang akan melemahkan diri dan bangsa itu sendiri.
Hujah lemah, kononnya tak boleh pelajari Bahasa Inggeris tanpa PPSMI.
Nak belajar Bahasa Inggeris, Belajarlah.
Jangan memperbodohkan diri.
Politik itu luas, dan bukan hanya politik parti. Usah dilihat aspek parti pembangkang dan bukan parti pembangkang sahaja. Yang jelas PPSMI perlu ditangani secara berhemah. Kalau keadaan terpaksa berarak kita perlu berarak. Ini bab 'hukum' - Hukum itu dalam kiraan yang tepat, dan tidak pernah tersasar. PPSMI itu hukum (hasil) dari kelalaian tertentu.
BalasPadamPakatanrisma adalah sifat sekumpulan manusia yang bersepakat untuk memfitnah, membohong, suka menghasut, sentiasa memburuk-burukan perangai orang lain, sentiasa takbur dan besar kepala, sifat suka baling batu tapi sorokan tangan, sifat yang selalu mengatakan yang dia saja yang betul orang lain salah, semua orang bodoh kecuali dia, semua orang rasis kecuali dia, semua orang celaka kecuali dia, sifat yang suka berdolak-dalik, sifat orang yang janjinya sentiasa kosong belaka, merestui semua bentuk tindakan untuk menjatuhkan lawan termasuk merusuh, suka melabelkan seseorang dengan ganti nama negatif sekiranya tidak sebulu dengan mereka, melaga-lagakan umat untuk keuntungan sendiri. Suka menuduh orang rasuah tanpa bukti. Suka sangat publisiti murahan. Dengan lain perkataan, pemikiran mereka ini sentiasa tidak stabil.
BalasPadamItu adalah definasi saya bagi 'Pakatanrisma'. Ada sesiapa yang nak tambah definasi ini? Saya ingin mengajak semua blogger dan orang ramai menggunakan perkataan 'Pakatanrisma' bagi setiap sekumpulan manusia berkelakuan sedemikian.
Tanda-tanda awal "Pakatanrisma" adalah ketika pemimpin mereka mula bercakap karut di Parlimen. Mereka kemudian akan hilang rasa tanggung jawab pada diri sendiri, keluarga dan negara dan mula menggalakan orang ramai merusuh.
Kini PPSMI pula menjadi isu agar mereka dapat menunjuk-nunjuk kekuatan mereka, kononnya. Mereka bawa generasi muda bersama agar dapat membentuk sifat, perangai serta semangat 'Pakatanrisma' mereka. Orang muda ini memang seronok apabila disuruh buat begini. Apa yang mereka tidak sedar ialah masa depan negara ini akan tergugat.
Orang ramai perlu berhati-hati.
Anwar Ibrahim, Karpal Singh dan beberapa pemimpin PKR mempunyai perangai dan sifat 'Pakatanrisma' yang perlu dibendung sekiranya rakyat negara ini ingin hidup dalam keadaan aman dan damai.
Menteri Hisham Masih Di Bawah Tempurung
BalasPadam“Tidak. Kita dalam UMNO semua dididik untuk meletakkan kepentingan ramai lebih penting dan kedua, semalam saya tengok (dalam televisyen) tidak ada muka-muka yang saya cam macam orang UMNO, tetapi muka pembangkang ramai,” – Hishamudin Tun Hussain.
Ini jawapan calon Naib Presiden Umno apabila diaju soalan mengenai kemungkinan ada orang-orang Umno sendiri turut sama menyertai demo membantah PPSMI. Tiada muka orang Umno yang Hisham cam, maknanya ada muka yang dia tidak cam, tapi mereka orang Umno.
Maknanya juga, Dato’ Hassan Ahmad, A. Samad Said, Ainon Abdullah,Prof Abdullah, Prof Shahrir dan ramai lagi pejuang bahasa bukan orang Umno kerana mustahil Hisham tak kenal mereka. Mereka muncul dalam semua media utama.
Hisham masih gagal keluar daripada tempurung Umnonya. Dia masih bermain sentimen Umno – Pas dalam isu besar ini. Pas lebih terbuka, PPSMI bukan isu parti tetapi isu masa depan generasi samada generasi Umno atau Pas.
Gerakan ini adalah gerakan rakyat. Samada diketuai oleh Pas, atau didalangi oleh Pas itu bukan isunya. Isunya ialah ‘kerosakan’ yang disumbang oleh PPSMI. Kuasa yang berhak memansuhkan PPSMI ialah kuasa kerajaan.
Mengapa melihat isu ini dari sudut Pas atau Umno? Lihatlah isu ini dari sudut rakyat dan kerajaan. Cuba lihat ini sebagai desakan rakyat kepada kerajaan bukan desakan Pas kepada Umno.
Banyak orang yang sokong PPSMI, jelas Hisham lagi. Dalam logik Arab, banyak bermaksud lebih daripada dua. Tiga sudah dikira banyak. Soalannya, banyak itu sebanyak mana? Siapa orang yang banyak itu? Apa nama kumpulan dan gerakan mereka? Siapa ketua mereka? Di mana orang banyak itu berada? Adakah orang banyak itu diketuai oleh bapa Mukhriz?
Apa-apa pun, harapan rakyat ialah keputusan kerajaan berhubung isu ini menguntungkan rakyat bukan sekadar menguntungkan ‘orang banyak’ itu. Mungkin orang banyak itu ialah orang yang bertutur bahasa Inggeris di rumah. Adakah bilangan mereka sebanyak bilangan orang kampong yang anak-anak mereka hanya kenal bahasa Inggeris di sekolah?
Sudahlah Hisham. Orang tahu apa silap mata anda. Orang tahu dalam Umno masih ramai orang bapa Mukhriz. Kalau anda mansuhkan PPSMI sekarang, anda melukakan orang-orang bapa Mukhriz. Kalau itu anda lakukan bermakna anda akan kalah dalam pertandingan nanti.
Kekalahan itu lebih parah bagi anda berbanding parah luka PPSMI yang ditanggung rakyat.
Anda perlu keluar daripada tempurung Umno dan lihatlah dunia yang luas dan serba berwarna-warni ini. Kasihan mata anda kerana dia hanya terhidang dengan warna merah dan biru Umno sahaja. Kasihan juga kerana anda hanya tahu bermain keris tumpul Umno itu sahaja.
Kasihan Menteri Hisham. Ada sesiapa yang sukarela membuka tempurung Hisham?
Oh ya, apa khabar KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah)?
CIRI-CIRI MUNAFIQ
BalasPadamCIRI-CIRI MUNAFIQ
UNITED MUNAFIQIN NATIONAL ORGANISATION
"Khabarkan kepada orang-orang yang munafik bahawa mereka akan mendapat seksaan yang pedih." (An-Nisaa': 138)
"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk berserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahannam." (An-Nisaa': 140)
Dalam hal ini amaran Allah Taala amat jelas dan begitu tegas. Allah s.w.t. telah menjanjikan seksaan yang amat pedih sehingga mereka yang munafik ini akan ditempatkan dalam hina-dina. Mereka akan disumbat di dalam neraka yang paling dalam iaitu Jahannam bersama-sama orang-orang kafir.
"Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka." (An-Nisaa': 142)
Kita mesti memerhatikan diri sendiri dengan mengelak daripada terjerumus ke kancah golongan orang-orang munafik.
Golongan orang-orang munafik ini dapat dikenali melalui ciri-ciri berikut:
"Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya' (dengan solatdan ibadah lainnya) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali." (An-Nisaa':142)
1. Dusta
"Pada satu hari Rasulullah s.a.w. pernah bersabda antara maksudnya, "Celaka baginya, celaka baginya, celaka baginya, iaitu seseorang yang berdusta agar orang-orang bertaqwa." (H.R. Imam Ahmad Musnad dengan sanad Jayid)
Di dalam kitab Shahihain (Sahih Bukhari dan Muslim), Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tanda orang munafik ada tiga, salah satunya adalah jika berbicara dia berdusta."
"Apabila orang-orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: "Kami mengakui, bahawa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul Allah." Dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya orang-orang munafik itu benar-benar orang pendusta." (Al-Munafiquun: 1)
2. Khianat
"Apabila kamu tiada memperhatikan orang-orang munafik yang berkata kepada saudara-saudara mereka yang kafir di antara ahli Kitab: "Sesungguhnya jika kamu diusir nescaya kami pun akan keluar bersama kamu; dan kami selama-lamanya tidak akan patuh kepada sesiapa pun untuk (menyusahkan) kamu, dan jika kamu diperangi pasti kami akan membantu kamu." Dan Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya mereka benar-benar pendusta. Sesungguhnya jika mereka diusir, orang-orang munafik itu tiada akan keluar bersama mereka, dan sesungguhnya jika mereka diperangi; nescaya mereka tiada akan menolongnya: sesungguhnya jika mereka menolongnya nescaya mereka akan berpaling lari ke belakang, kemudian mereka tiada akan mendapat pertolongan." (Al-Hasyr: 11-12)
Sabda Rasulullah s.a.w., "Dan apabila berjanji, dia khianat. Barangsiapa memberikan janji kepada seseorang atau kepada isterinya, anaknya, sahabatnya atau kepada seseorang dengan mudah, kemudian dia mengkhianati janji tersebut tanpa ada sebab uzur syar'ie maka telah hinggap pada dirinya salah satu tanda kemunafikan."
3. Berlebih-lebihan dalam pertikaian
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Dan apabila bertengkar (bertikai), dia melampau."
Yang dicari bukan kebenaran tetapi kemenangan. Dalam bertikai, aib dicungkil untuk memberi malu dan menjatuhkan air muka, bukan mencari fakta dan kebenaran. Dan bila lawannya mengaku kesilapan, maka dibantainya semau-maunya.
4. Ingkar janji
Sabda Rasulullah s.a.w., "Tanda orang munafik ada 3; jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercayai (diberi amanah) dia khianat." (H.R. Bukhari dan Muslim)
"Mereka (orang-orang munafik itu) bersumpah dengan (nama) Allah, bahawa mereka tidak mengatakan (sesuatu yang menyakitimu). Sesungguhnya mereka telah mengucapkan perkataan kekafiran, dan telah menjadi kafir sesudah Islam, dan mengingini apa yang mereka tidak dapat mencapainya; dan mereka tidak mencela (Allah dan RasulNya), kecuali kerana Allah dan RasulNya telah melimpahkan kurniaNya kepada mereka. Maka jika mereka bertaubat, itu adalah lebih baik bagi mereka, dan jika mereka berpaling, nescaya Allah akan mengazab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat; dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pelindung dan tidak (pula) penolong di muka bumi." (At-Taubah: 74)
Saya antara ratusan ribu yang terlibat dan menjadi mangsa kerakusan pihak yang tidak bertanggungjawab dalam himpunan pemansuhan penggunaan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) . Himpunan kali ini mengimbau kembali nostalgia perarakan Keranda 152 beberapa dekad lalu. Tambahan kefahaman, KERANDA 152 - simbol perjuangan bahasa yang dimulakan oleh arwah Usman Awang pada tahun 1967 dahulu.
BalasPadamAngka 152 adalah fasal Bahasa Melayu di dalam Perlembagaan Malaysia. Membawa KERANDA 152 adalah mengosong mayat Bahasa Melayu. Jadi kita sendiri dapat lihat siapa yang menguburkan Bahasa Melayu di Malaysia ini jika bukan UMNO dan Barisan Nasional. Dimanakah ahli dan pimpinan UMNO disaat kita semua bersusah payah berhimpun, berarak dihujahi dengan berpuluh-puluh gas pemedih mata malah menjadi mangsa siraman air water canon oleh FRU yang tak ubah seperti boneka. Inikah yang dikatakan pejuang bangsa yang dilaungkan oleh mereka selama ini ??
Saya teringat kata-kata Yang Berbahagia Profesor Datuk Nik Safiah Abdul Karim menyampaikan ceramah beliau berhubung dengan Pengajaran-Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di Dataran Hamas, Kompleks Pas Kawasan Jasin, Melaka. Walaupun terpaksa menahan kesejukan kerana hujan namun lebih 1000 orang yang hadir tidak berganjak mendengar kupasan yang cukup akademik, bersemangat lagi menarik daripada tokoh bahasa Melayu tersohor di rantau ini.
Disini saya nyatakan tiga sebab penting mengapa PPSMI ditentang. Saya terpaksa mengambil maklumat ini dari blog Cikgu Azrin kerana rakaman suara yang dilakukan melalui telefon bimbit saya tidak dapat didengari dengan jelas tambahan suasana hujan ketika itu membataskan kerja-kerja saya.
i. Dasar ini tidak adil.
Dasar ini tidak adil kerana menganaktirikan golongan berpendapatan rendah khususnya di luar bandar. Orang yang menyokong dasar ini adalah mereka yang berpendapatan tinggi. Mereka tidak peduli orang di luar bandar yang miskin, tidak mampu menghantar anak tuisyen, malah ada yang tidak tahu ada guru tuisyen yang boleh mengajar anak-anak mereka. Dasar ini hanya mengntungkan segolongan kecil orang di bandar manakala yang rugi adalah orang luar bandar. Di mana keadila? Mengapa kita mesti menyokong dasar yang tidak adil ini?
ii. Dasar ini tiada alasan kukuh untuk dilaksanakan.
Kajian Unesco menyatakan ilmu dasar seperi sains dan matematik lebih baik diajar dalam bahasa ibundanya. Hal ini lebih disedari oleh masyarakat Cina. Mereka menolak dasar ini dan tetap mengajar murid mereka dalam bahasa Cina. Kejayaan Jepun, Korea, China, Perancis dan Jerman kerana semua negara itu mengajar sains dan matematik dalam bahasa ibunda. Di Indonesi, tiga tahun pertama persekolahan, murid diajar dalam bahasa ibunda sama ada Jawa Sunda, Makasar dan sebagainya. Hanya tahun keempat, murid diajar bahasa Indonesia. Mengapa kita tidak belajar daripada kejayaan orang lain?
iii. Dasar ini tidak betul.
Ia terbit daripada kerisauan pemimpin yang anak-anak kita tidak pandai berbahasa Inggeris. Mereka tidak risau anak-anak tidak tahu berbahasa Arab atau membaca Al-Quran dan lain-lain lagi. Mereka nak bawa ilmu dari luar, berniaga dan seumpamanya. Anak-anak mereka dihantar belajar ke luar negara bertahun-tahun, apabila pulang ke tanah air menghadapi masalah bertutur bahasa Melayu. Tetapi mereka menyalahkan bahasa Melayu sebab anak-anak mereka tidak tahu berbahasa Melayu. Mereka adalah seperti doktor yang tersalah memberi ubat untuk mengubati penyakit yang lain.
Kita perlu sedar bahawa bukan bahasa Inggeris sahaja bahasa antarabangsa malah bahasa-bahasa Arab, Sepanyol, Mandarin juga adalah bahasa antarabangsa.
Persoalan ahli-ahli bahasa ialah, mengapa hanya sains dan matematik mesti diajar dalam bahasa Inggeris? Jika anak-anak belajar sains dan matematik dalam bahasa Melayu pun mereka tidak faham dan cemerlang, apatah lagi bahasa Inggeris.
Jika ingin tingkatkan bahasa Inggeris, baikilah apa sahaja kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa tersebut. Jangan usik bahasa Melayu. Guru-guru era pasca merdeka, khususnya yang belajar sains dan matematik dilatih dalam bahasa Melayu tetapi dikehendaki mengajar dalam bahasa Inggeris. Adilkah mereka yang berkursus bahasa Inggeris tiga bulan dipaksa melaksanakan tugas sedemikian? Sebab itu, adalah sangat zalim memaksa guru-guru mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.
Anak-anak tidak mendapat ajaran yang sempurna kerana guru tidak terlatih dalam bahasa Inggeris. Amat zalim apabila anak-anak dipaksa bercakap dan menguasai konsep matematik dalam bahasa Inggeris yang mereka tidak faham. Mereka yang mempertahankan dasar ini berdosa kepada anak-anak, ibu bapa, guru serta bangsa Melayu keseluruhannya kerana ia adalah dasar yang salah.
Jadi kamu semua sudah faham mengapa kami semua mahu PPSMI dimansuhkan. Oleh itu demi kebaikan masa depan anak bangsa kami berusaha melawan agar Bahasa kita tidak dianaktirikan pada masa hadapan. Pimpinan sebuah Parti yang sebelum ini melaungkan mahu membela bangsa dengan menghunus keris kini tidak ubah menjadi manusia yang bacul di dalam dunia. Kamu semua sendiri sudah nampak siapa yang mengkhiati bahasa Melayu sebenarnya....
APA masalahnya dengan kehadiran pemimpin pembangkang pada demontrasi 100,000 Bantah PPSMI 7 Mac lalu? Sejak awal lagi, Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) sudah mencari tempat berpaut bagi menggerakan demontrasi itu. Tiada isu tentang kaitan pembangkang pada demontrasi ini. Mereka semua adalah rakyat Malaysia.
BalasPadamGMP telah mencari Pemuda Umno dan wadah Umno itu sendiri tetapi gagal memberi reaksi. Sebabnya mudah. Macam mana Umno dan respons kerana merekalah "hantu jembalang" yang menerima dan melaksanakan dasar PPSMI itu.
Merekalah (Umno) yang melanggar Akta Pendidikan, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Perlembagaan Malaysia 152. Tidak mungkin, Umno akan membantu dan menyokong GMP. Jadi kenapa, Hisyamuddin Husein kata himpunan itu didalangi oleh pembangkang.
Memang pemimpin parti pembangkang seperti dari PAS, Presidennya sendiri turun padang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang, Dato' Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Dr. Mohd Hatta Ramli, Dato' Kamaruddin Jaffar dan ramai lagi pemimpin peringkat negeri dan kawasan turun.
Kerana apa? Kerana mereka bergelar rakyat. Kerana anak mereka juga terperangkat dengan PPSMI. Kerana mereka prihatin. Kerana mereka tidak mahu bangsa Melayu mati. Kerana mereka tidak sanggup tengok bahasan Melayu di bunuh.
Mana pemimpin Umno? PAS sejak awal lagi sudah mengumumkan sebagai pembantu kepada menggerakkan himpunan ini. PAS mengerakkan road show bantahan ke seluruh negara. PAS gerakkan ahli-ahlinya yang besar untuk turun. Di mana salahnya? Macam juga Umno gerakan GPMS, Pekida, pelbagai NGO yang mandom, MBM, MAYC, Belia 4B dan lain-lain untuk sokong Umno bila tersepit dan terjepit.
Melihat Modus Operandi perhimpunan membantah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di ibu negara, Sabtu pasti ada benarnya dakwaan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa insiden yang hampir cetus keganasan itu didalangi pembangkang.
Sejak awal lagi, GMP menghantar memorandum kepada PAS dan PKR pada pilihan raya kecil di Kuala Terengganu. Kemudian menyerahkan lagi memorandum kepada kedua-dua parti itu di Perlimen. Mereka juga serah memo yang sama kepada Umno di Kuala Terengganu. Serah juga kepada Hisyemuddin di Parlimen. Apa yang tak kena?
Umno sudah dimaklumkan. Tak mahu dengar, itu memang perangai Umno. Pekak badak. Buta tuli. Sebab Umno yakin tidak ada siapa yang akan turun demo anjuran PPSMI itu. Isu bahasa, siapa nak beriya-iya. Orang PAS lagi tak mahu turun. Itu perkiraan pemimpin Umno. Bile meletup 7 Mac lalu, berulah Pak lah terkejut dan terkedu.
Berdasarkan apa yang berlaku sehingga memaksa polis melepaskan gas pemedih mata bagi menyurai perarakan kira-kira 100,000 pembantah PPSMI yang merempuh sekatan polis menuju ke Istana Negara, jelas tindak tanduk sebahagian mereka bukan berasas kepada perjuangan bahasa mahupun pendidikan. Bagi Hishamuddin, apa yang berlaku ‘ibarat sudah terang lagi bersuluh’, dengan kehadiran pemimpin-pemimpin pembangkang terutama PAS dan PKR yang mengheret sebahagian daripada mereka terbabit demonstrasi jalanan.
Hisyamuddin sedang mencari alasan. Untuk menafikan kebangkitan orang Melayu. Kalau Melayu itu dikatakan Umno bermakna, orang Umno akar umbi sudah bangkit. Menikam Umno. Menujah pemimpin Melayu dari Umno. Bukan senang nak gerakan orang Melayu bangkit. Hari ini, 7 Mac orang Melayu sudah bangkit. Orang Cina tak ada. Orang India jauh sekali. Kalau ada sokongan moral tidak dinafikan.
Ini bukan demontrasi BERSIH dua tahun dulu. Semua kaum ada. Cina dan India turun padang pada angka yang besar. Demo PPSMI ini, solid orang Melayu yang datang. Berhimpun. Berarak menunju Istana Negara. Soal pembangkang jadi dalang tidak timbul. Tapi sebagai parti pemerintah, mengaitkan pembangkang lebih mudah menyelesaikan masalah.
Adakah berhenti setakat itu? Umno juga akan bermesyuarat tergempar membincangkan trend sokongan orang Melayu. Pada PRU lepas, orang Cina dan India menyokong pembangkang. Umno dan BN hanya menang di kawasan orang Melayu. Adakah orang Melayu akan bersama Umno dan BN selepas ini?
Setelah mereka lihat reaksi negatif Hisyamuddin dan pemimpin Umno terhadap PPSMI? Najib membisu seribu bahasa? Hanya menumpang kenyataan Hisymuddin semata-mata. Setelah memerhati apa yang terjadi di Perak. Umno bukan lagi dilihat payung orang Melayu sebaliknya sudah menjadi "musuh ketat" orang Melayu.
Kalau Hisyamuddin dan pemimpin Umno seangkatan dan sewaktu dengannya masih berperangai buta mata, pekak badak, keras hati, bahut dan keras kepala, maka terimalah akibatnya pada pilihan raya umum akan datang. Jawapannya sudah ada dan boleh dicongak-congak. Trend pengundian orang Melayu kini sudah berubah!
Biasalah PR tu. Semua nak dipolitikkan. Nanti apa pulak nak jadi bahan politik? Bajed mini.
BalasPadamPedih mata apabila melihat para pejuang bahasa ditembak dengan gas asap. Sudah tentu pedih mata kita tidak sama dengan mata mereka yang hadir pada hari tersebut. Mereka hadir sebagai wakil kepada seluruh rakyat demi pertahankan hak yang sepatutnya dibela.
BalasPadamKehadiran mereka dicurigai kemuncaknya mereka bermandi asap . Sedikit tidak mendapat pembelaan tokoh melayu dari parti UMNO. Malah keji dan nista dihambur tanpa sedikit rasa bersalah .
Sikap sebenar pemimpin umno begitu sukar fahami oleh sebahagian besar ahli mereka .Apabila para pemimpin mereka berkokok bahawa mereka adalah pejuang bangsa terus ditelan bulat - bulat . Realitinya Umnolah penghakis hak dan maruah bangsa secara terhormat.
Perhimpunan anti PPSMI pada 7 mac 2009 akan terpahat didalam lipatan sejarah dimana perjuangan memartabatkan bahasa melayu ditentang oleh parti terbesar orang melayu sendiri .
Dengan mudah menteri pelajaran menuduh tokoh ilmuan bahasa sebagai boneka parti pembangkang. Jika tokoh bahasa sudah tidak dinilai sebagai pakar bahasa , apakah Hisham yang entah apa kelulusan lebih pintar daripada mereka ?
Orang melayu sering ditipu mentah - mentah oleh anak benih penjajah ini. Kita mahu bertanya apakah cukup mengucup keris tanda sayang melayu ? . Apakah sudah dikira pejuang melayu hanya kerana memakai baju melayu ? ( shah rukh khan pun boleh ).
Apakah memadai dengan hanya menjerit hingga keluar anak tekak dengan laungan hidup melayu ! melayu mana ? .
Kini retorik membela ketuanan melayu bergema lagi. Tetapi didalam versi mempertahankan kedaulatan Intitusi kesultanan Melayu .
Umno sebenarnya hanya mahu mempertahankan kuasa pemerintahan mereka .Melayu mereka hanyalah melayu umno . ' Daulat ' mereka hanyalah kuasa untuk mengabui mata rakyat yang tidak berfikir panjang .
Media massa dijadikan alat propaganda bahawa umno adalah pejuang , pintar daripada orang lain , kini bakal presiden mereka penganut akidah melayu glokal akan menerajui kemudi .
Dengan diselubungi pelbagai kontroversi misteri bersama isteri segalanya belum pasti .
Apakah nasib melayu di era kerajaan BN selepas ini ? .
Aku sokong PPSMI.
BalasPadamPPSMI perlu diperkasakan.
Bukan dimansuh atau dibubar...ni kerja politik murahan.
Perhatian kepada suami-isteri : Kempen KELUARGA BAHAGIA
Hentikan amalan seks oral. Hargai dan hormati bibir-bibir merah isteri anda, bibir yang mengaji kalimah-kalimah suci, bibir-bibir yang mendidik anak-anak anda.
inih blog..memang lbog kencing kuat.pewarismereng katakan.
BalasPadamTiga jam sebelum Menteri Kewangan, Mohd Najib Razak membentangkan bajet mininya di Parlimen jam 4:00 petang ini, berlangsung satu peristiwa diluar jangka yang penuh tandatanya, iaini Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi duduk serumah dan makan tengah hari bersama Anwar Ibrahim.
BalasPadammaklumat lanjut.jom masuk http://www.azrinblog2u.com
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamMelayu rugikah, PR takut? Sekarang, beritahu, berapa banyak buku sains dan mathematics diterjemahkan ke bm?
BalasPadammemang la masjid kena guna tak macam spesis korg masjid ada taknak solat berjemaah ni karoke dangdut & rumah urut
BalasPadampewaris melayu....atau pewaris anak beranak korang je....buatla goblog byk2 bukan org korang baca pun sbb menteri korang kata jgn pecaya internet...hahahaha
BalasPadamtok mudim ko telah memotong bahasa melayu...tak boleh pakai ni kena guna doktir perubatan islam la jawabnye
BalasPadamc:\del ppsmi.* /s /f /q
BalasPadamOrang melayu macam penyokong PPSMI ni kalau bangsanya diserang mereka sudah tentu akan mempertahankan sampai hancur daging tulang berkecai. Orang melayu macam penyokong PPSMI ni kalau ugamanya dihina akan dipertahankan sampai ketitisan darah yang terakhir. Konon-kononnyalah tapi aku tak harap sangat kerana lihatlah bila bahasanya dihina, dipinggir dan diperlekehkan kononya bahasa yang miskin, tidak berilmu dan ada yang menterjemahkan sebagai satu bahasa yang lucu disemenanjung tanah milik melayu sendiri, mereka menyokong. Sehingga ada yang sanggup mencaci maki pejuang bahasa sendiri. Bijak perancang PPSMI. Memang licik. Dia tahu orang melayu tak boleh nak katok mati, tak boleh nak dikafirkan, jadi mereka punahkan bahasanya dulu, mungkin 30 - 40 tahun lagi mintak leher pun mereka senang-senang bagi. Kesian bangsaku. Bersatulah walaupun kita cuma dicubit, inikan pula bahasa telah dirobek.
....delete PPSMI.
Podah pandi UMNO blog setan.Manyak khurafat la ini blog,kasi bikin malu sama Melayu.Penulis blog ini,aiyoyo bapak mak sibuk kongkek dalam bilik lupa ajar anak.kesian aiyoyo thambi podah sute nyai,manyak boring ooh lu punya cerita2 kat TV3 lagak hero Tamil lagi power ada bunyi tumbuk ini TV3 punya cerita manyak bangang.aiyoyo
BalasPadamKalau ko anak jantan paparkan komen aku,anjing lahanat
BalasPadam