MELAKA, 10 Mac (Bernama) -- Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Khoo Poay Tiong mendakwa Goh Leong San yang kini merupakan wakil rakyat Bebas selepas keluar DAP bulan lepas, menggunakan persidangan DUN sebagai medan untuk membalas dendam.
Khoo (DAP-Ayer Keroh) mendakwa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu berniat demikian apabila mengajukan soalan lisan tentang hasil siasatan terhadap laporan polis satu kes didakwa penipuan pajakan tanah melibatkan kerugian RM976,300 yang menyebut nama beliau (Khoo) dalam laporan polis itu.
"Sejak hari kedua, ketiga, keempat (persidangan DUN) setiap hari dia (Goh) hanya sebut mengenai laporan ini sahaja... menimbulkan persepsi negatif kepada saya dan DAP," katanya kepada pemberita di luar persidangan DUN di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.
Ditanya status pajakan tanah berkenaan, Khoo mengakui transaksi itu berlaku namun menegaskan ia merupakan transaksi 'tulen' dan bukannya suatu penipuan, malah sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terlibat.
Sementara itu, Goh ketika ditemui pemberita berkata beliau mengajukan soalan itu pada persidangan DUN atas dasar kepentingan rakyat.
"Ini suatu usaha pembelaan kepada pengadu terbabit, apapun kita serahkan kepada pihak polis untuk lakukan siasatan," katanya tanpa mahu mengulas lanjut.
Terdahulu dalam persidangan tersebut, Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron ketika menjawab soalan lisan itu berkata pihak polis mengesahkan laporan itu yang dibuat pada 14 Dis tahun lepas (2016) sedang disiasat.
"Pengadu mendapati tiada perkembangan mengenai tanah yang dipohon dan kesemua suspek tidak dapat mengemukakan sebarang dokumen berkaitan pajakan tanah terhadap pengadu. Merasakan diri tertipu pengadu membuat laporan polis," katanya.
Beliau berkata pada masa ini juga siasatan sedang dijalankan untuk mengumpul bahan bukti dan mendapatkan keterangan daripada saksi-saksi yang terlibat.
-- BERNAMA