Dr. M sahkan capai persetujuan pakatan gabungan

KUALA LUMPUR 14 Mac – Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa partinya telah mencapai persetujuan mengenai beberapa perkara berhubung pakatan gabungan yang bakal dibentuk bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 nanti.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, beberapa perkara diputuskan secara rasmi sebagai ketetapan kewujudan sebuah pakatan termasuklah sentiasa terbuka mene­rima apa juga parti yang berminat menyertai gabungan itu.

Beliau berkata, persetujuan turut dicapai bagi menyesuaikan nama gabungan yang dipersetujui parti pa­katan yang bakal di­ben­tuk tidak lama lagi.

"PPBM secara prinsip bersetuju untuk gunakan hanya satu logo, satu simbol dan manifesto yang sama bagi pakatan. Kita juga setuju dan memutuskan hanya satu calon sahaja diletak mewakili parti gabungan yang dibentuk nanti," kata beliau dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalannya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, ketetapan dibuat akan disokong parti komponen yang lain memandangkan pertindihan calon sesama parti dalam pakatan hanya memecahkan undi dan melemahkan gabungan yang dibentuk.

"Saya yakin mereka akan setuju malah sedar kerana kekalahan mereka dahulu disebabkan mereka tidak memperkukuhkan parti dan tidak bersama dalam gabungan yang dibentuk ketika itu," ujarnya.

PPBM sebelum ini telah me­ngumumkan masih belum menyertai pakatan secara rasmi, sebaliknya hanya menandatangani perjanjian kerjasama dengan Pakatan Harapan.

Antara kandungan perjanjian tersebut termasuklah kedua-dua parti bersetuju meletakkan ha­nya seorang calon mewakili Pakatan Harapan-PPBM di setiap kerusi ditandingi dalam pilihan raya umum.

--
Sent from Gmail Mobile via iPhone

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .