Speaker Dun Perak : Speaker Gila Talak!

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V.Sivakumar tidak boleh memanggil satu sidang tergempar dewan itu Selasa ini kerana tindakan itu tidak sah dan tidak boleh diadakan tanpa mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah BACA LAGI

PEWARISMELAYU:

Kenapa la si thambi ni nak buat sidang tergempar pulak? Dia ni masih gila talak lagi agaknya. Dia tak tahu kot, dia dah tak releven lagi di DUN Perak. Dia hanya BEKAS Speaker saja. 

Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dah dibubarkan.MB Nizar dah dilucutkan jawatannya. Kerajaan PR dah tak ada, ada lagi ke mamat perasan ni? ayoyo kadawaley, haritu terhegeh - hegeh nak minta perkenan Sultan nak buat sidang DUN. Awat nak minta kebenaran dekat Sultan?

Kenapa wahai Penjilat PR sekalian? Korang dah nafikan kuasa Sultan untuk melantik MB di Perak, kenapa nak perkenan Sultan untuk buat sidang DUN? Kalau dah hebat sangat, buatla. 

PR dah tak releven untuk rakyat. Melalak 24jam saja. Janji tinggal janji. Memang patut kerajaan PR jatuh. Zalim! Kejam! Tak professional! Tak demokarasi!

Posted in , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

19 Responses to Speaker Dun Perak : Speaker Gila Talak!

  1. utusan?baca boleh.percaya jangan :)

    BalasPadam
  2. Samalah dgn harakah dan suara keadilan. Tapi yang ini lagi teruk.

    BalasPadam
  3. Samalah dgn harakah dan suara keadilan. Tapi yang ini lagi teruk.

    BalasPadam
  4. umno dah tak diterima oleh orng melayu sekarang. tembelang umno dah pecah. itulah sebab umno tak berani nak berhadapan dengan pilihanraya dun perak. mereka bukannya jantan. najib dah gabra. cakap pun tersasul.

    antigap.

    BalasPadam
  5. kita di didik untuk patuh pada undang-undang..undang-undang perlu kepada penafsiran..najib bukan pakar undang-undang,zambri 786 bukan pakar undang-undang...kalau macam nie hancurlah negara jika najib altantunya jadi pi PMK

    BalasPadam
  6. kalau orang umnom ada telor ..ayuh bubar DUN..jangan berselindung belakang istana..dulu masa marah kat sultan..macam-macam kata kat sultan..londeh habis pakaian sultan..la nie..jadi pembela sultan..siapa yang kurang ajar dengan sultan..jawapanya umno laknatullah

    BalasPadam
  7. Yalah, Suara keadilan, Rocket, harakah, mengarut saja semua tu.

    BalasPadam
  8. Najib Tun Razak menyatakan bahawa sidang DUN Perak tidak boleh diadakan dan tidak sah sekiranya diadakan juga. Hari ini Najib mula berkata sah dan tidak sah sesuatu yang dilihat pada pandangannya tidak mengikut Perlembagaan. Sebelum ini Najib tidak menghiraukan sah ataupun tidak perlantikan Zambry sebagai MB Perak sedangkan MB yang sedia masih memegang jawatan secara sah. Hj Nizar dilantik oleh Tuanku, tetapi Tuanku tidak ada kuasa melucutkan jawatan MB setelah dilantik. Jawatan Hj Nizar sebagai MB akan terlucut hanya apabila DUN dibubarkan, Hj Nizar meletakan jawatan dan juga melalui usul undi tidak percaya di DUN ataupun Hj Nizar hilang kelayakan sebagai ADUN. Semua proses tersebut tidak berlaku ke atas Hj Nizar. Ini bermakna beliau masih sah sebagai MB Kerajaan Pakatan Rakyat sehingga sekarang.

    Pada tahun 1974 telah berlaku kemelut atau krisis seumpama ini di Perak. Ghazali Jawi tidak diperkenan oleh Sultan Idris sebagai MB. Tuanku diperdaya kononnya Ghazali Jawi menjadi MB selama 2 tahun sahaja. Ada yang menasihati Tuanku bahawa tidak ada peruntukan dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak seorang MB dilantik hanya untuk tempoh 2 tahun. Tuanku Sultan Idris murka di atas kerja licik UMNO yang memperdayakannya. Tuanku minta Ghazali Jawi letak jawatan, tetapi tidak dihiraukan. Krisis semakin parah ketika itu. Tuanku bernazar selagi Ghazali Jawi tidak letakkan jawatan, baginda tidak akan mencukur janggut, jambang dan misai. Ada yang memberitahu saya, sebagai tanda protes Tuanku telah membawa keretapi dari Ipoh ke Tg. Malim seorang diri (cerita ini tidak ada yang mengesahkan kebenarannya). Pemuda UMNO ketika itu dengan lantang menyatakan kepada Tuanku bahawa Sultan mempunyai kuasa melantik MB, tetapi tidak ada kuasa melucutkan jawatan MB.

    Najib memberi alasan sidang DUN tidak boleh diadakan kerana kes kesahihan kerajaan BN masih dalam perbicaraan di mahkamah. Kalau itu alasannya, Zambry juga tidak boleh menjalankan tugas sebagai MB, menggunakan semua kemudahan sebagai MB, menerima apa-apa elaun sebagai MB, kerana Zambry juga sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Kalau begitu, selama menunggu kes tersebut diputuskan oleh Mahkamah Tinggi, yang lebih berhak sebagai MB bagi mengurus tadbir negeri Perak ialah Dato' Seri Hj Nizar Jamaluddin.

    Semalam, Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong mengatakan bahawa Sidang Tergempar DUN Perak tidak sah diadakan kerana tidak mendapat perkenan Tuanku terlebih dahulu. Dua sebab yang berbeza, Najib kata tidak sah kerana masih dibicarakan di mahkamah tinggi, Abdullah Antong kata tidak sah keranan tidak mendapat perkenan Tuanku.

    Jawapannya dua-dua tidak betul. Speaker Sivakumar lebih betul kerana inilah kuasa Speaker yang sebenar. Mungkin terdapat berbagai-bagai tafsiran dalam memahami kuasa Speaker, tetapi menurut Perintah-perintah Tetap DUN Perak, fasal 89 bahawa Keputusan Tuan Speaker berkenaan dengan sebarang tafsiran dalam mana-mana Perintah-perintah tetap ini atau berkenaan dengan sebarang amalan tertakluk kepada usul yang dibawa dengan maksud itu, adalah muktamad, dan Tuan Speaker dari semasa ke semasa, boleh mengeluarkan keputusan-keputusan berkenaan dengan perkara-perkara ini.

    Jelas sidang tergempar DUN pada 3hb Mac ini adalah sah dan muktamad. Tidak ada pihak lain boleh pertikaikan, sila bawa ke mahkamah sekiranya didapati melanggar peraturan. Sewaktu Speaker sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan mengambil keputusan mengantung Zambry selama 18 bulan dan 6 exco haram selama 12 bulan daripada menghadiri sidang dewan, mereka juga yang mempertikaikan, sehingga sekarang mereka tidak seret Sivakumar ke mahkamah, sebaliknya SPRM pula yang menyiasat Speaker.

    Saya percaya krisis perlembagaan dan politik Perak akan berpanjangan, tidak ada jalan terbaik melainkan Tuanku perkenan bubar DUN supaya rakyat memilih semula kerajaan baru bagi menerajui negeri Perak. Bila ada pilihanraya 2 kemungkinan sahaja samada Pakatan Rakyat Menang Besar atau BN kalah teruk

    BN akan kalah teruk kalau DUN dibubarkan....

    sebab itu mereka takut !

    NAK JUMPE OKU KAT LUAR PARLIMEN SANGGUP

    NAK JUMPE RAKYAT UTK MANDAT BARU ------- T A K U T ------------

    BalasPadam
  9. IPOH : Pagi ini rakan media memaklumkan kepada saya satu injuksi di mahkamah akan dilakukan oleh BN bagi menghalang Sidang DUN Tergempar yang akan diadakan esok.

    Kalau benar berita ini bererti BN sudah dalam keadaan tersepit dan terdesak. Mereka menyedari segala tindakan yang dilakukan untuk menghalang sidang DUN itu tidak akan berjaya.

    Walaupun mereka berjaya mengkambing hitamkan SU Dewan, mereka juga menyedari Speaker boleh melantik SU yang baru bagi menjalankan tugas tersebut.

    Mencabar di mahkamah adalah lucu seperti kata Tun Dr. Mahadhir. demikianlah lucunya jika berlaku usaha untuk menghalang Sidang DUN Tergempar Perak.

    Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan :-

    Fasal 72. Keistimewaan Dewan Negeri.
    1.Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah

    BalasPadam
  10. Keputusan Undian SMS yang dikendalikan oleh 7 Edition tentang pendapat rakyat Malaysia “Apakah Sidang Tergempar SAH?” menunjukkan 97% rakyat menyatakan ia SAH.

    Rakyat tidak nampak alasan munasabah ada dikemukakan untuk menghalang persidangan tergempar yang dipanggil oleh Speaker DUN Perak, V.Sivakumar .

    TPM DS Najib Tun Razak berkata, Speaker DUN tidak boleh memanggil sidang tergempar kerana mahkamah belum membuat keputusan berhubung status kerajaan negeri itu.

    (Nota: Najib nak guna pakai ker keputusan mahkamah nanti. Dulu nak lantik Dr Zambry tak tanya mahkamahpun)

    Jawapan Najib mahupun Zambry mengenai hal ini tersasar jauh kerana kes di mahkamah lansung tidak melibatkan Speaker dan Speaker berhak menjalankan tugasnya. Kes di mahkamah aitu juga tidak diketahui selama mana akan disegerakan. Jika beleretan, apakah bererti Sidang DUN tidak perlu diadakan sepanjang tempoh itu?

    Jawapan Najib itu juga menunjukkan beliau tidak menyakini kerajaan negeri pimpinan Zambry sebagai Menteri Besar yang SAH kerana status kerajaan negeri itu belum diputuskan oleh mahkamah!

    Ia bukit jelas, bahawa Najib hanya bercakap berasaskan usahanya untuk menegak dan mengekalkan kerajaan haram BN yang beliau rencanakan.
    Ada beberapa justifikasi untuk Speaker memanggil Sidang DUN tergempar ini tanpa memerlukan perkenan Sultan.

    Pertama, beliau telah mendapat dua notis usul daripada dua ADUN Perak untuk dibincangkan segera. Usul pertama oleh Khalil Idham Lim Abdullah (ADUN Titi Serong) yang mahu ahli dewan memberikan sokongan kepada Menteri Besar Perak, YAB Ir Muhammad Nizar Jamaluddin. Manakala usul kedua oleh YB Chang Lih Kang (ADUN Teja) yang mahu DUN dibubarkan bagi memberikan laluan kepada rakyat memilih melalui pilihanraya.

    Kedua, sidang DUN yang lepas hanya ditangguhkan dan boleh disambung semula tanpa perlu lagi perkenan sultan. Maka speaker berhak panggil sidang tergempar. Contoh Sidang parlimen pasal isu palestin yang diadakan baru-baru ini tidak pun perlu mendapat perkenan Agong terlebih dahulu.

    Ketiga, sidang DUN tergempar ini tidak perlu diberikan notis 14 hari seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan Tetap 27 (3) Peraturan Peraturan Tetap DUN Perak kerana notis itu hanya untuk persidangan biasa bukan tergempar.-

    BalasPadam
  11. Speaker DUN Perak, V. Sivakumar akan meneruskan Sidang Tergempar Dewan Undangan Negeri Perak pada Selasa 3 Mac ini walaupun Setiausaha dewan, Abdullah Antong menyatakan tindakan Sivakumar itu menyalahi perlembagaan undang tubuh negeri Perak.

    Peguam-peguam Sivakumar berkata sidang tergempar DUN Perak akan diteruskan mengikut sebagaimana yang dirancangkan pada Selasa 3 Mac ini kerana ianya adalah sah dibawah perlembagaan negeri Perak dan menurut sebagaimana yang diamal parlimen negera-negara komonwel.

    Walau bagaimana pun, Abdullah Antong berkata , sidang tergempar tersebut tidak boleh diadakan tanpa mendapat perkenan pihak Istana .

    Kelmarin, Najib Abdul Razak berkata, Sivakumar tidak boleh memanggil sidang dewan kerana menantikan Mahkamah membuat keputusan tentang status kerajaan negeri sekarang.

    Menurut peguam Sivakumar, Chan Kok Keong dan Augustine Anthony , sidang dewan telah ditangguhkan pada November lalu dan pada yang demikian itu, Speaker mempunyai kuasa untuk meneruskan semula satu persidangan yang baru.

    " Walau bagaimana pun, sekiranya Yang Kebawah Duli Tuanku menggantung atau membubarkan Dewan Undangan Negeri ke-12, maka , Yang Dipertua Dewan perlu mendapatkan perkenan kebawah Duli Sultan untuk mengadakan persidangan Dewan Negeri ke-13.

    Chan berkata, yang demikian adalah jelas bahawa, Sivakumar mempunyai hak sebagai Speaker Dewan dibawah Seksyen 90 , Standing Orders Perlembagaan Negeri Perak untuk memanggil persidangan dewan tanpa perlu merujuk kepada kebawah Duli Sultan Perak.

    Kenyatan Chan tersebut turut diperkuatkan lagi oleh peguam perlembagaan Tommy Thomas yang menghantarkan 7 muka surat ‘fax’ untuk edaran kepada pihak media yang memuatkan kenyataan :

    “Adalah mudah dan jelas bahawa Speaker yang dilantik bagi Dewan Parlimen British , Dewan Rakyat, mempunyai budi bicaranya sendiri untuk memanggil semula persidangan dewan yang sedang dalam penangguhan

    BalasPadam
  12. Bakal PM Terbodoh Yang Semakin Bodoh - malaysiakini


    Betul kata orang-orang tua, bukan susah nak tau kebodohan orang bodoh. biar aje dia tunjuk kebodohannya sendiri dan kebodohan itu akan timbul dengan sendirinya. lebih-lebih lagi kalau orang tu memang betul-betul bodoh.

    Macam jugak kebodohan bakal PM terbodoh yang kita ada. dah banyak kali sangat dah dia tonjolkan kebodohannya dengan cara yang paling bodoh.

    Pertama sekali (tolak bodoh yang dulu-dulu, kita ambik yang bodoh melampau je...) masa kes Saiful dulu. mula-mula bodoh ni cakap tak kenal Saiful dan tak pernah jumpa Saiful, tapi bila dah kantoi orang bawak keluar gambar Saiful dekat pejabat dia, dan dan tu jugak bodoh ni tukar kenyataan cakap kenal.

    Tu baru gertak dengan gambar si bodoh dekat ofis si bodoh... belum tunjuk gambar si bodoh salam dengan si bodoh lagi...

    Pernah jumpa sekali awal tahun dulu masa Saiful mintak tolong bagi sokongan untuk mohon biasiswa. padahal 1 Malaysia dan ada jugak warganegara luar tau yang budak Saiful tu kelulusannya tahap bodoh. elok sangat... si bodoh yang nak mintak biasiswa jumpa si bodoh yang nak bagi sokongan untuk si bodoh yanng sebenarnya tak layak dapat biasiswa.

    Si bodoh tu dah nampak dah kebodohannya dekat situ.

    Lepas tu tambah lagi kenyataan dari si bodoh mengatakan bahawa si bodoh yang lagi satu pergi jumpa si bodoh sebab nak mengadu masalah bahagian belakang kena tala dekat bos si bodoh. padahal sebelum tu si bodoh dah cakap jumpa si bodoh sekali je masa si bodoh nak mintak sokongan untuk biasiswa.

    Si bodoh tanpa dia sedar dah menampilkan kebodohannya nak memperbodohkan orang ramai yang tak bodoh. tapi ramai si bodoh dari parti bodoh yang percaya cakap si bodoh ni. molek sungguh si bodoh-si bodoh sekelian berkumpul dalam satu parti bodoh untuk si bodoh.

    Kali ke-2 si bodoh ni menampilkan kebodohannya ialah bila dengan bangganya si bodoh ni buat kenyataan bahawa "OUR ECONOMY HAS NO PROBLEM…" dan jugak "OUR FUNDAMENTALS IS STRONG…". tak lama lepas tu si bodoh ni keluarkan kenyataan supaya semua rakyat Malaysia bersedia untuk menghadapi krisis ekonomi...

    Tak lama lepas tu jugak si bodoh ni keluarkan kenyataan bahawa negara Malaysia juga tak dapat lari dari menerima kesan kemelesetan ekonomi global. padahal sebelum tu si bodoh ni jugak yang keluarkan kenyataan bahawa "OUR ECONOMY HAS NO PROBLEM…" dan jugak "OUR FUNDAMENTALS IS STRONG…".

    Si bodoh ni tanpa sedar telah sekali lagi menampilkan kebodohannya pada mata rakyat Malaysia yang tak bodoh macam si bodoh ni.

    Terbaru sekali si bodoh ni keluarkan lagi kenyataan bodoh yang seolah mengiakan bahawa memang wujud kes pembelian ADUN-ADUN Pakatan Rakyat sebagaimana yang didakwa oleh beberapa pihak. kenyataan bodohnya ialah bilamana si bodoh ni di soal oleh wartawan "benarkah tuduhan sesetengah pihak bahawa ADUN-ADUN Pakatan Rakyat di bayar sejumlah wang sebanyak RM50 juta untuk melompat?"

    Yang tak bodoh nak tau apa si bodoh ni jawab? si bodoh ni jawab "mana ada sampai 50 juta..!"... apa maknanya tu? adakah maksud sebenar si bodoh ni "tak sampai 50 juta lahhh...!!! dalam 5-6 juta je...!!!" macam tu ka?

    Entah... aku tak tau... ni kene tanya si bodoh-si bodoh dari parti bodoh sebab hanya si bodoh je yang paham bahasa si bodoh.

    Ada lagi si bodoh ni buat... malam tadi si bodoh ni gatal mulut nak komen isu speaker DUN Perak yang panggil para ADUN Perak untuk satu Sidang Tergempar DUN. si bodoh ni cakap - "DUN Perak tidak boleh mengadakan sidang tergempar Selasa ini selagi mahkamah belum membuat keputusan berhubung dua kes berkaitan kerajaan negeri itu..."... si bodoh ni cakap lagi "dua kes yang masih belum diputuskan oleh mahkamah ialah kedudukan tiga wakil rakyat negeri itu dan status kerajaan negeri Perak daripada segi perlembagaan."

    Apa maknanya tu? maknanya si bodoh tu sendiri dah nafikan kenyataannya bahawa KERAjaan UMNO/BN Perak adalah KERAjaan yang sah..!

    Rupanya si bodoh ni pun tak yakin yang KERAjaan yang dia bangga-banggakan di Perak tu adalah KERAjaan yang sah dan dalam masa yang sama si bodoh ni dah mengakui bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Perak adalah Kerajaan Negeri Perak yang sah!

    Bukan susah rupanya nak jadi PM Bakal PM Malaysia... korang cuma perlu jadi si bodoh je. kelebihan ialah pada mereka-mereka yang tak de otak.

    BalasPadam
  13. Hari ini UMNO/BN terang-terang menzalimi rakyat Perak...
    Hari ini UMNO/BN terang-terang menggunakan instrument kerajaan untuk menzalimi rakyat Perak.....

    Ingat:

    Firman Allah: (maksudnya) Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; Sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan Yang berlaku). (dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas) (Surah Ibrahim 42-43).

    Nabi s.a.w bersabda: “Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tidak ada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dalam riwayat Ahmad “Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya bagi dirinya” (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani/ al-Sahihah: 767) dalam riwayat Ahmad yang lain: “Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ianya tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani/ al-Sahihah: 767).

    dan HARUS DIINGAT

    Hadis Nabi: "Doa itu adalah senjata bagi orang mukmin"

    dan HARUS JUGA DIINGAT

    "WAHAI MANUSIA KAMU MENYANGKA PERANCANGAN KAMU CUKUP BAIK PADAHAL KAMU HARUS SEDAR PERANCANGAN ALLAH JAUH LEBIH BAIK DAN TAK BOLEH DISANGAH"

    MARI kita sama-sama berdoa agar kebenaran akan dapat ditegakan.

    Gunakan Al-Quran sebagai pedoman bukan sekadar perhiasan.....

    BalasPadam
  14. hehe.. ada2 aja.. msing2 tnjuk dalil msing2.. huhu

    BalasPadam
  15. Untuk makluman semua , ada seorang cina pro DAP yang telah merancang untuk berkonfrantasi dengan saudara melayu kita di kampung baru semata-mata kerana beliau telah membuat komen membela Raja Melayu dan Raja-Raja Melayu di blog pro DAP.

    Mereka telah mencabar saudara melayu kita berjumpa di kawasan berhampiran kmpg baru untuk "settle" debat2 yg berlaku di alam maya.

    Harap maklum.

    info di sini - http://zorro-zorro-unmasked.blogspot.com/2009/03/anak-bangsa-malaysia-what-now.html

    BalasPadam
  16. bodoh sungguhlah penulis blog ini.x tau perlembagaan kot atau x faham bahasa

    BalasPadam
  17. cuba u check 1993 immuniti Raja-Raja Melayu siapa yang rampas?????
    UMNO-singkatan drp bahasa English....nak pertahan bahasa Melaku konon

    BalasPadam
  18. ok sahabat pr bantai cukup2 barua2, pencacai & jalang sundal tu....

    BalasPadam
  19. pewaris? apa yg di wariskan??? bantu melayu tiada, tegakkan agama jauh sekali.... 786, pekida, 30, 31 DLL........ semua xboleh pakai mcm Bn........

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .