SANDAKAN 3 Mac – Rakyat Sabah diingat agar tidak terpengaruh dengan slogan 'bog-bog' yang bermaksud 'bersatu' yang dilaungkan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dalam usaha beliau untuk menarik sokongan rakyat kepada pembangkang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perjuangan Mohd. Shafie sebenarnya bukan untuk memperkasakan rakyat sebaliknya beliau mahu mencapai cita-cita peribadi menjadi Ketua Menteri Sabah.
Najib berkata, bekas Naib Presiden UMNO itu pernah berjumpa beliau untuk meminta dipilih menjawat jawatan berkenaan namun ditolak kerana mana-mana pemimpin yang mempunyai agenda peribadi tidak akan mendapat tempat di dalam parti itu.
"Dia mahu jadi Ketua Menteri Sabah, itu cita-cita peribadinya. Saya tahu sebab dia datang beritahu mahu jadi ketua menteri.
"Bagi saya, cita-cita peribadi tidak boleh melebihi perjuangan rakyat kerana kita tubuhkan parti yang murni dan mempunyai idealisme ini bertujuan untuk menjadikan rakyat Malaysia lebih maju, ini tiada kaitan dengan cita-cita peribadi," katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Batu Sapi di sini hari ini.
Projek bernilai RM32 juta itu siap tahun ini membabitkan 180 buah rumah termasuk lima unit rumah untuk orang kurang upaya (OKU) dan lima unit kedai.
Setiap unit rumah yang dikhaskan kepada keluarga miskin itu menelan perbelanjaan RM170,000, namun pemiliknya hanya perlu membayar RM124 sebulan dalam perjanjian sewa beli di bawah harga subsidi yang akan ditetapkan selepas ini.
Najib berkata, slogan 'bog-bog' yang berasal daripada bahasa Bajau dan menjadi modal kempen Mohd. Shafie tidak membawa apa-apa makna dan hanya merugikan rakyat yang menyokongnya.
Sehubungan itu katanya, rakyat perlu bersatu bersama-sama Barisan Nasional (BN) untuk menjaga institusi kerajaan dan parti yang ada sekarang kerana jika terlepas kepada pemimpin yang tidak bertanggungjawab, negara ini boleh musnah.
"Sebab itu kita tidak mahu ada revolusi seperti Arab Spring yang dikatakan hebat tetapi akhirnya hancurkan negara Tunisia, Libya, Iraq dan Mesir.
"Kita sendiri melihat bagaimana negara-negara ini hancur. Justeru jagalah negara kita kerana banyak lagi agenda kerajaan untuk membangunkan rakyat yang perlu dilaksanakan selepas ini," tambahnya.
Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
BalasPadamSaya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...
Halo, saya Nyonya Christy Morris, pemberi pinjaman pribadi memberikan kesempatan pinjaman seumur hidup. Apakah Anda memerlukan pinjaman untuk melunasi utang Anda dengan segera atau Anda membutuhkan pinjaman untuk meningkatkan komersial Anda? Apakah Anda telah ditolak oleh bank dan lembaga keuangan lainnya? Kami memberikan pinjaman kepada individu yang membutuhkan bantuan finansial, yang memiliki utang macet atau butuh uang untuk membayar tagihan, kami memberikan pinjaman dengan bunga rendah 2%. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberi tahu Anda bahwa kami memberikan bantuan yang dapat dipercaya dan diuntungkan dan akan bersedia menawarkan Anda pinjaman. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mail di: (christymorrisloanfirm@gmail.com)
BalasPadam