Tuan Ibrahim Tuan Man : Kita umum sebelum muktamar



KOTA BHARU – Keputusan kerjasama Pas dan Bersatu akan diputuskan dalam satu mesyuarat yang dijangka berlangsung sebelum Muktamar, April ini, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya, sehingga kini sebarang keputusan masih belum dimuktamadkan memandangkan perkara itu memerlukan perbincangan teliti.

"Parti belum mesyuarat lagi, isu persefahaman ini perlu perbincangan, secara rasmi kena tunggu mesyuarat juga," katanya kepada Sinar Harian selepas menyampaikan ceramah sesi kedua di Medan Ilmu, semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai keputusan kerjasama antara Bersatu dan Pas selepas Bersatu mengumumkan menyertai Pakatan Harapan, dua hari lalu.

Mengulas mengenai bayangan Bersatu akan bertanding tiga penjuru jika Pas menolak kerjasama dengan parti itu, Tuan Ibrahim berkata, Bersatu perlu melihat kembali matlamat asal penubuhan parti itu, sama ada ingin menjatuhkan Pas atau BN.

Menurutnya, Pas di Kelantan sudah berjaya mengalahkan BN sejak lebih 20 tahun lalu, namun jika benar Bersatu mahu bertanding di Kelantan, ia membuktikan parti itu mahu BN kembali berkuasa di negeri ini, sekali gus ia ditubuhkan bukan untuk menjatuhkan BN.

"Kelantan tidak ada keperluan untuk parti pembangkang lain untuk campur (bertanding) di sini, kita kena pertahankan Pas, sebab kalau Bersatu buat demikian (bertanding), akan timbul polemik lain pula nanti," katanya.

Terdahulu, Bersatu melalui kenyataan Ketua Penerangannya, Datuk Kamarudin Md Nor memberitahu tidak menolak kemungkinan bertanding tiga penjuru jika Pas masih tidak memutuskan sebarang keputusan berhubung kerjasama antara dua parti itu.

Menurutnya, kerjasama yang wujud antara Bersatu dan Pakatan Harapan bukanlah satu perkara baru, malah ia tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk Pas menolak kerjasama dengan parti itu.


Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

5 Responses to Tuan Ibrahim Tuan Man : Kita umum sebelum muktamar

  1. Dakyah awal tuan ibrahim anwarinas..
    Menjerat pas pusat untuk bersama dap ..talihayat pkr dan pan ..mereka ini asal anwarinas yg tegar...pemimpin pas dan ahlinya perlu sedar jarum yg cucuk dagingnya..tu cap anwarinas..

    BalasPadam
  2. MASIH ADA LAGI SISA DI CELAH GIGI YG BELUM DICUCI

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan sisa tapi najis terlekat di jari salepas cebok... sayang sangat nak basuh...akhirnya seluruh bilik berbau...Pas perlu cuci segera..

      Padam
  3. KALAU TAK DIBUANG SISA ITU AKAN MEROSAKKAN KESELURUHAN GIGI - BAHAYA TU

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab tu kini suara pas punyai lantunan suara yg berbau pekong.. cepat congkil keluar sabelum banyak rahsia pas dicongkil pulok...

      Padam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .