Archive for Mei 2017

Kenapa Tun M tak angkat sepanduk ‘Anwar PM ke 7’?



JELAS kelihatan dari gambar yang tertera - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad sibuk pula mengambil gambar ketika barisan kepe­mimpinan Pakatan Harapan angkat sepanduk 'Anwar PM ke-7'

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula sekadar bertepuk tangan sahaja. Tidak juga angkat sepanduk berkenaan.

Mengapa? Kalau hati tidak suka, sukar untuk dipaksa-paksa.

Dr. Mahathir pun tidak pernah sesekali sebut siapa akan menjadi Perdana Menteri pertama daripada pakatan pembangkang seandainya diberi peluang berkuasa hasil pengundian Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Ini setara dengan motif sera­ngannya untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dikatakan kerana mahukan anaknya Datuk Seri Mukhriz menjadi Perdana Menteri.

Kalau ketika semua orang melakukan perkara sama serentak dalam sesuatu majlis (angkat sepanduk) menyatakan sokongan, tetapi ada pula kelihatan 'helah' beberapa individu tidak mahu berbuat demikian, maka kena tanyalah isi hatinya.

Pada 2 November 1998, Datuk Seri Anwar Ibrahim dihadapkan ke Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur di atas tuduhan menyalahgunakan kuasa semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Mahkamah memutuskan Anwar bersalah dan dipenjara selama enam tahun pada 14 April 1999.

Anwar, 69, kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015 mengekalkan sabitan dan hukuman penjara yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan selepas dia didapati bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari.

Jika mengikut perkiraan andaian, Anwar dijangka bakal dibebaskan pada 10 Februari 2019 atau 2020.

Dr. Mahathir dalam sidang akhbar selepas memberi penjelasan mengenai pemecatan Anwar daripada kerajaan dan parti kepada pemimpin-pemimpin UMNO akar umbi di ibu negara pada 8 September 1998 menegaskan:

"Saya menganggap Anwar tidak layak untuk menerajui negara ini bukan disebabkan oleh soal politik, pertentangan pendapat dengan saya atau ekonomi tetapi disebabkan moralnya yang rendah.

"Perbuatan yang dilakukan oleh Anwar tidak dapat diterima oleh saya, tidak dapat diterima oleh parti saya dan tidak dapat diterima oleh negara ini.''

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Guan Eng akui tanah dijual tanpa tender terbuka



(Utusan) PULAU PINANG 17 Mei – Kontroversi mengenai tanah rakyat seluas kira-kira tiga hektar di Lebuh Raya Peel di sini akhir­nya terjawab selepas Kerajaan DAP Pulau Pinang mengesahkan tanah itu sudah diberi pajakan jangka panjang dengan nilai RM156 juta.

Perkara itu diakui sendiri Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang turut mengesahkan perjanjian dengan Island Hospital Sdn. Bhd. bagi pembinaan hospital swasta tersebut tidak dibuat menerusi tender terbuka.

Jelas beliau, per­kara itu meman­dang­kan syarikat ber­­kenaan adalah pe­labur bereputasi dan dianggap sebagai pelaburan daripada syarikat multinasional (MNC).

"Perjanjian itu dimeterai tahun lalu dengan premium tanah RM30 juta sudah dibayar sebagai deposit," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, pelbagai pihak antaranya pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Penang Citizens Awareness Chant Group (Chant) mendesak kerajaan DAP Pulau Pinang menjelaskan status tanah milik kerajaan negeri itu yang didakwa sudah terlepas ke tangan pemaju.

Penasihat Chant, Yan Lee berkata, pi­haknya dimaklum­kan mengenai ca­da­ngan projek pem­bangunan komer­sial di tanah itu, namun mendapati tiada hebahan awam dibuat kerajaan negeri sedangkan tanah tersebut merupakan tanah milik rakyat.

Dalam masa sama, Yan Lee mendesak Guan Eng mendedahkan harga pelepasan tanah itu memandangkan lokasinya di kawasan strategik iaitu di tengah-tengah pusat bandar dengan harga sekaki persegi boleh mencecah RM1,000.

Kerajaan DAP Pulau Pinang sebelum ini dibidas banyak pihak kerana didakwa mengambil pendekatan menjual tanah milik kerajaan negeri kepada pemaju untuk dibangunkan projek komersial dalam mengaut keuntungan segera dan berlipat kali ganda.


Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Tun Dr. Mahathir Mohamad akui BN sukar dikalahkan



(Utusan) KUALA LUMPUR 19 Mei – Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar) mengakui tidak ada satu parti pun di negara ini mampu menumbangkan Barisan Nasional (BN) apatah lagi untuk menang pilihan raya umum.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, atas sebab itu mereka mengharapkan Pas untuk bekerjasama dalam Pakatan Harapan yang diketuai DAP untuk membentuk satu pasukan pembangkang bagi mengalahkan BN yang mempunyai kekuatan 13 gabungan parti campuran.

"PPBM bersungguh-sungguh hendak bekerjasama dengan Pas, berkali-kali kita jumpa wakilnya dan mereka pada mulanya bersetuju, namun bila berjumpa Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) tidak bersetuju pula.

"Sehinggakan kita lewatkan penubuhan Pakatan Harapan kerana nak dapatkan persetujuan Pas, tetapi Pas lebih utamakan hubungan rapat dengan UMNO dan akhirnya kita ditamatkan sendiri oleh Pas sedangkan kita masih terbuka kerana kalau kita tidak bekerjasama dengan parti pembangkang lain, tidak mungkin kita menang," kata­nya menerusi temubual khas di Facebook beliau yang disiarkan secara langsung hari ini.

Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri itu turut menyalahkan Pas kerana menyebabkan berlaku perpecahan orang Islam kerana satu ketika dahulu mengambil keputusan keluar UMNO dan me­nubuhkan parti baharu disebabkan kecewa tidak boleh menjadi wakil rak­yat.

Beliau mendakwa Pas menggunakan agama Islam secara salah demi mencari kemenangan dalam pilihan raya sehinggakan sanggup mengkafirkan orang Islam lain walaupun perkara itu tidak dinyatakan dalam al-Quran.

Tambah beliau, Pas sekarang kononnya tidak boleh bekerjasama dengan DAP walaupun Presiden Pas sebelum ini boleh 'berpelukan' dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang atas dasar tahaluf siyasi semasa dalam Pakatan Rakyat.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

DUN Sarawak pecat wakil rakyat Pujut, Dr Ting Tiong Choon



Pilihan raya kecil Pujut bakal diadakan tidak lama susulan wakil rakyat DAP, Dr Ting Tiong Choon (DAP-Pujut) dilaporkan dipecat selepas usul untuk melucutkan keanggotaaannya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, dibentangkan hari ini.

See Hua Online melaporkan bahawa usul itu diluluskan menerusi pengundian yang menyaksikan 70 wakil rakyat menyokong penyingkiran Ting manakala 10 yang lain menentangnya.

Ini susulan selepas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh (BN - Bawang Assan) mendakwa Ting memiliki kewarganegaraan Australia dan seterusnya mengemukakan usul itu terhadapnya.

Beliau dilaporkan memetik Perkara 17 (1) (g) Perlembagaan Sarawak yang menyatakan bahawa mana-mana orang yang dengan sukarela memperoleh kewarganegaraan asing atau menikmati hak-hak kerakyatan asing akan hilang kelayakan sebagai seorang ADUN.

Katanya, Ting didaftarkan sebagai pengundi di Australia dan berikrar taat setia kepada negara di luar Persekutuan Malaysia dan kerakyatan Australia miliknya hanya dilepas pada 4 April 2016, tiga minggu sebelum berlangsungnya pilihan raya negeri..

Wong juga mendakwa pemimpin DAP itu memperolehi kewarganegaraan Australia pada 20 Januari 2010.

Katanya, Ting telah diisytiharkan muflis dua kali di Australia di bawah Pihak Berkuasa Kewangan Sekuriti Australia pada 24 Jun 2012 dan 11 Sept 2012 serta tidak berkelayakan, tidak sesuai, dan tidak boleh dipercayai sebagai ADUN.

Kes ini dipercayai yang pertama di Malaysia.

Calon BN Pujut yang tewas kepada Ting, Hii King Chiong sebelum ini memfailkan petisyen pilihan raya terhadap kemenangan DAP itu, tetapi Mahkamah Pilihan Raya menolak kes itu atas alasan teknikal tahun lalu.

Sementara itu, pada sidang akhbar yang disiarkan di laman Facebook DAP Sarawak, Ting berkata beliau melepaskan kerakyatan Australia selepas dirinya direkrut oleh Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) untuk kembali ke Malaysia.

Beliau berkata proses untuk memulangkan kerakyatan Australia itu memakan masa selama setahun, dan selesai sebelum Pilihan Raya Negeri Sarawak, yang diadakan pada 7 Mei tahun lalu.

Ting menambah bahawa beliau tidak pernah hilang kerakyatan negara ini.

Sebelum Speaker Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar membuat keputusan penuh kontroversi itu, berlaku pertikaman lidah antara dirinya, dan Wong serta Pengerusi DAP Sarawak Chong Cheng Jen dan Ting.

Apabila perkara itu dikemukakan untuk pengundian, hanya 10 ADUN daripada DAP dan PKR yang menentangnya.

Pelucutan itu akan menyaksikan pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Pujut.

Pada pilihan raya negeri, Mei tahun lalu, Ting, yang menjalani latihan sebagai doktor perubatan di Australia, meraih 8,899 undi untuk memenangi kerusi berkenaan, menewaskan pencabarnya, Hii yang mendapat 7,140 undi, calon PAS Jofri Jaraiee (513 undi) dan calon Bebas Fong Pau Teck (375 undi).

Sementara itu, Bernama melaporkan, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah ketika ditemui berkata kini terpulang kepada Speaker Dewan untuk memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya mengenai kekosongan kerusi itu.

"Kemudian terpulang kepada SPR untuk membuat keputusan. Pada masa sama, DAP boleh membuat pilihan untuk mencabar keputusan itu di mahkamah.

"Mereka boleh memfailkan injunksi terhadap pilihan raya kecil," katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Chong berkata DAP akan mengkaji aspek hilang kelayakan itu untuk tindakan undang-undang dan menambah ia bukan perkara yang mudah untuk mencabar keputusan berkenaan.

Beliau berkata DUN itu sepatutnya menghormati keputusan Mahkamah Pilihan Raya Miri yang telah membuat keputusan sebaliknya.

"Sebenarnya, keputusan seperti ini telah mentafsirkan Perlembagaan Negeri dan tugas ini sepatutnya dilakukan oleh mahkamah.


"Ini adalah hari yang amat menyedihkan bagi kerajaan negeri dan negara. Ini adalah persendaan terhadap keadilan dan malah bukti yang kononnya dikemukakan adalah lemah dan tidak akan diterima oleh mahkamah," katanya.

Ting menyifatkan keputusan itu sebagai tidak demokratik, terutama bagi pengundi Pujut, tetapi berkata perkara tersebut tidak akan memburukkan reputasi DAP di kawasan berkenaan.

 

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .