Tun Dr. Mahathir Mohamad akui BN sukar dikalahkan



(Utusan) KUALA LUMPUR 19 Mei – Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar) mengakui tidak ada satu parti pun di negara ini mampu menumbangkan Barisan Nasional (BN) apatah lagi untuk menang pilihan raya umum.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, atas sebab itu mereka mengharapkan Pas untuk bekerjasama dalam Pakatan Harapan yang diketuai DAP untuk membentuk satu pasukan pembangkang bagi mengalahkan BN yang mempunyai kekuatan 13 gabungan parti campuran.

"PPBM bersungguh-sungguh hendak bekerjasama dengan Pas, berkali-kali kita jumpa wakilnya dan mereka pada mulanya bersetuju, namun bila berjumpa Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) tidak bersetuju pula.

"Sehinggakan kita lewatkan penubuhan Pakatan Harapan kerana nak dapatkan persetujuan Pas, tetapi Pas lebih utamakan hubungan rapat dengan UMNO dan akhirnya kita ditamatkan sendiri oleh Pas sedangkan kita masih terbuka kerana kalau kita tidak bekerjasama dengan parti pembangkang lain, tidak mungkin kita menang," kata­nya menerusi temubual khas di Facebook beliau yang disiarkan secara langsung hari ini.

Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri itu turut menyalahkan Pas kerana menyebabkan berlaku perpecahan orang Islam kerana satu ketika dahulu mengambil keputusan keluar UMNO dan me­nubuhkan parti baharu disebabkan kecewa tidak boleh menjadi wakil rak­yat.

Beliau mendakwa Pas menggunakan agama Islam secara salah demi mencari kemenangan dalam pilihan raya sehinggakan sanggup mengkafirkan orang Islam lain walaupun perkara itu tidak dinyatakan dalam al-Quran.

Tambah beliau, Pas sekarang kononnya tidak boleh bekerjasama dengan DAP walaupun Presiden Pas sebelum ini boleh 'berpelukan' dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang atas dasar tahaluf siyasi semasa dalam Pakatan Rakyat.

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .