Archive for Januari 2018

Keluar kalau tak bangga jadi rakyat Malaysia - Najib



KOTA BHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata penjawat awam lebih patriotik daripada sesetengah pihak tertentu kerana sentiasa setia dan berdiri teguh di belakang kerajaan yang mampu menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara.

Najib berkata tiada pihak lain yang mampu berbuat demikian sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan yang memerintah negara ketika ini.

"Jangan sampai tak bangga jadi rakyat Malaysia. Kalau tak bangga pi lah orang Kedah kata, pi jauh-jauhlah, tak payah (tinggal) di sini. Dia dah kaya, keluarga dah kaya, abang yang ada kereta mewah 23 buah (dan) tersenarai antara orang yang terkaya di Malaysia. Apa lagi dapat kontrak daripada Petronas berbilion-bilion.

"Apa lagi tuan-tuan? Nak marah apa lagi kepada Malaysia? Malaysia ini tempat rezeki kita sebenarnya. Tempat kita lahir, tempat kita dapat rezeki dan Insya-Allah tempat kita disemadikan bila sampai masanya. Inilah Malaysia yang kita bina melalui semangat patriotik," katanya ketika berucap pada majlis pertemuan bersama penjawat awam persekutuan dan negeri di perkarangan Wisma Persekutuan hari ini.

Majlis yang dihadiri lebih 10,000 penjawat awam itu turut dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Asyraf Wajdi Dusuki

Perdana menteri berharap agar penjawat awam tidak melakukan kesilapan dan dapat berfikir secara waras serta tidak menggadaikan prinsip perjuangan dan moral semata-mata untuk memenuhi kehendak peribadi.

"Janganlah sebab tak dapat kehendak kita, peribahasa sebut, marah pada nyamuk, rumah yang nak dibakar. Rumah ini kerajaanlah, kerajaan selama yang ini kita dapat segala faedah, (yang) selama ini hak itu pun dia nak runtuhkan.

"Kerana apa? Kerana dia tak dapat kehendak tertentu dia. Ini bukan soal peribadi. Ini masa depan kita, masa depan setiap daripada kita, anak cucu kita.

"(Sekarang ini) orang PAS pun dah faham dah, (mereka) diperkudakan oleh pihak tertentu. Ini nak berpaut dengan orang tu, nak peluk dengan orang yang kita sendiri pernah kutuk dan dia kutuk kita. Di mana letaknya prinsip, di mana letaknya pertimbangan kita untuk bangsa, agama dan negara," katanya.

Beliau turut mengingatkan penjawat awam agar tidak mudah percaya dengan janji manis yang ditaburkan pihak tertentu yang cuba meraih sokongan mereka terutama menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

"Tuan-tuan penjawat awam tentulah faham bahawa dalam sistem kita, kita tak boleh belanja lebih daripada pendapatan. Ini ada pula dalam cakap-cakap mereka, nak mengecutkan saiz perkhidmatan awam. Ada yang kata hina penjawat awam, kata kucing kuraplah, apalah…nak kurangkan saiz penjawat awam. Saya nak beritahu kerajaan pimpinan saya tak akan kecutkan saiz perkhidmatan awam.

"Ini pembangkang kata kita nak mansuhkan GST. Mana nak dapat RM44 bilion? Jangan mansuh GST lepas itu cukai lain pula dikenakan. Banyak yang tipu (dengan janji pembangkang)," kata Najib.

Perdana menteri turut melahirkan keazaman untuk meletakkan Malaysia sebagai antara 20 negara terbaik dan terunggul di dunia jika terus diberi mandat oleh rakyat serta mendapat sokongan padu daripada penjawat awam.

"Tak ada sebab mengapa kita tak boleh sampai, mengisi impian kita. Tapi kita kena melangkah satu 'jambatan' dahulu. Bila kita dah melintas jambatan, sudah menyeberang ke sana, (kita boleh bina) kerajaan yang bukan sahaja stabil, malah kuat dan kukuh.
 
"Tuan-tuan adalah merupakan 'opinion leaders' (individu atau pertubuhan terkemuka yang berkemampuan mempengaruhi orang lain) dan sebagai penjawat awam tuan-tuan boleh mempengaruhi orang lain juga," katanya.

Pada majlis sama, Najib turut mengulangi beberapa kejayaan Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara-negara lain seperti Arab Saudi dan Amerika Syarikat sehingga Malaysia terus dipandang tinggi oleh masyarakat dunia. BERNAMA

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Mukhriz kata dia rakyat Brunei bila ke "oversea" sangat memalukan! - KJ




PARIT BUNTAR 27 Jan. Kenyataan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang malu mengaku sebagai rakyat Malaysia apabila berada di luar negara, disifatkan sebagai kenya­taan memalukan daripada seorang bekas pemimpin negara.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, pendirian Mukhriz itu bukan sahaja memalukan malah jelas menunjukkan beliau tiada langsung semangat cintakan negara.

Katanya, meskipun terdapat percanggahan pendapat dan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan, tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan sama sekali oleh mana-mana individu.

"Walaupun kita tidak bersetuju dengan kerajaan dan negara sendiri, janganlah sampai kita malu untuk mengaku diri sebagai rakyat Malaysia. Bagi saya, itu satu pendirian yang sangat memalukan.

"Saya sendiri kalau tidak setuju dengan kerajaan, saya tidak akan cakap yang saya malu sebagai rakyat Malaysia. Saya dan kita semua sentiasa rakyat negara ini dan kita perlu berbangga menjadi sebahagian daripadanya," katanya selepas program Touch Point Bersama Persatuan-Persatuan Belia dan Sukan Setempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Serong, di sini hari ini.

Khairy berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar berhubung kenyataan Mukhriz dalam satu program di Baling, Kedah, yang mendakwa berasa malu mengaku berasal dari Malaysia apabila berada di luar negara kerana imej negara di mata dunia semakin tercalar.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, kenya­taan tidak bertanggungjawab Mukhriz itu merupakan isyarat jelas kepada pengundi menge­nai sikap sebenar Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.

"Pada pilihan raya akan datang, pengundi perlu menilai betul-betul adakah pemimpin seperti ini yang mahu diangkat sebagai pemimpin negara yang malu mengaku sebagai rakyat negara sendiri," katanya.

Mengenai kempen #UndiRosak yang giat dijalankan di media sosial, beliau berkata, kempen itu difahamkan dijalankan oleh pihak tertentu yang tidak yakin dengan keputusan Pakatan Harapan yang diketuai DAP menamakan Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri sementara jika memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

"Tiada sesiapa pun di dalam Barisan Nasional (BN) yang menyokong kempen itu. Itu bukan kempen penyokong BN. Saya sendiri harap mereka yang membuat keputusan tidak mengundi itu akan menyokong dan undi BN," katanya.

1 Comment
Jom komen di Facebook!

Kempen undi rosak bertentangan ajaran Islam - Abdul Hadi



KANGAR 28 Jan. - Pas meminta semua pihak khususnya umat Islam tidak terpengaruh dengan Kempen #UndiRosak yang digerakkan oleh pihak tertentu untuk menghasut rakyat memboikot Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kerana bertentangan dengan ajaran agama itu.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, Islam meletakkan politik sebahagian daripada agama dan oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab umatnya mengundi untuk memilih pemimpin.
 
Beliau yang menentang sekeras-kerasnya kempen seumpama itu turut menyifatkan kempen tersebut sebagai tidak bertanggungjawab terhadap negara dan agama.

"Tanggungjawab mengundi untuk memilih pemimpin adalah tuntutan agama dan merupakan amanah yang mesti ditunaikan oleh setiap umat Islam," katanya dalam sidang akhbar selepas mendengar taklimat persiapan PRU-14 negeri ini di Kompleks Pas negeri di sini hari ini.

Yang turut hadir Setiausaha Politik Presiden Pas, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd. Shukri Ramli. - UTUSAN ONLINE

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Konvensyen Pakatan Harapan Negeri Sembilan kecoh

SEREMBAN 28 Jan. – Gara-gara tidak berpuas hati kerana dijadikan 'korban' dalam pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sekumpulan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Sembilan membuat kecoh semasa Konvensyen Pakatan Harapan negeri di sini hari ini.

Suasana panas itu tercetus selepas sekumpulan ahli PPBM menyuarakan bantahan secara terbuka ketika Presiden pakatan itu, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mahu menamatkan ucapannya.

Kumpulan kira-kira 40 ahli itu melaungkan perkataan 'boikot', 'mana hak kami' dan 'tak adil' sehingga menyebabkan majlis ditamatkan serta-merta.

Selain Dr. Wan Azizah, yang turut hadir ialah Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Presiden PAN, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Ahli-ahli PPBM tersebut dalam sidang akhbarnya menjelaskan mereka dengan tegas menolak penjelasan Mukhriz yang meminta mereka berkompromi dalam agihan kerusi yang akan ditandingi parti itu dalam PRU-14.

Ketua Pemuda PPBM negeri, Mohd. Sharul Anuar Abu Samah berkata, parti itu hanya diberikan enam kerusi DUN yang dianggap berstatus 'hitam' iaitu sukar untuk mencapai kemenangan berdasarkan keputusan pilihan raya umum lalu.

Katanya, PPBM Negeri Sembilan telah dijadikan bahan eksperimen semata-mata bagi membolehkan parti itu mendapat agihan lebih banyak kerusi DUN di negeri lain.

Beliau berkata, keputusan berkenaan adalah berat sebelah dengan parti lain dalam gabungan pakatan pembangkang itu diagihkan dengan kerusi 'lebih selamat' meskipun ada antara DUN tertentu yang gagal dimenangi dalam tiga pilihan raya umum lalu.

"Pengagihan kerusi ini tidak mendapat persetujuan dan dilakukan tanpa pengetahuan daripada ketua-ketua di lapan bahagian PPBM di negeri ini, sebaliknya ia diputuskan oleh para pemimpin di Kuala Lumpur," katanya dalam sidang akhbar selepas konvensyen tersebut.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Saya tak mungkin jadi Menteri Besar Negeri Sembilan - DAP / Anthony Loke

DALAM ucapannya semasa Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan hari ini, Pengerusi DAP negeri, Anthony Loke menegaskan beliau tidak mungkin jadi Menteri Besar sekiranya pakatan menang di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Katanya, tak perlu bimbang kerana Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri menetapkan Menteri Besar mesti dalam kalangan orang Melayu beragama Islam. Ahli Parlimen Seremban itu sedar dan faham perkara berkenaan.

Di sebalik pengakuan itu, bukan sukar untuk meramalkan sekiranya pakatan pembangkang merampas negeri ini daripada Barisan Nasional (BN), DAP akan menjadi parti paling berkuasa. Anthony Loke bakal muncul individu paling berpengaruh.

Berdasarkan agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi PH Negeri Sembilan yang diumumkan hari ini, PKR menerima 12 kerusi, DAP mendapat 11 kerusi, PAN (7) dan enam diberikan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Di atas kertas, memang tidak nampak DAP seperti terlalu dominan, namun hakikatnya kesemua 11 kerusi itu dimenangi mereka pada PRU-13 lalu dan hampir pasti mampu dikekalkan kali ini.

Hanya 19 kerusi diperlukan untuk mendapat majoriti mudah dan membentuk kerajaan negeri. Justeru, sekiranya pakatan menang dan DAP pula membolot semua kerusi ditandinginya, sudah hampir pasti wakil parti itu paling ramai dalam kerajaan negeri.

Realiti itu sudahpun dilihat dalam barisan pembangkang di Negeri Sembilan ketika ini. Daripada 14 orang Ahli Dewan Undangan Negeri dalam kalangan pembangkang, hanya seorang iaitu Aminuddin Harun (PKR-Sikamat) Melayu dan beragama Islam.

Bayangkan, jika pakatan menang, sudah hampir pasti majoriti barisan exco dalam kerajaan negeri dimonopoli oleh waki rakyat DAP. Impaknya, Menteri Besar ketika itu sukar membuat keputusan kerana terikat dengan suara majoriti parti berkenaan.

Seandainya itu berlaku, ia akan mengulangi situasi menimpa kerajaan Perak pimpinan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang dikuasai DAP selepas Pakatan Rakyat menang di negeri itu pada PRU-12.

Tidak mustahil Negeri Sembilan boleh mengalami nasib sama sekiranya pengundi membuat pilihan mengikut emosi dan tanpa berfikir panjang pada PRU-14.

Secara ringkasnya, undi kepada PH bermakna memberi kemenangan kepada DAP. - UTUSAN ONLINE

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Trump hina pendatang negara-negara Afrika, Haiti

(UTUSAN) WASHINGTON 12 Jan. - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mencetuskan kontroversi baharu apabila membatalkan lawatannya ke London atas alasan kecewa dengan tindakan pentadbiran Barack Obama menjual kedutaan AS sedia ada yang terletak di ibu negara Britain itu.

Tidak cukup dengan itu, Trump yang bermulut celupar sebelum itu menghina negara-negara Afrika dan Haiti berhubung isu pendatang dari negara-negara tersebut dengan gelaran 'shithole countries' yang mengundang kecaman bukan sahaja daripada anggota parti Demokrat malah daripada parti Republikan sendiri.

"Sebab saya membatalkan lawatan London kerana saya bukan seorang peminat pentadbiran Obama yang menjual kedutaan AS (di lokasi terbaik) di London terlalu murah dan membina pula bangunan baharu di lokasi lain dengan harga AS$1.2 bi­lion (RM4.7 bilion)," tulis Trump dalam tweet beliau.

Bagaimanapun, laman sesawang kedutaan menunjukkan keputusan untuk memindahkan lokasi bangunan itu dibuat beberapa bulan sebelum Obama menjadi Presiden pada bulan Januari 2009.

Konsulat dan Kedutaan AS di United Kingdom pada tahun 2008 men­jelaskan, pejabat kedutaan dipindahkan semula atas sebab ke­selamatan.

"Perjanjian yang te­ruk. Mahu saya potong reben - TIDAK!," kata Trump.

Dalam perkembangan ber­kait­an, Trump mempersoalkan kewajaran Amerika untuk me­ngambil pendatang dari Haiti dan negara Afrika.

Kata dua sumber yang tahu akan perkara itu, Trump membuat kenyataan berkenaan di White House ketika Senator Demokrat, Dick Durbin dan Senator Republikan, Lindsey Graham membentangkan taklimat kepada Presiden tentang draf baharu rang undang-undang imigresen yang baru digubal.

Kata sumber itu, beberapa pegawai kerajaan lain turut hadir semasa perbualan terbabit berlaku.

Seorang sumber memetik Trump sebagai berkata: "Menga­pa kami mahu mengambil kese­mua orang dari Afrika ke sini? Mereka adalah negara yang menjijikkan (shithole), kita sepatutnya ada ramai orang dari Norway."

Menurut sumber kedua, Trump yang berikrar untuk me­ngetatkan penguatkuasaan ke atas pendatang asing juga mempersoalkan akan keperluan rak­yat dari Haiti di Amerika.

Ekoran pendedahan itu, kebanyakan anggota penggubal undang-undang dari parti Demokrat dan Republikan membidas Trump kerana mengeluarkan kata-kata tersebut.

Sementara itu, Pertubuhan Ba­­ngsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam kenyataan Trump itu sambil menyifatkan sebagai 'mengejutkan', 'memalukan", dan 'perkauman'.

"Jika disahkan, ini adalah komen yang mengejutkan dan memalukan dari Presiden AS," kata Jurucakap Pejabat Hak Asasi Manusia PBB Rupert Colville kepada pemberita di Geneva. – AFP/REUTERS

1 Comment
Jom komen di Facebook!

tidak timbul lagi soal Permatang Pauh sebagai kawasan ‘Dinasti Anwar’ yang mustahil untuk dirobohkan - Zaidi

PULAU PINANG, 22 Jan – Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Zaidi Mohd Said berkata tidak timbul lagi soal Permatang Pauh sebagai kawasan 'Dinasti Anwar' yang mustahil untuk dirobohkan.

Jelasnya pilihan raya umum akan datang merupakan peluang yang terbaik untuk Barisan Nasional (BN) mengajak rakyat di kawasan ini untuk melakukan perubahan memandangkan wujud lompong-lompong kekecewaan yang semakin besar di kalangan pengundi.

"Tidak timbul bahawa UMNO dan BN tidak berkemampuan untuk merampas kerusi Parlimen Permatang Pauh ini dari 'Disnasti Anwar', kerana sememangnya selama ini semua pihak termasuk dalam BN sendiri yang melihat Permatang Pauh ini kubu kuat Anwar Ibrahim yang tidak boleh digoyangkan.

"Sejak mengambil alih kepimpinan UMNO Permatang Pauh pada 2013, saya menyedari hakikat tersebut dan saya telah meletakkan sasaran untuk mengubah apa yang ada dalam pemikiran orang mengenai Permatang Pauh ini," ujarnya yang juga Pengerusi BN Permatang Pauh.

Tambahnya, Anwar hanya memberikan khidmat baktinya ketika dia bersama dalam kepimpinan UMNO dan BN, selepas itu dia tidak mengendahkan dan mengabaikan tanggungjawabnya di Permatang Pauh ini.

Kini rakyat di Permatang Pauh ini tegas beliau perlu disedarkan bahawa ruginya mereka tidak mempunyai wakil rakyat parlimen dari BN kerana tidak ada peruntukan malah pembangunan di kawasan parlimen ini terencat kerana tidak ada ahli parlimen baru yang mengambil berat hal ehwal di kawasan tersebut.

"Saya memperjuangkan perubahan demi anak bangsa di sini, kerana saya percaya dan semua orang tahu bahawa Permatang Pauh ini satu-satunya parlimen dalam kawasan Seberang Perai Tengah ini yang tidak mempunyai Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Agama Berasrama Penuh.

"Jadi, saya perlu perjuangkan agar di kawasan kita ada sekolah yang saya maksudkan ini dan untuk merealisasikan perjuangan ini, rakyat Permatang Pauh ini perlu menyokong perjuangan BN dalam PRU14 agar hasrat dan impiam kita bersama ini boleh kita perolehi.

"Kita telah pun mengerakkan jentera pilihan raya kita, saya yakin keputusan di sini boleh berubah secara drastik dan kita percaya boleh membuktikan kemampuan kita membuat perubahan dalam PRU14 kelak," tambahnya.

Pewaris Melayu : Harap jangan terlalu konfiden, kena kerja kuat untuk pastikan kemenangan UMNO/BN di P.44 Permatang Pauh!

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Dong Zong mahu 34 sekolah rendah Cina baru

Sekurang-kurangnya 34 sekolah rendah Cina baru diperlukan bagi memenuhi permintaan rakyat, khususnya masyarakat Cina, kata Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong).

Presidennya Datuk Vincent Lau berkata, walaupun kerajaan telah meluluskan 10 sekolah rendah Cina baru dan pemindahan enam sekolah rendah Cina, jumlah itu masih tidak cukup, lapor Sinar Harian yang memetik Oriental Daily.

"Dong Zong sentiasa mengharapkan kerajaan agar dapat membina sekolah rendah Cina dengan lebih bersistematik.

"Apabila PRU hampir menjelang tiba, kerajaan pun terus umum bina sekolah rendah Cina.

"Jangan biarkan rancangan bina sekolah ini dijadikan sebagai isu politik," beliau dipetik sebagai berkata.

Vincent berkata masih banyak kawasan tidak mempunyai sekolah rendah Cina dan sekolah sedia ada mengalami masalah lebihan murid.

Sementara itu, Lau juga berkata kebanyakan sekolah baru dibina di kawasan pembangunan baru, walaupun kesemua lokasi itu bukanlah kawasan yang memerlukannya.

"Dong Zong berharap kerajaan dapat membina sekolah rendah Cina di kawasan yang padat dengan penduduk serta membina sekolah baharu berhampiran dengan sekolah yang menghadapi masalah kepadatan murid," kata Vincent lagi.

Pewaris Melayu : Melampau!

12 Comments
Jom komen di Facebook!

Dr.Mahathir PM & Wan Azizah TPM Pakatan Harapan

SHAH ALAM – Pakatan Harapan hari ini mengumumkan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri jika gabungan parti itu menang pada PRU14 akan datang.

Pengumuman itu dibaca Ketua Setiusaha Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah dalam pengumuman khas sebentar tadi pada Konvensyen Pakatan Harapan 2018 di sini, hari ini.

Harapan turut mengumumkan pengaihan kerusi Parlimen di Semenanjung yang melibatkan 165 kerusi iaitu Bersatu 52 kerusi, PKR (51), DAP (37) dan Amanah (27).


Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Arab Saudi umum kenaikan harga petrol sehingga 126 peratus

RIYADH 1 Jan. - Arab Saudi mengumumkan kenaikan harga petrol di antara 80 hingga 126 peratus hari ini.

Agensi berita tempatan, SPA melaporkan, susulan pengumuman tersebut, minyak RON91 kini dijual pada harga 1.37 riyal (RM1.48) seliter, berbanding 0.75 riyal (RM0.81) sebelum ini

Selain itu, RON95 pula dijual pada harga 2.04 riyal (RM2.21) seliter, berbanding 0.90 riyal (RM0.98) sebelum ini.

Tambah agensi berkenaan, langkah terbabit diambil bagi merangsang sumber pendapatan negara itu daripada hanya bergantung kepada hasil minyak sahaja. - AFP

Pewaris : Dekat Arab Saudi tak ada UMNO/BN pun harga minyak boleh naik?

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .