Konvensyen Pakatan Harapan Negeri Sembilan kecoh

SEREMBAN 28 Jan. – Gara-gara tidak berpuas hati kerana dijadikan 'korban' dalam pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sekumpulan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Sembilan membuat kecoh semasa Konvensyen Pakatan Harapan negeri di sini hari ini.

Suasana panas itu tercetus selepas sekumpulan ahli PPBM menyuarakan bantahan secara terbuka ketika Presiden pakatan itu, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mahu menamatkan ucapannya.

Kumpulan kira-kira 40 ahli itu melaungkan perkataan 'boikot', 'mana hak kami' dan 'tak adil' sehingga menyebabkan majlis ditamatkan serta-merta.

Selain Dr. Wan Azizah, yang turut hadir ialah Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Presiden PAN, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Ahli-ahli PPBM tersebut dalam sidang akhbarnya menjelaskan mereka dengan tegas menolak penjelasan Mukhriz yang meminta mereka berkompromi dalam agihan kerusi yang akan ditandingi parti itu dalam PRU-14.

Ketua Pemuda PPBM negeri, Mohd. Sharul Anuar Abu Samah berkata, parti itu hanya diberikan enam kerusi DUN yang dianggap berstatus 'hitam' iaitu sukar untuk mencapai kemenangan berdasarkan keputusan pilihan raya umum lalu.

Katanya, PPBM Negeri Sembilan telah dijadikan bahan eksperimen semata-mata bagi membolehkan parti itu mendapat agihan lebih banyak kerusi DUN di negeri lain.

Beliau berkata, keputusan berkenaan adalah berat sebelah dengan parti lain dalam gabungan pakatan pembangkang itu diagihkan dengan kerusi 'lebih selamat' meskipun ada antara DUN tertentu yang gagal dimenangi dalam tiga pilihan raya umum lalu.

"Pengagihan kerusi ini tidak mendapat persetujuan dan dilakukan tanpa pengetahuan daripada ketua-ketua di lapan bahagian PPBM di negeri ini, sebaliknya ia diputuskan oleh para pemimpin di Kuala Lumpur," katanya dalam sidang akhbar selepas konvensyen tersebut.

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .