Pakatan Harapan tidak ada 'harapan' - Pas

KANGAR 11 Feb. - Pas menyifatkan Pakatan Harapan yang diketuai DAP sebagai gabungan yang tidak mempunyai 'harapan' berikutan pelbagai masalah membelengu mereka khususnya dalam soal pengagihan kerusi untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pada masa sama, Pengarah Institut Strategi Pas Pusat, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali juga percaya proses pengagihan kerusi tersebut tidak akan dapat diselesaikan oleh gabungan itu sehingga menjelangnya pilihan raya akan datang.

Katanya, Pakatan Harapan dilihat agak kelam-kabut dan tidak mungkin dapat bersatu berikutan begitu banyak pemimpin yang menjadi kepala.

"Pakatan Harapan ini parti kelam-kabut, mereka tidak boleh bersatu dengan satu kepala. Terdapan lima atau enam kepala dalam gabungan tersebut.

"Situasi itu jelas memperlihatkan mereka bukan harapan kepada rakyat, tetapi tidak ada harapan sebenarnya. Dalam konteks politik ini, kita memerlukan kestabilan dan kestabilan itu hanya melalui seorang ketua," katanya ketika ditemui selepas majlis dialog rakyat 'Anda Tanya, Pas Jawab'di Bangunan Koperasi, Medan Syed Alwi di sini hari ini.

Beliau mengulas kegagalan Pakatan Harapan diketuai DAP yang sehingga kini masih gagal mencapai kata sepakat berhubung soal pengagihan kerusi DUN untuk bertanding dalam PRU-14.

Selain Selangor, beberapa negeri seperti Negeri Sembilan, Perlis dan berapa buah negeri lain juga mengalami masalah sama.- UTUSAN ONLINE

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .