Archive for April 2018

BN Pulau Pinang tampilkan 60 peratus calon muka baharu


 
GEORGE TOWN, 24 April (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang mempertaruhkan gabungan muka lama dan baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini, dengan menamakan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said sebagai calon kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Mohd Zaidi, 49, merupakan antara muka baharu yang diumum sebagai calon BN dan dijangka berhadapan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang disebut-sebut akan bertanding di kawasan ?panas' dan dikatakan kubu kuat PKR itu.

Senarai calon yang diumum Setiausaha BN negeri Omar Faudza di sini hari ini merangkumi 60 peratus muka baharu dengan tujuh daripadanya berusia di bawah 40 tahun dan calon paling muda berusia 32 tahun iaitu bekas guru, Koo Pei Chee yang akan bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Lancang.

Tiga penyandang kerusi Parlimen daripada UMNO Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya dan Datuk Shabudin Yahaya juga kekal bertanding di kawasan masing-masing iaitu Kepala Batas, Balik Pulau dan Tasek Gelugor.

BN Pulau Pinang akan bertanding di 40 kerusi DUN dan 13 kerusi Parlimen dengan Gerakan di 13 DUN empat Parlimen; UMNO (15 DUN dan lima Parlimen), MCA (10 DUN, empat Parlimen) dan MIC dua DUN.

Calon muka baharu yang ditampilkan BN Pulau Pinang kali ini ialah dua daripada MIC iaitu J. Dhinagaran (DUN Bagan Dalam) dan M. Suresh (DUN Perai); lapan daripada Gerakan; 10 daripada MCA dan lapan daripada UMNO.

Lapan muka baharu Gerakan ialah Hartini Tan Abdullah (DUN Bukit Tambun); Kiew Hen Chong (DUN Jawi); Ooi Zhi Yi (DUN Kebun Bunga); H'ng Khoon Leng (DUN Padang Kota); Koo Pei Chee (DUN Batu Lancang); Tan Kah Leong (DUN Ayer Itam); Baljit Singh (Parlimen Jelutong); dan Andy Yong Kim Seng (Parlimen Bukit Bendera).

Sepuluh muka baharu MCA pula ialah Lee Beng Seng yang akan berhadapan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di kawasan Parlimen Bagan; Lim Hai Song (DUN Sungai Puyu); Ang Chor Keong (DUN Bagan Jermal); Goh Swee Gim (DUN Berapit); Kuan Hin Yeep (DUN Bagan Lalang); Lim Swee Bok (DUN Pengkalan Kota); Tan Hing Teik (DUN Komtar); Khoo Kay Teong (DUN Seri Delima); Wong Chin Chong (DUN Paya Terubong) dan Chuah Seng Guan (Parlimen Bayan Baru).

Turut dinamakan sebagai calon BN pada PRU14 ialah bekas calon pilihan raya kecil Permatang Pauh 2015, Suhaimi Sabudin yang bakal turun sebagai calon DUN Penanti, manakala Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow pula bakal berhadapan calon DAP Zairil Khir Johari di DUN Tanjong Bunga.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Zainal Abidin Osman; Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Datuk Jahara Abdul Hamid; dan penyandang kerusi DUN Bayan lepas Nordin Ahmad tidak dicalonkan semula.

Zainal Abidin, yang turut hadir pada majlis penyerahan watikah pelantikan calon BN itu, sebelum ini telah menyatakan hasrat untuk tidak bertanding pada PRU14 dan kawasan yang ditandinginya Parlimen Nibong Tebal menurunkan muka baharu Shaik Hussein Mydin, 46, manakala kawasan Jahara iaitu DUN Teluk Air Tawar juga menurunkan muka baharu Zamri Che Ros, 49.

Calon muka baharu lain daripada UMNO ialah Nor Hafizah Othman, 42, (DUN Permatang Berangan) yang bakal berhadapan calon PPBM Datuk Seri Mohd Shariff Omar; Abu Bakar Sidekh Zainul Abidin (DUN Seberang Jaya); Mohamad Sani Bakar (DUN Sungai Bakap); Laikat Ali Mohamed Ali (DUN Batu Maung); dan Rusli Hashim (DUN Bayan Lepas).

Teng ketika berucap pada majlis itu berkata BN Pulau Pinang merakam ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua anggota Parlimen dan DUN penggal lepas yang memilih untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum kali ini.

Beliau berkata apa yang penting semua calon BN perlu turun dengan satu semangat dan pemikiran untuk menang sekali gus membantu mempertahankan Putrajaya.

"Ketepikan dahulu semua isu-isu, perasaan tidak puas hati, tidak suka yang ada sebelum ini...yang penting kita turut dengan mentaliti untuk menang di negeri dan pusat," katanya.

Pulau Pinang mempunyai 13 kerusi Parlimen dan 40 DUN. Pada PRU13, DAP menang di 19 kerusi DUN, BN (10), PKR (10) dan PAS (satu), manakala bagi kerusi Parlimen DAP (tujuh); BN (tiga); dan PKR (tiga).

-- BERNAMA

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Senarai calon Parlimen, DUN BN Pulau Pinang

Senarai calon BN bertanding untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 bagi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

P. 041 KEPALA BATAS: Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN)

N. 01 PENAGA: Mohd Zain Ahmad (BN)

N. 02 BERTAM: Shariful Azhar Othman (BN)

N. 03 PINANG TUNGGAL: Roslan Saidin (BN)
 
P. 042 TASEK GELUGOR: Datuk Shabudin Yahaya (BN)

N. 04 PERMATANG BERANGAN: Nor Hafizah Othman (BN)

N. 05 SUNGAI DUA: Datuk Muhamad Yusoff Mohd Noor (BN)

N. 06 TELOK AYER TAWAR: Datuk Zamri Che Ros (BN)

 

P. 043 BAGAN: Lee Beng Seng (BN)

N. 07 SUNGAI PUYU: Lim Hai Song (BN)

N. 08 BAGAN JERMAL: Ang Chor Keong (BN)

N. 09 BAGAN DALAM: Dhinagaran Jayabalan (BN)

 
P. 045 BUKIT MERTAJAM: Gui Guat Lye (BN)

N. 13 BERAPIT: Goh Swee Gim (BN)

N. 14 MACHANG BUBUK: Tan Teik Cheng (BN)

N. 15 PADANG LALANG: Kuan Hin Yeep (BN)

 
P. 046 BATU KAWAN: Jayanthi Devi Balaguru (BN)

N. 16 PERAI: Suresh Muniandy (BN)

N. 17 BUKIT TENGAH: Thor Teong Gee (BN)

N. 18 BUKIT TAMBUN: Hartini Tan Abdullah (BN)

 
P. 047 NIBONG TEBAL: Datuk Dr. Shaik Hussein Mydin (BN)

N. 19 JAWI: Kiew Hen Chong (BN)

N. 20 SUNGAI BAKAP: Mohamed Sani Bakar (BN)

N. 21 SUNGAI ACHEH: Datuk Mahmud Zakaria (BN)

 

P. 048 BUKIT BENDERA: Andy Yong Kim Seng (BN)

N. 22 TANJONG BUNGA: Teng Chang Yeow (BN)

N. 23 AIR PUTIH: Tang Heap Seng (BN)

N. 24 KEBUN BUNGA: Oii Zhi Yi (BN)

N. 25 PULAU TIKUS: Loo Jieh Sheng (BN)
 

P. 049 TANJONG: Ng Siew Lai (BN)

N. 26 PADANG KOTA: H'ng Khoon Leng (BN)

N. 27 PENGKALAN KOTA: Lim Swee Bok (BN)

N. 28 KOMTAR: Tan Hing Teik (BN)

 
P. 050 JELUTONG: Baljit Singh Jigiri Singh (BN)

N. 29 DATOK KERAMAT: Lee Boon Ten (BN)

N. 31 BATU LANCHANG: Koo Pei Chee (BN)

 
P. 051 BUKIT GELUGOR: Low Joo Hiap (BN)

N. 32 SERI DELIMA: Khoo Kay Teong (BN)

N. 33 AIR ITAM: Tan Kah Leong (BN)

N. 34 PAYA TERUBONG: Wong Chin Chong (BN)
 

P. 052 BAYAN BARU: Chuah Seng Guan (BN)

N. 35 BATU UBAN: Hng Chee Wey (BN)

N. 36 PANTAI JEREJAK: Oh Tong Keong (BN)

N.37 BATU MAUNG: Liakat Ali Mohamed Ali (BN)

 
P. 053 BALIK PULAU: Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya (BN)

N. 38 BAYAN LEPAS: Rusli Hashim (BN)

N. 39 PULAU BETONG: Datuk Dr. Muhamad Farid Saad (BN)

N. 40 TELOK BAHANG: Datuk Shah Haedan Ayoob Hussain Shah (BN)

- UTUSAN ONLINE


Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Dr. Mahathir umpama Alfonso De Albuquerque

KUALA LUMPUR 15 April – Tindakan Pengerusi PPBM yang dibubarkan sementara, Tun Dr. Mahathir Mohamad memilih untuk bertanding di Parlimen Langkawi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) hanyalah semata-mata mahu 'menjaga' kroninya di pulau peranginan tersebut, bukan untuk memperjuangkan nasib rakyat.

Keputusan Dr. Mahathir itu tidak ubah seperti Panglima Portugis, Alfonso De Albuquerque yang menjajah Melaka pada tahun 1511 dengan tujuan hakiki bagi mengaut segala kekayaan hasil bumi Melaka pada masa tersebut.


Perkara ini diakui sendiri oleh bekas pengasas PPBM, Anina Saadudin yang mempersoalkan motif sebenar calon Perdana Menteri sementara gabungan pembangkang PKR itu sedangkan sebelum ini tidak pernah menghiraukan langsung kebajikan rakyat Langkawi.

Jelas beliau, Dr. Mahathir juga disifatkan sebagai 'perompak' yang menggunakan kekuasaan semasa menjadi Perdana Menteri dengan membangunkan dan memajukan Langkawi sebagai destinasi pelancongan hanya untuk 'diserahkan' tanah kepada kroni untuk membina banyak hotel bertaraf lima bintang.

"Dr. Mahathir cuba menakluk Langkawi dengan menggunakan orang-orang kecewa dalam UMNO serta saki-baki ahli PKR dan PAN yang terpedaya dengan 'perompak' dari tanah seberang ini.

"Ahli PPBM Langkawi tidak sampai 1,000 orang malah parti itu juga tidak mempunyai pejabat di sana. 'Perompak' ini tidak memerlukan pejabat, (beliau) cuma datang berceramah dan memfitnah pemimpin serta menipu rakyat dengan niat untuk menjadi penjajah pulau tersebut," katanya dalam catatan Facebook miliknya hari ini.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan Dr. Mahathir akan bertanding di Parlimen Langkawi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dalam satu majlis yang diadakan di Padang Mat Sirat, Langkawi malam ini.

Tambah Anina, sebahagian besar kawasan pantai indah di Langkawi telah 'dirompak' oleh Dr. Mahathir dengan membina hotel-hotel lima bintang tanpa menghiraukan kepentingan anak jati Langkawi.

"Bayangkan bagaimana pulau dengan keluasan 47,848 hektar dengan 25 kilometer panjang utara ke selatan dan lebih kurang 30 kilometer timur ke barat, hanya memperuntukkan satu kilometer pantai untuk anak tempatan beriadah disebabkan pembinaan hotel bertaraf lima bintang untuk kroni-kroninya," ujar beliau. - UTUSAN ONLINE

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

PRU14 : SPR Umum 9 Mei 2018 Tarikh Mengundi


Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang bermesyuarat hari ini telah membincangkan tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian awal dan hari pengundian serta daftar pemilih yang akan digunakan dalam PRU14 dan persiapan-persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.

Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah di dalam sidang medianya sebentar tadi telah mengumumkan bahawa hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-14 ditetapkan pada 9 Mei 2018 , manakala tarikh penamaan calon pada 28 April 2018 , manakala Pengundian awal pula ditetapkan pada 5 Mei 2018  dan  tempoh berkempen ialah selama 11 hari.

Ketika mengumumkan tarikh-tarikh itu, Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata seramai 14,940,624 juta rakyat Malaysia layak mengundi kali ini dan menggunakan daftar pemilih suku 4  (ST 4 2017)

Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

FAKTA ANGKA 

HARI MENGUNDI – 9 MEI 2018

PENAMAAN CALON – 28 APRIL 2018

PENGUNDIAN AWAL – 5 MEI 2018

TEMPOH BERKEMPEN – 11 HARI

JUMLAH PENGUNDI – 14,940,624 juta

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

BN umum calon seawal minggu depan

PUTRAJAYA 15 April - Barisan Nasional (BN) di­jangka mengumumkan senarai calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dalam tempoh seminggu atau 10 hari sebelum hari penamaan calon.

Setia­usaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihaknya sehingga kini masih belum menetapkan tarikh khas bagi mengumumkan calon-calon yang bakal bertanding.

Walau bagaimanapun, beli­au enggan mengulas lanjut berhubung bayangan dan latar belakang calon-calon berkenaan.

"Kita belum putus tarikh tertentu tetapi barang kali dalam tempoh 10 hari atau seminggu sebelum tarikh penamaan iaitu 28 April.

"Ia akan diumumkan sendiri oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kita jangka calon mewakili BN bukan sahaja boleh menang, tetapi perlu disukai rakyat," katanya dalam sidang akhbar selepas Hari Anugerah Kualiti Pendidikan peringkat Putrajaya di sini, hari ini.

Pada masa sama, Tengku Adnan merangkap Menteri Wilayah Persekutuan menafikan dakwaan sesetengah pihak yang senarai calon BN sering berubah-ubah.

Jelasnya, senarai calon perlu disaring terlebih dahulu bagi memastikan mereka benar-benar disukai rakyat.

"Kita tidak pilih calon disukai parti mahupun disukai orang tertentu, tetapi mestilah apa dimahukan rakyat.

"Saya meminta semua pihak untuk bersabar termasuk tidak membuat spekulasi berhubung senarai calon BN," katanya.

Ditanya mengenai pertukaran kerusi antara parti komponen BN, Tengku Adnan berkata, terdapat beberapa kerusi dibincangkan yang mana kerusi asal milik MCA atau Gerakan diberikan kepada UMNO atau sebaliknya.

"Ini adalah kerana BN sentiasa amalkan perbincangan berkonsepkan konsensus kerana kita adalah parti berbilang kaum dan agama.

"Kita bantu semua bangsa dan agama dan tidak pernah menolak sesiapa daripada mendapatkan hak kepentingan agama dan bangsa. Ini disebabkan perjuangan kami adalah bersama," katanya.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .