Dr. Mahathir umpama Alfonso De Albuquerque

KUALA LUMPUR 15 April – Tindakan Pengerusi PPBM yang dibubarkan sementara, Tun Dr. Mahathir Mohamad memilih untuk bertanding di Parlimen Langkawi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) hanyalah semata-mata mahu 'menjaga' kroninya di pulau peranginan tersebut, bukan untuk memperjuangkan nasib rakyat.

Keputusan Dr. Mahathir itu tidak ubah seperti Panglima Portugis, Alfonso De Albuquerque yang menjajah Melaka pada tahun 1511 dengan tujuan hakiki bagi mengaut segala kekayaan hasil bumi Melaka pada masa tersebut.


Perkara ini diakui sendiri oleh bekas pengasas PPBM, Anina Saadudin yang mempersoalkan motif sebenar calon Perdana Menteri sementara gabungan pembangkang PKR itu sedangkan sebelum ini tidak pernah menghiraukan langsung kebajikan rakyat Langkawi.

Jelas beliau, Dr. Mahathir juga disifatkan sebagai 'perompak' yang menggunakan kekuasaan semasa menjadi Perdana Menteri dengan membangunkan dan memajukan Langkawi sebagai destinasi pelancongan hanya untuk 'diserahkan' tanah kepada kroni untuk membina banyak hotel bertaraf lima bintang.

"Dr. Mahathir cuba menakluk Langkawi dengan menggunakan orang-orang kecewa dalam UMNO serta saki-baki ahli PKR dan PAN yang terpedaya dengan 'perompak' dari tanah seberang ini.

"Ahli PPBM Langkawi tidak sampai 1,000 orang malah parti itu juga tidak mempunyai pejabat di sana. 'Perompak' ini tidak memerlukan pejabat, (beliau) cuma datang berceramah dan memfitnah pemimpin serta menipu rakyat dengan niat untuk menjadi penjajah pulau tersebut," katanya dalam catatan Facebook miliknya hari ini.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan Dr. Mahathir akan bertanding di Parlimen Langkawi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dalam satu majlis yang diadakan di Padang Mat Sirat, Langkawi malam ini.

Tambah Anina, sebahagian besar kawasan pantai indah di Langkawi telah 'dirompak' oleh Dr. Mahathir dengan membina hotel-hotel lima bintang tanpa menghiraukan kepentingan anak jati Langkawi.

"Bayangkan bagaimana pulau dengan keluasan 47,848 hektar dengan 25 kilometer panjang utara ke selatan dan lebih kurang 30 kilometer timur ke barat, hanya memperuntukkan satu kilometer pantai untuk anak tempatan beriadah disebabkan pembinaan hotel bertaraf lima bintang untuk kroni-kroninya," ujar beliau. - UTUSAN ONLINE

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .