Mustafa Kemal Atartük Boneka Yahudi Untuk Hancurkan Pemerintahan Islam Turki
Watak Mustafa Kemal Atartük sengaja di wujudkan mewakili suara rakyat menentang kelemahan pemerintah Islam ketika itu.
Atartük mudah menerima sokongan terutama dari kalangan golongan muda yang terkenal dengan semangat tinggi.
Young Turks Di Peralatkan Musuh Untuk Melenyapkan Pemerintahan Islam Di Turki
Golongan muda ini di kenali sejarawan sebagai "Young Turks."
Baca di sini :
http://m.utusan.com.my/berita/luar-negara/genap-92-tahun-empayar-uthmaniyyah-runtuh-1.193073
Namun kelemahan golongan muda adalah kebanyakan mereka hanya berjuang atas dasar semangat semata-mata.
Tapi cetek ilmu dan kurang cermat dalam menghadapi tipu daya musuh yang selama ini sentiasa mengintai ruang untuk menjatuhkan kerajaan Islam.
Kerana terlalu ikutkan amarah terhadap kerajaan ketika itu, gerakan tersebut menjadi agresif menyebabkan kerajaan Uthmaniyah bertambah lemah dan lumpuh.
Lemah di luar kerana satu persatu taklukannya dikuasai penjajah, dan lemahnya di dalam dengan gangguan Young Turks.
Walaupun sedar khalifah Islam sedang diancam kuasa barat, Young Turks tidak peduli kerana menganggap masalah dalaman itu lebih patut diuruskan.
Mereka tidak kisah sekiranya kerajaan Islam di jajah asalkan hasrat mereka menukar kerajaan terlaksana.
Mereka membantu musuh menyebarkan kebencian di kalangan rakyat Turki terhadap khalifah, bercampur baur antara cerita benar, fitnah dan rekaan.
Mereka dengan bongkaknya menyatakan :
"Usah bimbang dengan Yahudi, sekali kita ludah, mereka akan hanyut dengan air liur kita!!!"
Runtuhnya Kerajaan Islam Terakhir Di Dunia
Akhirnya dengan kegelojohan golongan muda ini, Kerajaan Uthmaniyah, Sultan Abdul Hamed II tidak dapat bertahan dan digulingkan oleh tentera dalam peristiwa yang sangat tidak bermaruah.
Bermula Pemerintahan Sekular Turki
Kemudian naiklah kerajaan Mustafa Kamal Atartuk.
Young Turks bersorak kegembiraan kononnya masalah mereka telah selesai dengan bertukar pemerintah, akhirnya mereka hidup dalam buangan .
https://osmanlijb.wordpress.com/2015/03/09/apakah-punca-kejatuhan-empayar-turki-uthmaniyyah-bhg-ii/
Adakah Malaysia Baru Menuju Ke Arah Republik Malaysia Sekular!!!
Kita bukanlah bertujuan untuk menafikan suara rakyat...
Namun sejak pertukaran kerajaan, golongan2 Islam liberal semakin lantang bersuara...
Gerakan meminggirkan Islam sudah di lakukan secara agresif...
Apakah akan jadi pada anak cucu kita bila tiada lagi status agama pada MyKad...
Apakah anak cucu kita masih lagi dapat menghayati Islam, menjalani ibadah dan kehidupan sebagai seorang Islam tanpa gangguan seperti kita sekarang sekiranya JAKIM di bubarkan...
Kepada siapakah anak cucu kita yang masih cintakan Islam ingin mengadu nasib mereka bila jawatan Menteri Hal Ehwal Agama Islam pun dun di mansuhkan...
Apakah generasi kita akan di kenang sebagai generasi menang sorak tapi kampung tergadai oleh anak cucu kita nanti...
Mempertikaikan Institusi Raja2 Adalah Penderhakaan Yang Mesti Di Tentang
Institusi raja2 juga sudah berani di calar dan di cabar...
Baca di sini :
Keistimewaan Bangsa Melayu Di Persoalkan
Hak dan keistimewaan melayu yang diiktiraf di dalam kontrak sosial juga semakin rakus di cabuli...
Jatuhnya Umno dan DS Najib seperti hancurnya kerajaan Uthmaniyah dan marilah bersama2 kita bangkit untuk kembalikan maruah agama, bangsa dan tanahair tercinta.
Ya ALLAH bukakanlah pintu rahmat buat kami dan mereka yang membaca sejarah benar ini.
KITA MESTI BANGUN DARI TIDUR!!!
Tulisan asal :
Mohammad Ridzwan