Apa perlunya Rejim Pakatan baru itu nak membuat pertimbangan berhubung tuntutan yang dilakukan oleh kumpulan Hindraf ini? Kenapa mereka tidak mahu melaksanakan perkara itu segera?
Soalnya kenapa tidak? Bukankah Rejim Pakatan yang baru itu cakna kepada kehendak rakyat? Bukankah mereka meletakkan kehendak rakyat itu jauh lebih penting daripada perkara lain?
Jadi, apa perlunya pucuk pimpinan Rejim Pakatan baru itu nak mempertimbangkan tuntutan yang dibuat oleh Hindraf tu? Bukak je kawasan Felda untuk mereka. Terima je la pelajar Bukan Melayu di UiTM.
Tapi dalam masa yang sama, dari satu sudut yang lain, memang terasa kelakar juga apabila melihat tuntutan yang dibuat oleh kumpulan Hindraf itu kepada pucuk pimpinan Rejim Pakatan ini.
Rata - rata majoriti rakyat Malaysia menganggap tindakan Hindraf itu hanya sama seperti Pungguk Merindukan Bulan. Hajat mereka belum tentu akan kesampaian biarpun selama mana mereka menunggu.
Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila satu per satu janji yang dibuat oleh pucuk pimpinan Rejim Pakatan dalam manifesto mereka sebelum ini masih GAGAL untuk ditunaikan.
Jadi, bagaimana mungkin pucuk pimpinan Rejim Pakatan itu nak mengambil berat, melayan tuntutan yang dibuat oleh kumpulan Hindraf ini sekiranya janji yang mereka sendiri buat pun masih GAGAL ditunaikan kepada rakyat? Kirim salam je la jawabnya!!!
Sumber : Semuthitam.blogspot.com