Dengar cerita inilah penyabab penubuhan kerajaan PH Perak yang dapat sokongan 2 ADUN BN

APA SEBENARNYA YANG BERLAKU DI PERAK PASCA PRU14? UG? LOMPAT PARTI?

09/05/18
- Keputusan PRU 14 Negeri Perak diumumkan yang menyaksikan 59 kerusi DUN dipertandingkan; PH 29 kerusi, BN 27 kerusi, PAS 3 kerusi, namun tiada parti yang mendapat majoriti mudah.

10/05/18
- PH melalui pengerusinya Ahmad Faizal Azumu (PPBM) memohon untuk mengadap DYMM Sultan Perak untuk memohon perkenan untuk membentuk kerajaan negeri berdasarkan 29 kerusi yang dimenanginya.

https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/05/10/perak-pakatan-hopes-to-get-sultans-consent/

- BN melalui pengerusinya Dr Zambry Abd Kadir mengisytiharkan memiliki kerusi yang cukup (30 kerusi) untuk membentuk kerajaan negeri.

http://www.thesundaily.my/node/546795

- PAS melalui Pesuruhjaya Negeri, Razman Zakaria memaklumkan PAS bersedia membentuk kerajaan dengan mana - mana pihak yang boleh menerima syarat PAS

http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/perak/setuju-kerajaan-campuran-tapi-ikut-syarat-pas-1.832796

11/05/18
- Sultan menerima mengadap semua Adun bertanding dan menitahkan kedua pihak baik PH atau BN untuk membuktikan memperolehi majoriti mudah 30 kerusi.

http://www.kosmo.com.my/negara/sultan-perak-titah-bn-buktikan-parti-itu-mempunyai-30-kerusi-bagi-bentuk-kerajaan-1.670826

- Pas melalui Presidennya Dato Seri Abd Hadi Awang menawarkan penubuhan kerajaan perpaduan dianggotai oleh semua parti (PH, PAS, BN) tanpa pembangkang dengan syarat MB dan majoriti EXCO hendaklah beragama Islam

http://www.kosmo.com.my/negara/pas-tawar-ph-bn-tubuh-kerajaan-perpaduan-di-perak-1.670848

12/05/18
- Pihak Istana memaklumkan Sultan memberi tempoh sehingga jam 2 PM utk kedua pihak kemukakan 30 adun sebagai bukti memperolehi majoriti mudah. Dan PH diberi keutamaan untuk mengemukakannya dulu. Sekiranya PH gagal mengemukakan Sultan akan tidak akan menangguhkan pembentukan kerajaan negeri tersebut.

https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/05/12/sultan-sets-2pm-deadline-perak-ruler-gives-ultimatum-for-formation-of-state-government/

12/05/18 2PM
- PH melalui pengerusinya Ahmad Faizal Azumu memaklumkan sudah memperolehi sokongan 31 Adun, (termasuk 2 Adun BN) namun enggan mendedahkan siapa Adun BN tersebut dan memaklumkan sultan memperkenankan untuk PH membentuk kerajaan negeri.

https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/05/12/pakatan-secures-perak-with-31-seats/

- BN melalui pengerusinya Dr. Zambry Abd Kadir mengesahkan 2 Adunnya telah menyatakan sokongan kepada Ahmad Faizal Azumu sebagai MB, akur dengan keputusan Sultan PH dan menerima Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan.

https://www.malaysiakini.com/news/424455

12/05/18 6PM
- Ahmad Faizal Azumu mengangkat sumpah sebagai MB Perak ke - 12 di Istana Iskandariah.

13/05/18
- Dua Adun BN yang membantu PH membentuk kerajaan negeri; Nolee Ashilin Radzi (Dun Tualang Sekah) dan Zainol Padzi Paharuddun (Dun Sungai Manik) akhirnya membuka mulut, menyatakan apa yang dipersetujui di dalam afidavit yang ditandatangani di hadapan Sultan pada 12/05/18 itu hanyalah sekadar menyatakan sokongan kepada Ahmad Faizal Azumu sebagai MB bukan menyatakan sokongan kepada PH mahupun melompat ke dalam PH. Mereka menegaskan mereka masih lagi wakil BN.

https://www.malaysiakini.com/news/424544

KESIMPULAN
Tiada berlaku lompat parti mahupun Unity Government di Perak. Sebaliknya apa yang berlaku Pas masih tetap pendirian menunjukkan sikap "berkecuali" dan tidak menyebelahi mana - mana pihak. Dan tindakan 2 Adun BN tersebut hanyalah sekadar menyokong Ahmad Faizal Azumu sebagai MB untuk membolehkan dia memperolehi sokongan majoriti Dewan bukanlah menyokong PH mahupun melompat ke dalam PH.

Namun pada hemat kami situasi ini bukanlah situasi terbaik untuk sebuah kerajaan memerintah dengan selesa.

Contoh mudah apabila berlaku situasi pengundian usul di dalam Dewan, 29 PH menyokong, 3 Pas dan 27 Umno tidak menyokong, sudah tentunya tidak akan menguntungkan PH itu sendiri malah boleh menyebabkan usul tersebut ditolak. Dan jika situasi pertembungan ini semakin memuncak memungkinkan Peristiwa Kerajaan Bawah Pokok akan berulang 🤣.

Terima kasih kerana sudi membaca panjang - panjang ni.

P/S admin telah membuat carian dan semakan, kemungkinan faktor Nolee Ashilin (Adun BN Tualang Sekah) menyokong Ahmad Faizal Azumu sebagai MB tidak lain tidak bukan kerana pertalian kekeluargaan sebagai Ipar kepada beliau sendiri.

(Ahmad Faizal Azumu telah berkahwin dengan Nomee Ashikin Radzi iaitu adik beradik Nolee Ashilin Radzi sekaligus merangkap menantu Radzi Manan, Mantan Adun BN Tualang Sekah)

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .