GST tidak dimansuhkan tapi berkadar 0%, harga minyak KEKAL



PUTRAJAYA 16 Mei - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kutipan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dihentikan sebagaimana janji yang dibuat dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menurut Perdana Menteri, ke­rajaan pentadbirannya komited untuk melaksanakan janji-janji yang dibuat itu dalam manifesto.

“Kita akan cuba bayar balik kepada mereka yang buat tuntutan kerana pihak kerajaan (terdahulu) telah memungut lebih daripada yang perlu dibayar cukai GST ini,” katanya dalam sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kewa­ngan, GST terhadap barangan dan perkhidmatan sama ada buatan Malaysia atau yang diimport akan dikenakan kadar sifar peratus berbanding 6 peratus, berkuat kuasa 1 Jun ini.

Peniaga yang berdaftar masih tertakluk kepada semua peratu­ran semasa yang ditetapkan, an­taranya pengeluaran invois cukai, penghantaran penyata cukai dalam tempoh bercukai ditetapkan dan tuntutan kredit cukai input.

“Peniaga juga perlu memastikan harga barang dan perkhidmatan yang ditetapkan adalah mematuhi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 setiap masa,” kata kenyataan itu.

Dalam sidang akhbar sama, Dr. Mahathir berkata, harga petrol RON95, RON97 dan diesel di negara ini adalah kekal pada harga sedia ada dan mekanisme harga sebelum ini tidak digunakan.

“Minyak naik turun tiada, harga semasa akan kekal, kalau tidak cukup, kerajaan akan tampung dengan subsidi," katanya.

Dalam pada itu, jelas Dr. Mahathir, kerajaan juga komited me­­­­laksanakan pembaharuan-pem­­ba­haruan lain yang dijanjikan termasuk pemansuhan Akta Anti­berita Tidak Benar 2018, Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 serta undang-undang lain yang menyekat kebebasan akhbar dan hak bersuara rakyat.

“Kita akan cuba percepatkan proses untuk persidangan Parlimen, angkat sumpah dan kajian berkenaan undang-undang yang perlu kita mansuhkan dan perkara-perkara lain berkaitan dengan polisi kerajaan,” katanya.

Berhubung pembentukan Kabinet seramai 10 orang, Dr. Mahathir berkata, beliau menjangkakan pengumuman mengenainya akan dapat dibuat pada minggu ini dan senarai lengkap 25 orang menteri Kabinet akan dibuat seberapa cepat dari semasa ke semasa.

Ditanya pendirian negara me­ngenai tindakan kekerasan Israel terhadap warga Palestin, Dr. Mahathir berkata, Malaysia tegas dalam mengeluarkan kenyataan mengecam penindasan tersebut.

“Semalam, saya telah bercakap dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, beliau mempunyai cadangan untuk buat mesyuarat khas, kalau diadakan agak awal mungkin saya tidak dapat hadir,” katanya.

Dalam sidang akhbar itu, Perdana Menteri turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam serta selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di negara ini.

Pewaris Melayu : Mai kita tengok video kat bawah ni. Antara janji-janji PALSU Pakatan Harapan!

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .