Rafizi sangkal populariti Dr. Mahathir



KUALA LUMPUR 29 Mei - Selepas mengkritik pelantikan menteri Kabinet, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila menyangkal populariti Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Pakatan Harapan sebagai faktor kemenangan parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) baru-baru ini.

Rafizi sebaliknya mendakwa isu kenaikan kos sara hidup serta pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) adalah sebab utama Pakatan Harapan dapat meruntuhkan tembok Barisan Nasional (BN) dalam PRU-14. 

Beliau memetik laporan tinjauan pasca PRU-14 yang dilakukan oleh Invoke Malaysia yang mendapati bahawa rakyat lebih terkesan dengan dua isu tersebut berbanding pengaruh Dr. Mahathir yang kini merupakan Perdana Menteri. 

"Pada akhirnya, isu terbesar adalah isu punca pendapatan. Ia adalah mengenai GST, lebih mengatasi isu-isu lain.

"Selain itu, walaupun Dr. Mahathir menang besar sebelum ini di Kedah, kali ini Pas yang menang besar di Kedah. Ini bermakna, untuk pengundi Melayu, jika mereka perlu memilih antara PPBM yang dipimpin Dr. Mahathir atau Pas, mereka akan pilih Pas," katanya seperti dilaporkan portal The Malaysian Insight, Ahad lalu. 

Sementara itu, Pensyarah Kanan Bahagian Politik dan Polisi Awam Sekolah Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Mazlan Ali menyifatkan kelantangan Rafizi terhadap kepemimpinan Dr. Mahathir baru-baru ini sebagai 'kurang strategik' untuk permuafakatan dalam Pakatan Harapan. 

"Mungkin tegur-menegur satu budaya baharu politik Malaysia era Pakatan Harapan namun biarlah kena pada masa dan keadaan.

"Salah teguran atau kritikan boleh menimbulkan keresahan rakyat dan boleh menggugat keharmonian pakatan politik yang sudah sedia wujud ini," katanya.-UTUSAN ONLINE

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .