Adik Shahidan: Saya takkan jadi boneka, Raja Perlis tak kenal saya
"Saya pernah jadi pengerusi besar-besar, saya bukan jadi pegawai tadbir diplomatik. (Saya jadi) pengerusi suruhanjaya. Suruhanjaya besar ini di bawah Agong.
"Saya satu-satunya pengerusi yang dapat kuasa eksekutif daripada perdana menteri pada masa itu. Saya dapat kuasa eksekutif, maknanya saya tak perlu pujuk perdana menteri atas setiap keputusan yang saya ambil dan buat.
"Maknanya seperti tender projek dia bagi dekat saya, saya tak perlu rujuk kepada perdana menteri," katanya pada sidang media di Hotel Seri Pacific bersama 8 adun BN lain, malam tadi. Baca lagi
Adik Shahidan rayu Raja Perlis pertimbang 8 adun BN jadi MB
"Kita merayu sekali lagi Tuanku untuk memberi pertimbangan terakhir kepada kami semua demi Perlis yang kita sayang. Bukan Ismail Kassim, bukan Azlan Man, (tetapi) 8 (adun BN lain) daripada kami.
"Saya tak mahu dikatakan gila kuasa. Saya tak mahu arwah bapa saya dalam kubur tersentak-sentak dengan perbuatan yang tak berhemah di permukaan muka bumi. Saya tak mahu macam itu demi ayah saya," katanya pada sidang media di Hotel Seri Pacific bersama 7 adun BN, hari ini. Baca lagi
Asri gesa pilihan raya semula di Perlis
Menurut Asri, pilihan raya semula adalah cara terbaik semua pihak yang bertelagah akan berpuas hati, dan perkembangan pendedahan berkait 1MDB juga mungkin membuatkan rakyat Perlis mengubah pilihan mereka.
"Boleh pilih wajah baru dan bermutu tinggi dari semua pihak, mana-mana jaguh yang ada kualiti tapi 'kalah' di tempat lain, mungkin boleh datang bertanding di Perlis," kata Asri. Baca lagi
MUBARAK : Shahidan tiada kuasa pecat MB Perlis
Timbalan Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Perlis, Datuk Bahari Taib berkata perkara seumpama itu tidak pernah berlaku kerana kuasa memecat keahlian parti bukan terletak pada Pengerusi Umno negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim.
"Pada pandangan kami, dalam keadaan ini, Shahidan sepatutnya berbincang dan dapatkan pandangan Pusat sebelum membuat apa-apa keputusan…apa yang dilakukan di luar perkembangan Umno.
"Kami juga berpandangan Shahidan tidak faham apa terkandung dalam perlembagaan Umno," katanya kepada pemberita hari ini. Baca lagi
'Apa itu murka', Shahidan gesa Raja Perlis jangan campur tangan
"Saya merayu Tuanku Raja supaya menghormati perlembagaan sebagai raja berperlembagaan dan Tuanku tak perlu campur tangan tentang pentadbiran sebab pentadbiran akan uruskan.
"Jangan takut, Perlis tak ada bajet dan sebagainya sebab itu urusan menteri besar," katanya pada sidang media di ibu pejabat Umno di sini.
"Kalau raja murka itu soalan anda, saya tak faham apa makna murka. Saya ikut perlembagaan dan raja hendaklah melantik," katanya. Baca lagi
Krisis pelantikan MB Perlis imbau nostalgia 2008
Adha Ghazali / adha@bh.com.my
HARI ini genap dua minggu pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), menyaksikan Perlis selaku satu-satunya negeri yang bergerak tanpa dikemudi seorang Menteri Besar.
Seperti biasa sejak tiga PRU lalu, Perlis sekali lagi berdepan krisis kepemimpinan apabila wujud konflik dalam soal pelantikan jawatan nombor satu pentadbiran kerajaan negeri itu.
Selain pertikaian antara dua 'kem' dalam Barisan Nasional (BN) Perlis, bidang kuasa Istana Diraja Arau juga perlu diambil kira sebagai kuasa penentu dalam soal pelantikan Menteri Besar Perlis.
Untuk rekod, Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim mengumumkan mandat parti untuk melantik adik beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim sebagai Menteri Besar, menggantikan Datuk Seri Azlan Man yang juga ADUN Bintong.
Azlan selaku penyandang bagaimanapun mengakui tidak menerima maklumat mengenai perkara itu. Malah lebih mengejutkan, nama ADUN Tambun Tulang yang diberikan BN negeri dikatakan sukar diperkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
Memperlihatkan kedudukan ini, wajar sekali diimbau pasca PRU-12 pada 2008 yang dianggap sebagai detik pemula kepada krisis kepemimpinan dalam UMNO dan BN Perlis.
Ketika itu, wujud gerakan membabitkan majoriti sekumpulan ADUN Perlis untuk menggantikan Shahidan yang menjawat kedudukan Menteri Besar selama tiga penggal sejak 1995.
Lapan ADUN BN Perlis ketika itu 'berkelana' hampir seminggu di beberapa lokasi rahsia sekitar ibu negara, dengan nasi bungkus dikatakan menjadi antara juadah utama.
Motifnya, mengelak daripada dikesan konco Shahidan yang ketika itu bersungguh-sungguh berusaha untuk mengesan bagi 'memujuk' mereka supaya melupakan hasrat menukar kepemimpinan di Perlis.
Hasilnya selepas kira-kira dua minggu Perlis melalui hari tanpa Menteri Besar, mandat awal diberikan BN kepada Shahidan bertukar arah, sebelum watikah pelantikan dikeluarkan dengan tertera nama ADUN Bintong, Datuk Seri Md Isa Sabu.
Kuasa Raja Perlis
Menilai senario, tidak mustahil apa yang berlaku pada 2008 akan berulang sekali lagi. Malah tidak mustahil keadaan kini mungkin sekali lagi tidak akan berpihak kepada Shahidan.
Pada 2008 Shahidan sudah menerima watikah pelantikan daripada Perdana Menteri untuk dilantik sebagai Menteri Besar.
Bagaimanapun Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis menetapkan Raja hendaklah melantik seorang yang pada fikiran baginda mendapat kepercayaan ramai iaitu majoriti ADUN bagi mengetuai majlis kerajaan negeri. Itu yang berlaku ketika itu.
Dalam situasi hari ini, Ismail berada di posisi sama apabila diumum Shahidan sebagai calon Menteri Besar yang didakwa direstui pucuk pimpinan BN, namun Raja Perlis berhak mempertimbangkan calon lain yang difikirkan sesuai menerajui negeri.
Titah Raja Perlis beberapa hari selepas PRU-14 wajar diambil kira. Baginda memaklumkan ramai ADUN di Perlis dipilih rakyat melalui PRU-14 tidak dikenali, lantas baginda memerlukan masa untuk menilai dan mengenali mereka terlebih dahulu.
Pertimbangan utama baginda termasuk agar Menteri Besar dilantik tidak hanya memenuhi kehendak individu atau puak tertentu sahaja, sebaliknya mengambil kira kepentingan rakyat Perlis secara keseluruhan.
Perlis walaupun kekal dalam penguasaan BN, statusnya kini sebagai negeri pembangkang perlu juga diambil kira, terutama dalam keadaan negeri yang banyak bergantung kepada dana daripada pentadbiran peringkat Pusat.
Utamakan rakyat
Pelbagai spekulasi timbul sebelum ini termasuk ada yang mengandaikan beberapa ADUN BN Perlis bakal 'kalih' (ubah) untuk menghapuskan status negeri sebagai pembangkang.
Malah, ada sumber mengatakan rundingan sedang berlangsung untuk mewujudkan kerajaan perpaduan di Perlis, dianggotai wakil rakyat Pakatan Harapan (PH), PAS dan segelintir daripada BN, demi matlamat sama.
Apa pun langkah yang diambil, amanat Raja Perlis supaya kerajaan dibentuk dan Menteri Besar yang dilantik membawa manfaat kepada rakyat, harus diutamakan.
Terbaru semalam, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menjalankan tugas Presiden UMNO dan Pengerusi BN, menghadap Raja Perlis di Istana Diraja Arau.
Diharap pertemuan itu bakal menamatkan kekusutan yang timbul dalam soal pelantikan Menteri Besar Perlis kelapan ini.
Tidak kisah siapapun dipilih, sama ada Azlan atau Ismail, yang penting semua ADUN harus sepakat menerima mandat diputuskan.
Cabaran Perlis untuk mendepani hari-hari sebagai negeri pembangkang cukup besar.
Perlis mula mengalami krisis menteri besar melalui PRU 2008 apabila Shahidan digantikan Md Isa melalui pertembungan dua kem BN yang berlarutan hampir dua minggu.
Pada 2008, Azlan yang ketika itu menang kerusi DUN Pauh dilantik menggantikan Md Isa melalui PRU-13.
Pada PRU-14 Rabu lalu, BN menang 10 daripada 15 kerusi DUN, manakala PH pula memenangi tiga kerusi dan baki dua lagi milik PAS.