Padah bila mengundi ikut perasaan - Luahan Penjawat Awam Yang Kena Buang


Selepas dua minggu Malaysia ditadbir oleh kerajaan baru Pakatan Harapan (PH), tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa masih tidak ada satu langkah yang dilaksanakan kerajaan terus dapat dirasai oleh rakyat.

Sepuluh janji utama yang akan dilaksanakan dalam masa 100 hari pun menurut kerajaan PH akan mengambil masa lama. Hari ini sudah 13 hari, ada lagi baki 87 hari untuk kerajaan PH tunai janji.

Bagi penjawat awam, ada satu berita gembira pada mulanya akan dinikmati mereka pada 1 Julai iaitu satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) untuk semua seperti diumumkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 4 April lepas.

Sekarang ini, berita baik itu pun sudah jadi samar-samar kerana ia sudah pun diumumkan akan ditentukan semula oleh kerajaan baru.

Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata pengumuman yang dibuat oleh Najib kini terpulang pada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad untuk ditentukan kemudian.

"KGT itu adalah janji (kerajaan) dahulu, sekarang kita serah kerajaan baru untuk tentukan. Kita ikut manifesto kerajaan sekarang.

Semakin pudarlah harapan rakyat dan penjawat awam untuk dapat merasakan khabar berita yang langsung untuk rakyat selepas PH diundi untuk memerintah Malaysia. Tempoh masa untuk rakyat merasa buah tangan pilihan raya yang lepas semakin panjang.

Cukai GST entah bila akan dimansuhkan sama sekali, harga minyak entah bila akan turun, kenaikan BR1M yang diumumkan Najib juga tidak ada khabar berita.

Yang benar-benar berlaku ialah, ramai kakitangan awam diberhentikan kerja yang datang dari pelantikan secara kontrak. Ada 17,000 pekerja kerajaan dalam kumpulan berkenaan akan melalui masa depan ketiadaan pekerjaan.

Ribuan pekerja ICU dibuang minggu lepas, ratusan pekerja JPM dipecat serta merta dalam satu taklimat minggu lepas dan 3,600 guru mengajar KAFA di Kelantan juga kena buang.

Ribuan kakitangan JASA akan kena "terminate". Perdana Menteri tidak berhak membubarkan JASA kerana JASA ditubuhkan dengan titah Yang Dipertuan Agong pada 1958 dengan nama BHEK.

Tujuan asal penubuhan BHEK adalah untuk memelihara dan mempertahankan kestabilan politik, agama dan Kerajaan;

Pada akhir 1960, BHEK ditukarkan kepada Cawangan Hal Ehwal Khas (CHEK) dan masih di bawah Jabatan Perkhidmatan Penerangan. Pada 15 Mac 2000, Mesyuarat Jemaah Menteri meluluskan penubuhan Jabatan baru di bawah Kementerian Penerangan Malaysia dengan menaikkan taraf CHEK sebagai Jabatan Hal Ehwal Khas (JHEK) yang kemudian ditukar nama kepada JASA pada 2004.

Jangan kerana nasihat DAP, maka JASA dibubarkan. Jangan kerana nasihat DAP, maka SPAD yang punyai ribuan pekerja dibuang. Siapa hendak pakai baju uniform SPAD itu selepas ini? Bagi guru guru lah pakai uniform itu, boleh berjimat sikit.

Potong 10% gaji menteri hanyalah retorik dan wayang sahaja. Kalau gaji RM22,000, ada 14 orang menteri, baru jimat RM30,800 sebulan. Setahun baru jimat RM369,600, hendak bayar hutang 1 trillion macam mana? Tidak efek pun.

Menjelang Hari Raya, kenaikan gaji tidak dapat, harga minyak tidak turun tapi dikekalkan, GST tidak dimansuh tapi baru mahu cari cara penyelesaiannya. Buang 6%, dapat 10%. Itu yang rakyat nak?

Yang jadi mangsa dek kerakusan nafsu PH hendak jadi kerajaan ialah rakyat yang mengundi mereka. Beribu hilang kerja dan kenaikan gaji pula ditangguhkan.

Kerajaan PH kena ingat, duit yang ada dalam kantung negara sekarang adalah hasil usaha Datuk Seri Najib. Berbillion, pelabur sudah tarik keluar pelaburan di Malaysia. Saham jadi tidak menentu. Apa hasil yang kerajaan PH baru bawa sekarang?

Proton yang dulu kata China jajah, sekarang kekal sama. ECRL yang dulu kata gadai negara, kini masih sama. Jadi apa yang sudah diselamatkan? Ramai kena buang adalah. Ketua ketua kampung yang dapat RM1200 sebulan tidak lagi dapat nikmat itu. BR1M pun belum tentu dapat lagi Jun ini.

Undilah lagi ikut emosi, inilah padahnya.

Luahan,
Penjawat Awam Yang Kena Buang

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .