KUALA LUMPUR 14 Mei – UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu memainkan tanggungjawab sebagai pembangkang berwibawa kerana itu adalah apa yang diharapkan oleh rakyat.
Perkara itu ditegaskan oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang menjelaskan, meskipun rakyat menolak Barisan Nasional (BN) tetapi mereka berharap parti itu dapat memainkan peranan sebagai blok pembangkang dengan baik.
Katanya, berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), rakyat telah memberikan mesej yang jelas bahawa mereka menilai kerajaan dan mahu melihat ada pembangkang boleh menilai serta memastikan kerajaan semasa memenuhi semua janji pilihan raya.
"Bagaimanapun, tugas menjadi pembangkang yang kuat tidak akan berlaku serta-merta kerana masih dalam mood pasca penolakan pilihan raya umum yang segar dalam ingatan tetapi mahu tidak mahu dalam masa terdekat, mungkin beberapa minggu kena mula tugas sebagai pembangkang berwibawa.
"Akan ambil masa memenuhi kepercayaan rakyat untuk memainkan peranan sebagai pembangkang berwibawa, namun itulah agenda utama," katanya dalam sidang akhbar di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Mengulas mengenai desakan akar umbi supaya orang muda diberi kepercayaan untuk memimpin parti, Khairy menjelaskan bahawa parti itu perlu dinakhoda oleh barisan kepemimpinan yang mampu memulihkan parti.
Katanya, UMNO perlu dipimpin oleh orang yang betul, yang boleh menjadikan parti sebagai alternatif berwibawa dalam tempoh lima tahun.
"Bukan soal bagi pada orang muda, kekalkan orang lama, saya tidak mahu dengar itu. Saya telah katakan kepada ahli-ahli Pemuda supaya kita jangan terbawa-bawa dengan pemikiran itu," ujar beliau. - UTUSAN ONLINE
Pewaris Melayu : Apa yang penulis nampak pada sidang DUN, BN tak mampu nak jadi pembangkang yang baik dan agresif macam PKR, DAP dan PAN. Terbukti ketika sidang DUN Selangor yang mana nampak "umph" tu tak ada. Tapi, mana nak tahu bila dah jadi pembangkang di Parlimen, kena banyak lah belajar daripada PH macam mana depa jadi "pembangkang yang bangkang". Semoga dipermudahkan semua urusan UMNO dan BN.
Sy setuju dgn komen pewaris melayu di atas..!
BalasPadamBerkenaan dgn saranan kj juga sy setuju benar dgn beliau..!
Namun, sy nak tambah sedikit disini yg umno@bn harus berubah dgn erti kata sebenar2 nya berubah! Bukan suku masak..!
Umno@bn boleh saja ditadbir oleh sesiapa sahaja yg berkaliber..! Tua dan muda tdk menjadi masalah! Sedangkan mahathir yg sudah terlalu tua itu pun diterima rakyat, maka tdk ada mslh dgn umur!
Yg jd mslh nye adlh apabila pemimpin dan cybertrooper umno yg cukup bongkak dan tidak realistik dlm berhujah dan mentadbir..! Meluat rakyat melihatnya..!
Jd ubah dari kesemua peringkat..! Caranya adlh adakan PAU dgn segera! Berikan kebebasan kesemua ahli utk bsuara dgn bebas tanpa sebarang sekatan atau pun tindakan!
Biarkan ahli mengkritik sesiapa shaja dgn bebas..! Biarkan ahli bebas bcakap secara tertutup dan terbuka..!
Jgn takut umno akan berpecah..! Nak ubah kena berani bertindak..!!
Korang dah kalah pun..! Apalagi korang takutkan..??! Ini kali lah bsuara demi pertahankan parti, agama, bangsa dan negara..!
Perlu diingatkan juga PAU akan dtg pastikan kesemua jawatan di pertandingkan termasuk jwatan presiden dan timbalan presiden..!! Ini wajib!! Mesti..!!
Lepas tu, mana pemimpin yg berjiwa rakyat, berjiwa islam, berjiwa melayu dan selalu meletakkan kepentingan negara dihadapan, perlu dinaikkan sebagai pemimpin melalui peti undi di PAU nanti..!
Yg mana gagal atau tiada semangat cintakan parti, agama, bangsa dan negara.. Nyahkan saja dari dunia umno..!!
Dah byk kali sy usulkan perkara ini..! Terpulanglah kpd umno nk dgr atau tak!!
Sy hanya rakyat biasa yg sedang menilai umno@bn dari dulu sehingga sekarang..!
Pendapat sy ttg barisan kepimpinan umno@bn yg ada sekrg ini adalah amat membosankan dan meluat..! Tidak semua..! Kebanyakkan..!
Sebab tu korang kalah pd pru lalu..!
Dah diberitahu banyak kali tapi tak nak dgr..!
Contoh mudah adalah najib..! Dah berbuih mulut mintak korang tlg buat sesuatu.. Desak beliau letak jawatan..! Tak nak dgr.. Setia membabi buta..! Hentam mahathir tak ingat dunia..!
Akhirnya, rakyat tumbangkan terus umno@bn di pru lalu..!
Buktinya skrg amat jelas iaitu rakyat bukan sahaja tolak najib malah keseluruhan kepimpinan sedia ada umno@bn..! So, apa perlu buat..??!! Ubah lah! Adakan PAU..!! Tunggu apa lagi..!!!
Percayalah apabila umno kembali bangkit pertahankan parti, agama, bangsa dan negara.. Rakyat akan sokong dgn padu tanpa dipaksa atau disogok dgn apa2..!
SELAMAT BERJUANG..!!
Saya setuju PAU akan datang semua jawatan Timbalan Presiden dan Presiden dipertandingkan...jika Presiden baru sekarang tidak ditukar UMNO masih macam tu juga, kalau boleh biar akar umbi yang memilih. Diluar sana ramai tak suka Presiden yang DS Najib pilih ni.
BalasPadamUMNO boleh boleh diterima jika berani berubah...