Strategi TunM membekukan akaun UMNO selepas itu akan membatalkan UMNO akan memakan TunM sendiri selepas itu!
Harapan TunM selepas UMNO tiada maka kesemua AP2 UMNO itu akan di pujuk untuk masuk PPBM tidak mungkin terjadi..
Kalau itu yg dia harap maka dia lupa UMNO sudah tiada dan AP2 UMNO itu sedang terluka maka AP2 tersebut bebas masuk mana2 parti tetapi sudah tentu bukan dgn TunM dan bukan susahnya AP2 ni nak tumbangkan TunM sebagai membalas perbuatan TunM membunuh UMNO.
Dalam keadaan hati yg sakit kerana UMNO dimatikan, mana mungkin AP2 UMNO itu akan ikut TunM lagi.
Besar kemungkinan mereka akan berpakat jer masuk PKR untuk bersama2 dengan DSAI yg sedang di tekan oleh TunM, jika itu terjadi maka berakhirlah riwayat politik dan jawatan PM yg TunM pegang sekarang!
DSAI akan jadi PM selepas itu PM atau dipegang oleh DSWA buat sementara sehingga proses DSAI menjadi AP terjadi.
Maka dendam DSAI dan AP2 UMNO itu pun berbalas, perbuatan jahat dibalas jahat. hukum karma akan terjadi.
TunM bakal mengakhiri politik dia dengan kejatuhan yg memalukan kali ini, tunggu dan lihat!
Ingat perkataan Amok hanya ada dalam bahasa melayu sahaja ..
Melayu ini jenis biar putih tulang jangan putih mata,
Melayu jenis sanggup bakar kelambu kerana nyamok seekor!
Apa yg terjadi selepas PRU14 baru2 ini kepada org melayu adalah umpama menang sorak kampong tergadai! Nampak macam melayu yg memerentah tetapi hakikatnya yg berkuasa adalah cina DAP.
Maka tanggong jawab AP2 UMNO dan DSAI lah pula kali ni mengambil balek kampong mereka dengan sorakan kepada TunM pulak!
jangan lupa pepatah pembakar semangat ....
Alang2 menyeluk pekasam, biar sampai kepangkal lengan.
FB Bahazelan Wahab
Sementara itu, ada pandangan lain pila:
Andai kata UMNO di haramkan ... saya rasa MP dan ADUN serta ramai ahli ahli UMNO lebih redha menjadi Ahli PAS berbanding PBBM ..Kedah dan Perak lesap dan Pas akan ada 72 kerusi Parlimen ... ada brani ...LOL dan jgn lupa akaun PWTC tu paling tinggi ada rm 3.25 sen ( ini saya di beritahu sendiri oleh tuan presiden dulu bila bendahari berenti kerana merajuk tahun 1998) sejak bendahari dulu tahun 1998 berenti hingga nak bayar gaji pun kena setiausaha yg bayar .....THINK TWICE
FB Johari Ishak
Ini hanya teori-teori ...tapi mahukah AP2 UMNO dari Sabah sertai PPBM?