Derma kat Tabung Harapan - Ada aku kesah?

Ada kawan tanya aku isu derma. Aku malas nak cakap lebih sebab kak aku pun sekali bagi. Untuk sefamily pulak tu.Hahahahaahahahha..

1) Aku tak ada masalah bab derma ni. Duit hangpa kan. Hang lebih tau nak buat apa. Kalau taktau WhatsApp aku derma kat aku dah banyak sangat duit.. Satu, tunjukkan hangpa sayang negara. Kedua, rakyat Malaysia memang pemurah. Kalau secara peribadi, aku lebih suka menyumbang dengan membeli lebih banyak barang supaya hasil cukai kerajaan meningkat.

2) Betul la kata kata orang PH derma ni bukan kerajaan minta pun. Rakyat yang sukarela. Dan inisiatif ni dimulakan rakyat sendiri. Kerajaan tolong jadi pemudah cara saja. Yelah, satgi timbui ramai pulak scammer yang mengaku depa di lantik untuk kutip derma bayaq hutang kerajaan. Macam ada kes kat Padang serai dulu kutip duit nak buat masjid kat Kulim. Bertahun kutip padahal masjid tu dah berapa ratus kali orang buat sembahyang jumaat. Dan dah bopa kali semayang raya dah.

3) Tapi tapi tappiii nya.

4) Dia masalah punca utama yang boleh muncul derma bayaq hutang negara ni dari mana?. Dari kempen sebelum pru la yang kata negara nak bankrap la, nak jadi macam Greece la..kira kempen pru masa tu memang asak sungguh sungguh yang ekonomi kita ni memang nazak dah. Kira kalau hang dok icu tunggu doktor nak tarik mesin pernafasan lepastu hang goal ja.

5) Hakikat yang sebenarnya memang la kita berhutang. Nak terang lebih suruh economist dengan market analyst la tulih. Kalau semua aku tulih depa takkan nak tulih pasai kucing najib kot?. Tapi hutang kita sekarang betul ka akan buatkan negara kita bankrap? Aku tanya merata orang pandai pasal ni. Ya atau tidak.

6) dan jawapan nya TIDAK akan bankrap!. Sehari lepas pru BNM keluaq statement ekonomi kita meningkat. Di susuli pulak kenyataan TS Zeti yang ekonomi kita dalam landasan tepat. Jadi yang dok gebang kata nak bankrap tu politik persepsi ja lah?. Dan strategi tu kira berjaya la.

7) Kita berhutang. Itu hakikat. Tapi hutang kita belum tahap ulangan sejarah kat Korea dulu. Sampai perlu kutip derma untuk elak bankrap. Bahkan kalau ikut bnm reserved luar negara kita sekarang lebih 100b USD.. Dan semalam Petronas keluarkan data keuntungan syarikat. Menaik jugak.

8) Jadi sebab aku kira strategi main persepsi hutang ni dah berjaya, aku harap kerajaan dah boleh hentikan la retorik macam ni.. Dan bekerja untuk bina semula negara. Jangan lupa sebab keterujaan MOF kita dedahkan bab hutang ni minggu lepas, bursa saham menjunam teruk.

9) Dan tak perlu guna hutang nak bankrap ni lagi untuk jadikan alasan tak boleh tunaikan manifesto. Kami mengundi hangpa bukan pasai manifesto pun. Tau dah manifesto tu populis ja. Tapi lebih sebab meluat kat bn. Tapi jangan ingat orang suka PH pulak. Cuma tak jangka menang tu ja. Dan bila menang orang ph tak payah marah kalau ada yang tuntut. Sapa suruh berjanji bulan bintang kalau dah dari awai hangpa kata negara ekonomi teruk tahap nak bankrap?

10) ikan temenung harini sekilo masih sama harga. Mungkin betoi kata menteri, peniaga sabotaj. Hehe

-Siti Aishah -
Macai PH, macai bn, macai psm, macai pas, macai mahathir, macai Anwar, macai Ayman, macai Muhamad Harris Nasril.

Sumber : Facebook Siti Aishah

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .