Rahsia Sebenar Perjumpaan Zahid Dan Mahathir
Kedua-duanya di puji sebab 'berjiwa besar'...
Beberapa hari sebelum perjumpaan itu, Mahathir bercakap tentang 'penyatuan Melayu'...
Kemudian Mahathir kata, "Zahid datang minta pandangannya untuk menguruskan UMNO"...
Mahathir kata lagi, "UMNO sudah musnah sebab perangai pemimpin UMNO yang suka kayakan diri"...
Zahid Nak Jumpa Tun Atau Tun Nak Jumpa Zahid?
Khairuddin Abu Hassan pun cuba pujuk Zahid Hamidi untuk bubarkan UMNO dan sertai PPBM secara en-bloc pada 13 Mei...
Dua kali Zahid dipujuk supaya bersetuju UMNO dibubarkan dan sertai PPBM...
Tapi itu cerita sahaja...
Entah peria entah katak...
Entah betul entah tidak...
Tapi tengok Mahathir bagi penjelasan tentang pertemuannya dengan Zahid, sudah dapat diagak apa yang sebenarnya berlaku...
PPBM yang hanya ada 12 kerusi dan merupakan minoriti dalam Pakatan Harapan sehinggakan setiap tutur kata Mahathir perlu dirujuk dan diperbetulkan oleh Lim Guan Eng di khalayak ramai???
Atau UMNO-BN yang masih menguasai 78 kerusi Parlimen???
12+78 bermakna 90...
Penguasaan 90 kerusi Parlimen adalah majoriti dan cukup kuat, termasuklah mencaturkan kedudukan menteri-menteri kanan!!!
Dah Jadi Perdana Menteri Yang Tak Ada Kuasa Baru Mahathir Nampak UMNO
Semakin jelas pada rakyat bahawa sekarang Mahathir cuma menjadi Perdana Menteri Boneka DAP...
Perlantikan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan walau pun beliau masih lagi ada 2 kes rasuah di mahkamah tinggi jadi dalil yang cukup kukuh pada kita bagaimana Mahathir lacurkan integriti beliau pada DAP hingga sanggup menjadi Perdana Menteri Boneka yang cuma angguk-angguk dan geleng-geleng pada DAP...
Isu perlantikan Peguam Negara yang mendapat bantahan dari Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan juga Majlis Raja-Raja akan kukuh dalam ingatan anak cucu kita bagaimana Mahathir telah menderhaka pada raja2 dan mengkhianati bangsa Melayu...
Adakah Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia tidak mampu bersuara @ tidak mahu bersuara ketika maruah Agong dan Raja-Raja Melayu di kritik dan di persendakan!!!
Dengan menderhaka kepada Raja-Raja Melayu, membutakan mata dan memekakkan telinga pada keresahan bangsa Melayu di atas usaha meminda dan mempertikaikan hak dan keistimewaan bangsa Melayu di tanah air sendiri, satu persoalan timbul pada kita semua...
MASIH MELAYU KAH MAHATHIR!!!