Mengapa ramai sangat CEO - CEO GLC letak jawatan?



1.  Langkah Kerajaan Pakatan Harapan meletakkan tekanan dengan memberi alasan kerajaan terdahulu tidak berintegriti dan mempunyai hutang yang banyak sehingga membebankan negara adalah satu tindakan yang tidak berhemah dan cuba memanipulasikan fikiran rakyat.

2. Perletakan jawatan Gabenor Bank Negara Malaysia, diikuti perletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Telekom Malaysia serta bakal disusuli penggantian Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia dan semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dilihat seolah-olah ada hubung kait dengan tekanan tangan ghaib dalam kerajaan.  

3. Rakyat melihat semua tindakan PH yang mengaitkan semua mereka yang meletakkan jawatan itu  dengan Dato' Sri Najib Razak seolah-olah sebagai  satu usaha kerajaan mahu memasukkan 'orang-orang tertentu' ke dalam setiap jabatan dan agensi.

4. Ini adalah satu usaha untuk mengaburi mata rakyat. Dengan mengaitkan semua ini dengan 'salah laku' kerajaan terdahulu, pihak-pihak tertentu dilihat menggunakannya sebagai cara perbersihan ke atas BNM, TM, Bursa Malaysia malah syarikat-syarikat lain.

5. Sain itu,  kami juga berasakan wujud satu usaha mengenakan tekanan ke atas Institusi diRaja sehingga hampir menimbulkan krisis dengan pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara yang baru. Agak pelik juga, baru-baru ini Thomas dengan pantas memperkatakan bahawa 1MDB adalah keutamaannya.

6. Rakyat memerhati dan pasti bertanya dengan serius motif tulisan Datuk A Kadir Jasin yang menukil 'RM257 juta dibelanjakan untuk Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam 16 bulan'.  Apakah ini berniat memalukan Institusi Raja-Raja Melayu serta menghasut perasaan rakyat agar membenci Institusi Raja-Raja Melayu? 

7. Ini tidak seharusnya berlaku, kecuali Pakatan Harapan ada niat untuk memperlekehkan Institusi Raja-Raja Melayu. Kerajaan memerintah sepatutnya bertanggungjawab memelihara nama baik Institusi Raja-Raja,  integriti pelbagai institusi kerajaan dan kepentingannya,  bukan semakin merosakkan imejnya. 

8. Rakyat  juga tertanya-tanya apakah perlantikan Thomas sebagai tindakan yang berkemungkinan menjadikan institusi kehakiman (judiciary) sebagai 'pelindung' kepada dakwaan salah laku beberapa rakan yang rapat dengan kepimpinan PH , baik di dalam mahupun di luar Kabinet.

9. Dengan pembebasan Rafizi Ramli daripada hukuman penjara, mungkin akan wujud pula usaha untuk melepaskan Lim Guan Eng daripada hukuman atas kesalahan rasuah, sedangkan kesnya seakan-akan sama dengan kes rasuah bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo.

10. Walaupun rakyat berasakan memang menjadi tugas peguam negara untuk menjalankan siasatan ke atas kes 1MDB dan kes-kes lain,  rakyat lebih tertanya-tanya apakah pendirian peguam negara yang baru apabila beliau menyatakan kepada media untuk "menguruskan kes-kes terpilih. "

11. Bagaimanakah status siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai tukaran asing (forex) ketika Tun Dr Mahathir menjadi perdana menteri keempat, RCI peristiwa Memali dan isu pemberian kad pengenalan di Sabah?

12. Bukan setakat itu saja, apakah Kerajaan  PH akan memastikan tiada siasatan dibuat ke atas tiga individu 'billionaire' yang ada pertalian keluarga dengan kepimpinan PH? Bagaimana pula  siasatan ke atas skandal yang meruntuhkan Perwaja?

13. Di samping itu apakah siasatan tidak perlu dilakukan terhadap bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz mengenai isu pemberian permit import (AP) serta punca yang mendorong perlambakan masuk kereta dari China dan Korea Selatan, yang mana  Dr Mahathir sendiri menyatakan tidak bersetuju beliau pada waktu itu? 

14. Rakyat berharap mereka tidak dipermainkan dengan janji-janji manis sebelum pilihan raya. Selepas gagal mengotakan janji manifestonya, Kerajaan PH dilihat sengaja mengalihkan persoalan rakyat dengan pelbagai helah dan membentuk persepsi.  Paling menyedihkan apabila mereka menghina negara sendiri dengan menerima  'campur tangan asing', 

15. Sudah sampai masanya rakyat berfikir secara kritis mengenai sokongan mereka terhadap Kerajaan PH ini. Adakah kerajaan sekarang benar-benar ingin berkhidmat kepada negara dan rakyat, atau sekadar mahu berkuasa dan meletakkan semua sistem di bawah tapak kaki mereka?

16. Dalam erti kata lain, apakah mereka hanya mahu membongkar kesalahan yang dilakukan oleh orang lain tetapi enggan diri sendiri disiasat? Adakah ini juga menunjukkan Kerajaan PH mengamalkan tindakan politik balas dendam? 

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .