Rakyat marah jika Jakim diusik, kata PAS



PETALING JAYA: PAS membantah gesaan supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ditutup, sebaliknya memberi amaran kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) ia bakal mengundang kemarahan sekiranya gesaan seperti itu dilayan.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ini kerana kewujudan Jakim diiktiraf oleh pelbagai pihak luar negara.

"Dan sepatutnya peranannya dipertingkatkan. Kerajaan diingatkan jangan kerana satu dua suara yang tidak senang dengan peranan Jakim, kerajaan terus bertindak," katanya kepada FMT hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata masa depan Jakim akan ditentukan berdasarkan kajian sekumpulan ulama yang mengkaji peranan Jakim, di samping penyeragaman dan penyelarasan urusan agama.

Jakim ditubuhkan sebagai agensi pusat untuk menyeragamkan dan menyelaraskan undang-undang, pentadbiran dan pembangunan pendidikan Islam yang terletak bawah bidang kuasa majlis agama negeri-negeri.

Sebelum ini beberapa pihak menggesa Jakim dibubarkan selepas mendakwa agensi itu mencampuri urusan agama di negeri-negeri.

Antaranya Tawfik Ismail, anak bekas timbalan perdana menteri era 1970-an Tun Ismail Abdul Rahman, yang menyuarakan bantahannya terhadap rancangan untuk menilai peranan agensi itu, dengan mengatakan ia sepatutnya dibubarkan terus.

Tuan Ibrahim berharap ulama yang dipilih itu akan merumuskan keputusan positif bagi menambah baik peranan Jakim.

Beliau pada masa sama berkata parti Islam itu bersedia untuk terlibat sama sekiranya dijemput oleh kerajaan.

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .