Bayangkan kalau dulu Menteri UMNO berkata kalau sayur mahal, tanam sendiri. Sudah pastinya berbakul sumpah seranah akan dilemparkan. Sekarang, penjilat-penjilat Kerajaan bagaikan lena mabuk ketum apabila dihidangkan dengan skrip yang sama.
Kedua, persoalan untuk menjadikan bidang pertanian sebagai sumber meningkatkan taraf hidup amat penting. Kita akui. Namun, di mana janji Kerajaan PH yang mendabik dada sebelum PRU14 dengan mengatakan, kami akan menghapuskan GST yang menyebabkan harga barangan naik. Adakah harga barangan murah sekarang berbanding dulu di bawah Kerajaan yang lama?
Ketiga, kenapakah Menteri yang bercakap mengenai pertanian adalah Menteri Dalam Negeri, TS Muhyiddin Yassin dan bukannya Menteri Pertanian Dan Asas Tani?
Apa kaitan keselamatan negara dengan pertanian? Begitu juga apabila hari ini juga Menteri Pertahanan masak kuih samperit atas kapal perang. Apa kaitan Menteri jadi chef atas kapal perang negara dengan keselamatan ketenteraan? Selepas ini apa pula, bakar lemang dan rebus ketupat dalam kapal selam?
Sumber : http://khairulryezal.blogspot.com/2018/06/sayur-mahal-guna-tanah-terbiar-untuk.html#bwCZU4uLBoKiyo3I.99