Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) mencadangkan peguam veteran Tommy Thomas sebagai calon peguam negara.
Sumber yang dekat dengan kerajaan memberitahu Malaysiakini bahawa Tommy merupakan nama yang dipilih sebulat suara dan namanya telah diserahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong minggu lalu.
Bagaimanapun, pemilihan Mesyuarat Majlis Raja-Raja dikatakan menggesa agar nama yang diberikan untuk jawatan itu adalah daripada orang Muslim.
Ditanya sama ada kerajaan mempunyai calon cadangan lain, sumber berkata hanya nama Tommy yang diserahkan.
"Tiada nama lain selain Tommy. Hanya satu nama diserahkan kepada Mesyuarat Majlis Raja-Raja.
"Berikan sedikit masa untuk Mesyuarat Majlis Raja-Raja mempertimbangkan cadangan itu. Percaya dengan proses. Kami menghormati kebijaksanaan Mesyuarat Majlis Raja-Raja," kata sumber.
Sekiranya cadangan itu dipersetujui, Tommy akan menggantikan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang kini digesa melepaskan jawatannya.
Tugas peguam negara ketika ini digalas oleh Peguam Cara Negara, Engku Nor Faizah Engku Atek
Anggota Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh berkata Apandi sepatutnya dipecat kerana enggan meletakkan jawatan.
Semalam, Anggota Majlis Tertinggi BERSATU Datuk A Kadir Jasin melalui tulisan di blognya berkata, pihak istana perlu menghormati Artikel 40 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan agar baginda bertindak mengikut nasihat kerajaan.
Bagus jugak majlis raja-raja menolak nama tersebut.. ini selaras dgn janji PH dlm manifesto mereka..
BalasPadamdimana pada janji ke-15 manifesto PH - di bawah tajuk Memisahkan Pejabat Pendakwa Raya Negara Daripada Pejabat Peguam Negara, HARAPAN menyatakan:
Peguam negara akan dilantik daripada kalangan anggota parlimen yang berkelayakan, dan beliau akan menjadi seorang menteri yang boleh meneruskan peranan sebagai penasihat undang-undang bagi kerajaan.
Jawatan Pendakwa Raya pula akan dipegang oleh individu lain yang bebas dan bertindak tanpa mengira kepentingan politik kepartian.
Beliau akan mengetuai Pejabat Pendakwa Raya Negara yang mempunyai autonomi dalam melaksanakan kuasa-kuasa pendakwaan, iaitu sama seperti yang dilakukan oleh negara-negara lain yang demokrasinya lebih matang.
P/s: Dan nampak lebih molek / lebih bagus jika jawatan pendakwa raya dipegang oleh individu beragama islam..
Rakyat tertunggu2 pendapat dari parti PAN terhadap cadangan ini?
BalasPadamPAN Ada capacity ka nak pikir benda complex camni?
PadamRakyat bersama2 Agung dan Raja2 Melayu...
BalasPadamKerajaa. yg lahir dari sentimen dan persepsi fitnah jijiktak kekal lama
BalasPadamciri kerajaan fitnah munafik bila berjanji dikhianati.
hidup atok uturn hidup selama lamanya
hidup atok...!!!
atok kau..!!!