Bung Mokhtar ‘sekolahkan’ Maszlee



KUALA LUMPUR 23 Julai – Ter­kenal sebagai seorang yang lantang bersuara dalam sidang Dewan Rakyat, Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabata­ngan) sempat 'sekolahkan' Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.

Beliau mahu Maszlee yang bertanggungjawab menjaga sebuah kementerian paling pen­ting di negara ini agar sentiasa berintegriti ting­gi bagi memastikan agenda pembangunan masa depan generasi muda negara dapat dicapai.

"Sebagai menteri, dia (Maszlee) harus bertanggungjawab. Bila diangkat, dia ada tanggungjawab sepenuhnya kepada rakyat.

"Jangan lakukan hal yang tidak tentu de­ngan rendahkan inte­griti. Kita sarankan dia lakukan yang terbaik, jangan buat seolah-olah tidak ada penge­tahuan," katanya.

Terdahulu Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang mencelah perbahasan tersebut bertanya pandangan Bung Moktar mengenai Maszlee yang muncul dalam sebuah klip video seolah-olah merendahkan martabat penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Menurut Bung Moktar, Maszlee juga tidak sepatutnya hanya memberikan fokus untuk melaksanakan pembaharuan dalam bidang pendidikan dengan cadangan untuk menukar warna kasut sekolah pelajar.

"Sibuk mahu tukar warna kasut sekolah kepada hitam, bukan mudah untuk rakyat yang daif.

"Sebagai contoh di kawasan saya 80 peratus orang daif. Kalau kasut sekolah warna hitam RM20 sepasang bagaimana mereka ma­hu tanggung kos tersebut? Kalau yang ada anak ramai lagi masalah," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga mahu kerajaan Pakatan Harapan menunaikan manifesto yang telah dijanjikan kepada rakyat.

"Saya minta kerajaan tunaikan janji kerana rakyat akan kembali bertanya kepada kita. Jangan sombong dan jangan ego kerana kita naik seperti roda yang akan turun juga satu hari nanti," katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

3 Responses to Bung Mokhtar ‘sekolahkan’ Maszlee

  1. Ada ke lagi kasut sekolah harga 20? Setahu aku yg ada harga 40, 50, 60 sepasang. Kalau ada anak 5 sekolah dah berapa? Itu baru nak tukar kasut hitam saja. Kalau dulu boleh guna duit BRIM, kepada menteri kalau nak usulkan sesuatu, gunalah otak jangan pakai kepala lutut? Lagi pun penting sangat ke KASUT HITAM ni?

    BalasPadam
  2. Kalau kita masuk web2 mencari kerja INDEED, MAUKERJA dsb kita boleh tangok rating gaji pekerja baik swasta atau kerajaan, rata2 dalam linkungan 1000 hingga 1900, lebih sikit dapat 3000? Kalaulah ada anak 5, tukar kasut hitam kos dia mungkin dah 250, kalau dua pasang dah 500? Dah habis separuh atau suku gaji pekerja awam, itu baru kasut hitam sahaja. Kepada menteri anda semua perlu ada micro knowledge tentang susah senang tentang kehidupan rakyat sebelum nak mengusulkan sesuatu. Kalau2 ada masa eloklah goggle INDEED atau mana2 web MENCARI KERJA, kesian kepada rakyat, janganlah lagi usulkan idea2 TOLOL anda?

    BalasPadam
  3. Menteri2 gaji berpuluh ribu, tak termasuk lagi elaun itu ini, eloklah selami susah senang kehidupan rakyat, having micro knowledge tentang kehidupan rakyat, JANGANLAH LAGI BAGI IDEA2 TOLOL MACAM PENUKARAN KASUT HITAM YANG TIDAK MENDATANGKAN APA2 PUN FAEDAH INI!!!!!!!

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .