Sidang Parlimen di dewan Rakyat semalam sangat menarik perhatian rakyat.
1. Ketua Pembangkang Dato Sri Zahid Hamidi yang juga YB Bagan Datoh membahaskan pekara-pekara yang termaktub dalam perlembagaan negara mesti dihormati : Kedudukan Agama Islam, Raja Raja Melayu, kedudukan bahasa Melayu, Hak orang Melayu. Prinsip undang-undang harus dihormati semua. YB Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan PAS juga turut sama senada dengan UMNO dalam hal ini yang menarik orang Melayu Islam untuk sedar situasi yang berlaku hari ini berhubung perlembagaan negara yang telah cuba digugat.
2. YB Pekan yang juga mantan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak diberikan ruang bagi memperjelaskan isu projek HSR yang sebenar yang mana Menteri Ekonomi Dato Seri Azmin Ali Gombak terkial-kial untuk menjawap bagaimana kos projek HSR yang belum pun tender ditutup telah dikatakan akan menelan belanja RM110 Bilion walhal kos awal yang diumumkan kerajaan BN sebelum ini hanyalah sekitar RM40-RM70 bilion.
3. Bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Ismail Said Kuala Krau dan Datuk Seri Ronald Kiandee MP Beluran memperbetulkan Speaker dan Timbalan Speaker dewan yang acap kali dengan sendirinya melanggar peraturan mesyuarat sidang parlimen. Malah MP Larut Dato' Seri Hamzah Zainudin juga turut sama memperbetulkan speaker dewan dengan memberikan contoh Pengadil bolasepak Piala dunia dalam isu bahasa biadap YB Bukit Gelugor. Video-video mereka viral dan antara topik hangat dimedia sosial.
4. YB Rembau Khairy Jamaluddin yang kelmarinnya membangkitkan isu SST semalam sekali lagi membangkitkan janji manifesto Kerajaan PH berkaitan penangguhan bayaran pinjaman PTPTN bagi pemimjan yang gaji dibawah paras RM4000 sebulan. Soalan YB KJ kepada YB Menteri Pendidikan Maszlee Malik Simpang Renggam merupakan soalan rakyat khususnya orang muda yang mana gagal dijawap oleh YB Menteri sebaliknya memberikan alasan ianya masih dalam kajian kerajaan dan memberikan gambaran awal bahawa janji PTPTN yang dijanjikan sebelum Pilihanraya tidak akan dapat dilaksanakan.
5. Kerajaan yang gagal dalam sesi sebelah pagi telah tidak menghadirkan diri disebelah petang dengan memberikan alasan mesyuarat kabinet. Alasan ini terpaksa dibuat kerana sudah tidak tahan dengan tekanan dari pihak Pembangkang yang berwibawa dengan hujah yang padu, padat dan merupakan suara rakyat. Hanya beberapa kerat MP Kerajaan yang hadir pada sesi disebelah petang.
6. Apa lagi berlaku hari ini Khamis 19 Julai? Apakah Kerajaan akan lari lagi seperti semalam ataupun mereka sudah siap sedia untuk mencetuskan kekecohan sepertimana semalam yang mana MP DAP Bukit Gelugor Ramkaral Singh cuba membuat kecoh dengan melabelkan "Pemuda UMNO Gangster" bagi melarikan diri dari menjawap soalan dan hujah Pembangkang?
7. Pembangkang yang ada hari ini lebih kuat dan berpengalaman dalam dewan dan juga hal berkaitan Rakyat berbanding Kerajaan Pakatan Harapan yang masih mengkaji manifesto janji-janji yang dibuat sebelum ini.
8. Rakyat disarankan mengikuti sidang parlimen yang bersidang melalui siaran langsung di web "RTMparlimen" kerana apa yang ditayangkan di media TV3suku hanyalah berita sandiwara kerajaan semata-mata.
Wan Muhammad Azri
EXCO Pemuda UMNO Malaysia