Ketua Pembangkang ucap dihadapan kerusi kosong : Khairy minta kerajaan PH buat mesyuarat kabinet pada hari Jumaat



KUALA LUMPUR 18 Julai – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) disarankan mengubah mesyuarat Kabinet kepada hari Jumaat dan bukannya Rabu kerana mengganggu perjalanan Persidangan Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, ini berikutan ketika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memulakan ucapan membahas usul titah Yang di-Pertuan Agong, kerusi ahli Parlimen kerajaan kosong.

"Ketua Pembangkang mula membahas usul titah Agong, barisan kerusi depan kerajaan semua kosong. Seorang menteri pun tidak ada dalam dewan untuk mendengar ucapan Ketua Pembangkang.

"Saya difahamkan para menteri ada mesyuarat Kabinet hari ini. Saya cadangkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya mesyuarat jemaah Menteri diadakan pada hari Jumaat bukannya sewaktu dewan bersidang untuk menghormati urusan Parlimen," katanya dalam Twitter beliau hari ini. – UTUSAN ONLINE

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .