KUALA LUMPUR 19 Julai - Keputusan kerajaan untuk memperkenalkan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST) 1 September ini menimbulkan pelbagai persoalan terutama kebimbangan rakyat sama ada harga barang akan meningkat ataupun tidak setelah rata-rata berpendapat GST sebelum ini adalah membebankan poket pengguna.
Timbalan Presiden, Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA), Saizol Ismail berkata, pelaksanaan semula SST secara tidak langsung akan mengembalikan semula trend lama pelarian cukai dan meningkatkan aktiviti dalam pasaran gelap.
Sehubungan itu katanya, kerajaan perlu mencari kaedah terbaik untuk menangani kelemahan SST dan pada masa sama berupaya mengekalkan kadar pematuhan setelah cukai itu dikuatkuasakan.
"Mengenai trend lari daripada cukai ini, saya ambil contoh, pengilang mengurangkan kos di peringkat awal supaya cukai SST yang dibayar adalah rendah. Tetapi dalam masa sama, ia mempunyai syarikat-syarikat lain yang berkaitan antara satu sama lain dan mengambil kesempatan dengan menaikkan kembali harga barang.
"Dalam perkara ini, kerajaan tidak boleh mengambil tindakan terhadap syarikat-syarikat itu kerana cukai hanya dikenakan di peringkat pengilang sahaja.
"Dari sudut pasaran gelap pula, dengan adanya GST, mereka lebih cenderung memilih untuk membeli atau dapatkan produk daripada syarikat yang berdaftar dengan GST. Dengan ini supaya mereka dapat membuat tuntutan semula yang mampu mengurangkan kos mereka. Tanpa GST, mereka boleh memberi produk daripada mana-mana syarikat termasuk seludup daripada pasaran gelap kerana harga produk adalah murah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Bagaimanapun, menurut Saizol yang juga Pengarah Urusan Firma JTB Partners Sdn. Bhd. dan merupakan perunding cukai profesional (cukai pendapatan dan GST) dengan pengalaman lebih 13 tahun dalam bidang berkenaan, SST dilihat selesa untuk rakyat kerana ia tidak melibatkan kos untuk semua produk dan cukai pula hanya dikenakan kepada produk tertentu.
"SST lebih mudah bagi peniaga kerana ia cukai satu peringkat maknanya pengilang dan pengimport dan pemberi perkhidmatan mengenakan cukai dan membayarnya kepada kastam tanpa perlu membuat tuntutan kredit sebagaimana GST sekali gus mengurangkan beban operasi terutama bagi syarikat kecil yang terlibat.
"GST pula adalah mekanisme yang berjaya membantu kerajaan dari segi hasil dan proses kutipan cukai juga lebih efisien. Malah, ia juga berupaya meningkatkan kadar pematuhan dalam kalangan peniaga. Dari sudut cukai, saya melihat kedua-duanya ditanggung oleh pengguna, cuma rakyat kita terlalu fobia dengan istilah cukai baik SST mahupun GST," katanya.
Rejim cukai di negara ini akan bertukar sekali lagi 1 September ini bagi menggantikan GST sejajar dengan manifesto Pakatan Harapan untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. Kerajaan bercadang untuk mengenakan 10 peratus bagi kadar cukai jualan dan enam peratus bagi cukai perkhidmatan.
Secara dasarnya, menurut Kementerian Kewangan dalam kenyataannya hari ini, SST merupakan cukai satu peringkat yang secara amnya dikenakan ke atas pihak pengilang dan bukannya pengguna. Sebaliknya, GST adalah cukai pelbagai peringkat yang terpaksa dibayar dan dikutip pada setiap peringkat rantaian bekalan.
Malah, katanya, GST merangkumi 60 peratus daripada Bakul Barangan dan Perkhidmatan CPI (Indeks Harga Pengguna), berbanding SST yang hanya merangkumi 38 peratus daripada Bakul Barangan CPI.
Sebelum pelaksanaan GST pada April 2015, Malaysia telah mengamalkan sistem cukai SST sejak 1970-an dengan cukai jualan dikenakan kepada pengilang atau pengguna manakala cukai perkhidmatan pula dikenakan kepada pengguna yang menggunakan perkhidmatan bercukai.
Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Axcelasia Inc., Dr. Veerinderjeet Singh berkata, secara dasarnya tidak ada perbandingan khusus yang boleh dibuat antara SST dan GST kerana ia perlu mengambil kira kos sebenar, apatah lagi GST melibatkan beberapa pengecualian.
"Sebagai contoh, kenderaan dijangka lebih mahal dengan adanya SST kerana mengenakan cukai jualan 10 peratus itu. Sama ada di peringkat pengilang, pemborong atau peruncit mereka dianggap sebagai pengilang yang melibatkan banyak kos di peringkat itu. Jadi kita perlu dapatkan kos sebenar dan perbandingan keuntungan," katanya.
Dalam masa sama, beliau turut melahirkan rasa kecewa kerana badan profesional tidak diberi ruang oleh kerajaan untuk terlibat dalam perbincangan mengenai rang undang-undang draf SST.
"Ketika GST mahu dikuatkuasakan, kami mempunyai peluang untuk menyertai sesi dialog bagi mendapatkan pandangan kami berhubung cukai yang hendak dilaksanakan. Tetapi kali ini tidak ada, dan kami agak kecewa," katanya.- UTUSAN ONLINE
MUHYIDDIN YASSIN SEDANG DI AZAB.
BalasPadamKetahui lah wahai semua pemyokong totok Pemfitnah..bahawa punca segala Fitnah dalam Kerajaan Barisan Nasional adalah Si Bangsat Muhyisin Yassin.
Muhyiddin sekarang sedang menikmati azab kanser tahap 4, akibat maksiat, rasuah, curi harta dan hak orang2 Melayu Islam untuk kepentingan diri sendiri, keluarga dan kroni.
Semoga Lahanat Muhyidin Yasin ini akan di azab sezab2nya dan pabila mati kelak bertukarlah mayatnya menjadi hitam legam sebelum terus bertukar menjadi BABI.
Wahai macai pemfitnah Kpop Tomato, Kluang Diamond, Ted Manoff, Edzren, Suharli...pegilah jengok2 pemimpin kamu syok tengok-tengok mana tahu nanti kamu pon akan kena semacam itu.
Kita tunggu apakah azab bala yang akan di timpakan ke atas Mahathir Al Kutty Mahazalim Mahafiraun...apa penyakit misterinya pulok.
Mahathir..kamu hitong lah hari dan saat saat akhir kamu kerana selepas 100 hari maka akan bermulalah penyakit misteri kamu..
apkah akan ada nyamok masuk ke dalam otak kamu atau apakah akan ada ulat2 di jantung kamu keluar drp bateri kamu yang akan menggit daging dan menghisap darah kamu sehinggakan kamu akan jadi kurus kering sehingga kulit melekat di tulang...tetepi kamu masih belom di matikan?
Akan sampailah azab drp Allah ke atas kamu wahai mahathir.
KERAS;- Manusia Lahanat sekeji Mahathir tiada kemaafan bagi mu.
Laknat dan Azba Allah ke atas kamu wahai Makhluk Allah Mahathir...
Tokong dah boleh suruh KM Penang buang slogan C.A.T di mana "T" bermaksud TRANSPARENT (TELUS) sebab tokong gone end sendiri pun tak suka sistem yang lebih TELUS....!!! Bongok punya menteri 🍅🍅🍅....
BalasPadamKeh keh keh keh keh