Najib ditahan SPRM



PUTRAJAYA 19 Sept. - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berkaitan kemasukan wang RM2.6 bilion ke akaun peribadi beliau.

SPRM dalam satu kenyataan memberitahu, penahanan itu dibuat pada petang ini pukul 4.13 petang di Ibu Pejabat SPRM, di sini.

"Najib akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah  Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

"Najib akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 20 September ini, pukul 3 petang untuk pertuduhan di mahkamah," kata suruhanjaya itu, di sini hari ini.

Suruhanjaya itu berkata, SPRM juga akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi merakam percakapan Najib sebelum beliau dibawa ke mahkamah esok bagi membantu siasatan pihak polis mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. - UTUSAN ONLINE


Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .