(Abu Leman) – Mustapa Mohamad dan Anifah Aman menjadi pemimpin Umno terkemuka yang meninggalkan parti Melayu yang hilang kuasa persekutuan pada pilihan raya umum, 9 Mei lalu.
Mereka menyertai beberapa pemimpin lain yang meninggalkan parti utama Barisan Nasional (BN) itu yang setakat ini hilang lima ahli Parlimen dan 13 Adun di beberapa negeri.
Sebelum Mustapa umum keluar parti, tiga lagi pemimpin dari Umno mengambil langkah sama iaitu Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.