Dr M ragu dengan manifesto ‘populis’ sebelum PRU14, kata menteri


(FMT) PETALING JAYA: Seorang menteri berkata kebimbangan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad tentang bagaimana manifesto gabungan itu ditulis pada pilihan raya umum ke-14 lalu telah diabaikan, dan kini terdapat suara dalam parti pemerintah itu yang mula mempersoalkan kegagalan kerajaan memenuhi janji pilihan raya.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Yusof berkata Dr Mahathir mengatakan manifesto itu “terlalu populis” dalam usaha gabungan itu memenangi hati pengundi.

“Tun meminta pasukan untuk menulis daripada perspektif pentadbiran negara berbanding retorik sebagai pembangkang,” kata ahli Majlis Tertinggi PPBM kepada FMT.

Redzuan memberi maklum balas terhadap desakan pemimpin DAP Johor agar perdana menteri meletak jawatan kerana gagal memenuhi janji pilihan raya.

Boo Cheng Hau, yang juga ahli jawatankuasa DAP Johor, menyelar Dr Mahathir kerana memperlekehkan janji dalam manifesto PH.


Boo turut menyerang PPBM kerana menerima bekas pemimpin Umno ke dalam parti itu, sambil mengkritik pemimpin PH yang mendakwa perubahan kerajaan tidak mungkin berlaku tanpa kepimpinan Dr Mahathir, mengatakan ia hanya mencerminkan kemerosotan diri mereka.

Redzuan bersetuju terdapat kelemahan dalam manifesto itu, terutama janji-janji yang belum dipenuhi gabungan tersebut.

Janji yang tidak terpenuhi termasuk menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam bergaji kurang dari RM4,000 sebulan, serta pemansuhan tol di lebuh raya.

Pemimpin PH berkata manifesto itu disediakan tanpa maklumat mengenai keadaan kewangan negara di bawah pentadbiran Barisan Nasional.

Redzuan berkata walaupun terdapat unsur “populis” dalam janji untuk memenangi hati pengundi, isu yang lebih mendesak untuk PH adalah bagaimana berusaha ke arah mewujudkan persekitaran yang kondusif yang membolehkan pelaksanaan janji-janji tersebut.

“Kita perlu temukan kalangan pemimpin PH dan mengkaji bagaimana kita dapat bekerja dengan baik untuk memenuhi manifesto itu,” katanya.

Beliau berkata sesetengah ahli politik PH didapati masih sukar menghilangkan imej pembangkang walaupun sudah menjadi sebahagian kerajaan persekutuan.

Mengenai kebimbangan Boo terhadap penghijrahan pemimpin Umno ke PPBM, Redzuan berkata ia tidak adil untuk menggambarkan semua yang dikaitkan dengan bekas kerajaan lalu adalah sama.

“DAP menimbulkan kerosakan gabungan dengan melabel sesiapa yang dikaitkan dengan kerajaan lalu sebagai ‘kroni’ yang berhak menerima hukuman,” katanya.

Beliau berkata parti itu seharusnya menumpukan perhatian kepada usaha meningkatkan semula aktiviti ekonomi dan memberikan gambaran yang lebih jelas tentang kelemahan dan cabaran masa kini, sebagai percubaan lebih besar untuk memahami kegagalan kerajaan untuk memenuhi manifesto.

“Apabila ia berjaya, orang akan faham mengapa manifesto itu tidak dapat dipenuhi dengan mudah.”

“Nasihat saya kepada pengkritik ini adalah, ubah mentaliti anda dari pembangkang kepada kerajaan hari ini,” katanya.

Posted in , , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

3 Responses to Dr M ragu dengan manifesto ‘populis’ sebelum PRU14, kata menteri

  1. Itu bukan manifesto populis, itu manifesto MENIPU rakyat yang dibuat DAP/PH. Menifesto MENIPU dengan NIAT!!!!

    BalasPadam
  2. Kemusnahan parti pemerintah apabila parti dalam gabungan itu sudah tidak lagi mempercayai pemerintah yg di lantik justru pepecahan dalaman akan menyebabkan kemusnahan secara sedikit demi sedikit yg akhirnya parti itu totaly akan hancur lebur kerana ibarat ikan tulang di dalam reput daging menjadi busuk dan berulat
    Perasaan tamak haloba dan percantuman yg mempunyai matlamat yg tidak baik sehingga menghalalkan benda yg haram bersatu dgn dap bertujuan utk memastikan kemenangan adalah satu kesilapan yg besar....
    Rakyat akan menghukum pemerintah yg zalim dan mementingkan kepentingan diri dan keluarga sehingga segala permasaalahan rakyat terabai penuh dgn janji kosong dan kegagalan pemerintah dlm mempertingktkan ekonomi membiarkan kemelut pencarian kewangan gagal kerana mementingkan penghapusan gst yg memberikan keuntgan pd bn selama ini menjadikan ph adalah kerajaan dunia yg bangkrap .....
    Jangan sampai seblm pru 15 di rancng di kejutkan dgn demontrasi rakyat menjatuhkan kerajaan secara paksaan justru ph perlu muhasabah diri kamu adalah pemerintah bukan lagi pembangkg buat yg terbaik gst perlu di jlnkan semula supaya cukai yg di pungut dapat mengatasi kemelut kewangan kini .....

    BalasPadam
  3. Manifesto ini dibuat oleh DAP dengan NIAT MENIPU rakyat? Bila sudah TIPU dan menang, kini menuding jari kerana gagal melunaskannya... itulah cara mereka berpolitiking dulu kini dan selamanya... Ayuh semua orang2 Melayu bangun dan katakan TIDAK kepada DAP!!!! Jangan lagi TERTIPU!

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .