Krisis Barisan Nasional : Antara UMNO, MCA dan MIC


Hari ni penulis ada masa sikit untuk compile beberapa keratan berita tentang krisis parti Barisan Nasional dan masa depan parti. Jom kita tengok




Update 1hb Disember 2018 :

MCA buat keputusan masa hadapannya bersama BN esok

“Pada ketika BN dalam keadaan lemah susulan kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, persoalan kini adalah sama ada MCA harus meninggalkan BN, atau meminta supaya BN dibubarkan selaras dengan kedudukan MCA sebagai anggota pengasas kepada penubuhan BN. Ini adalah pilihan yang perlu diputuskan oleh anggota MCA untuk masa hadapannya,” katanya ketika berucap merasmikan perhimpunan agung tahunan Pemuda MCA, di sini hari ini.

Update 2hb Disember 2018 :

MCA mahu BN dibubarkan

"Namun selepas sekian lama memerintah, BN kini mengalami kecondongan kuasa yang amat ketara, manakala setiap parti komponen pula memerlukan penghayatan dan penilaian semula serta proses transformasi parti masing-masing.

"Justeru itu, demi kebangkitan semula, BN perlu dibubarkan dalam suasana persefahaman dan persetujuan bersama supaya dapat memberi ruang yang bebas dalam usaha transformasi dan pembinaan semula.

"Apabila ada kesesuaian serta mempunyai persamaan visi dan prinsip, maka perikatan politik boleh dibentuk semula," katanya pada sidang media di Wisma MCA, di sini.

Update 3hb Disember 2018 :

Lebih elok MCA berundur daripada BN - Mohamad Hasan

“Tidak ada keperluan untuk MCA membuat resolusi itu, sepatutnya mereka yang undur diri seperti GERAKAN dan bekas parti komponen BN di Sarawak.

“Lebih senang dan lebih tertib untuk mereka undur diri daripada minta BN dibubarkan. Kita memang jangka MCA akan keluar BN, tapi tidak jangka mereka buat resolusi untuk bubar BN,” katanya kepada NSTP ketika dihubungi di sini, hari ini.

MCA berdolak-dalik

“Saya sangat berterima kasih jika MCA segera meninggalkan BN. Kita tidak boleh punya rakan yang enggan memikul tanggungjawab atas kekalahan dan membebankan ketika berada dalam kedudukan paling susut,” kata Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Update 13hb Disember 2019 :

MCA akan hantar surat gesa BN dibubarkan

“Keputusan yang menghasilkan resolusi supaya BN dibubarkan dibuat selepas mengambil kira senario politik semasa di negara ini, serta pandangan golongan muda dan veteran.

“Pembentangan dan kelulusan resolusi itu adalah langkah pertama bagi MCA untuk mendapatkan semula sokongan untuk kembali dalam arena politik negara, dengan melaksanakan semak dan imbang bagi memastikan kerajaan kekal cekap, telus dan bebas rasuah,” kata kenyataan itu.

Update 25hb Febuari 2019 :

Kalau MCA nak keluar BN, keluarlah... - Nazri

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Nazri Aziz berkata beliau tidak mengetahui status MCA sama ada keluar BN ataupun tidak.

Ini kerana, kata Nazri, desakan untuk membubarkan BN belum lagi dibincangkan kerana mahu memberi tumpuan utama kepada pilihan raya kecil di Semenyih dan Rantau tidak lama lagi.

Nazri juga turut menggesa agar MCA mencontohi Gerakan yang mengumumkan keluar BN.

Tuduhan karut - Nazri

Mohamed Nazri berkata, tuduhan tersebut berniat jahat dan tidak berasas sama sekali itu ditimbulkan bagi mengalih perhatian sokongan daripada BN pada PRK itu.

Katanya , ucapan yang disampaikan itu juga telah disalah tafsir oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Saya sendiri dianggap sebagai Melayu liberal sebelum ini. Mana mungkin saya bersikap perkauman.

Update 27hb Februari 2019 :

Umno jarak diri dari Nazri isu kenyataan sek Cina, Tamil

"Pendirian beliau tersebut adalah pandangan peribadi yang tidak mewakili pendirian dan pandangan Umno.

"Umno, sebagai sebuah parti sangat menghormati dan memahami keperluan sekolah vernakular di Malaysia. Umno berpendirian sekolah jenis ini perlu terus wujud di negara kita.

Update 2hb Mac 2019 :

MCA, MIC bincang kedudukan dalam BN

“Kita belum jumpa lagi, belum tahu apa hasilnya. Saya sudah bincang (dengan Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran) untuk adakan mesyuarat,” kata Ka Siong selepas berucap di Majlis Ulang Tahun ke-70 MCA di Wisma MCA, di sini, hari ini.

Update 4hb Mac 2019 :

MCA, MIC mahu tinggalkan BN, desak mesyuarat Majlis Tertinggi disegerakan

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, MCA dan MIC berkata, kedua-dua parti sedar bahawa komuniti yang mereka wakili telah menolak BN malah menyarankan supaya ia dibubarkan dan dirangka semula sebagai satu gabungan politik baharu yang dapat kembali kepada teras dan asas semangat serta perjuangan asal parti itu.

“Asas pembentukan BN kini terancam apabila semangat hormat-menghormati antara satu sama lain tidak lagi wujud apabila ada yang mengeluarkan kenyataan yang meretakkan lagi hubung yang ada dalam kalangan parti komponen,” kata kenyataan yang ditandatangani bersama Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Presiden MIC, Tan Sri A Vigneswaran di sini, hari ini.

Update 5hb Mac 2019 :

Umno pilih Nazri atau MCA dan MIC?

Dua parti komponen BN - MCA dan MIC - membayangkan untuk tidak akan menghadiri mesyuarat majlis tertinggi gabungan berkenaan jika Nazri Aziz menyertainya.

Dalam kenyataan bersama dikeluarkan pemimpin tertinggi MCA dan MIC petang ini mereka menegaskan bahawa pelantikan Nazri sebagai setiausaha agung BN adalah tidak mengikut perlembagaan yang ada.

"Oleh yang demikian, kedua-dua parti menyampaikan pendirian yang jelas kepada Urusetia BN bahawa Nazri tidak layak untuk menghadiri Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang dijadualkan Jumaat ini," katanya kenyataan itu.


Jangan cakap banyak, keluar sahaja: Nazri

Katanya, MCA dan MIC perlu bertindak profesional dengan mencontohi 10 parti komponen BN yang bertindak keluar parti tanpa memberikan sebarang alasan selepas kekalahan dalam PRU14 lalu.

“Pertama, saya nak bagi tahu MCA dan MIC. Sebelum PRU14, BN ada lebih kurang 14 parti komponen tetapi selepas PRU14, 10 parti atas alasan sendiri telah keluar. Bila mereka keluar, BN begitu sahaja. Tiada apa-apa.

“Jadi saya nak bagitahu MCA dan MIC, ikutlah jejak parti-parti yang sudah keluar sebelum ini. Jangan cakap banyak kalau nak keluar. Keluar lebih baik sebab UMNO tetap mendapat sokongan daripada orang Melayu,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Nazri tak patut jadi 'zon perang' - Rahman

“Kalau mahu menangani sesuatu isu BN, bincangkan dulu dengan kepimpinan Umno. Minta pandangan.

“Kalau tidak, suara setiausaha BN tidak mewakili suara Umno,” ujarnya.

“Setiausaha agung BN sepatutnya seorang pendamai, moderator dan penimbang tara.

“Bukannya seorang provokator atau seorang antigonis! Dia mesti menjadi zon penampan dan bukan zon perang,” ujar Dahlan.

Mesyuarat tidak lama lagi - Tok Mat

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata beliau mengambil maklum luahan tidak puas hati oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran dan beliau tidak akan mengetepikan begitu sahaja perkara itu.

“Malah, saya percaya wujud keperluan untuk BN memberi perhatian yang sewajarnya kepada perkara ini dan bersama-sama mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

“Saya berharap isu ini tidak dipolitikkan secara tidak bertanggungjawab oleh mana-mana pihak. Sebaliknya, saya menyeru semua pihak untuk bersama-sama duduk berbincang bagi memeta jalan hadapan yang lebih baik kepada BN dan negara Malaysia,” katanya dalam kenyataan malam ini.

MCA, MIC dinasihat tak terburu-buru mahu BN bubar - Ashraf Dusuki 

“Saya bagi pihak Pemuda UMNO dan BN menyarankan MCA dan MIC jangan membuat pendirian secara melulu dan dalam keadaan marah...dalam keadaan tegang jangan buat keputusan...lebih baik duduk dulu dan berbincang,” katanya selepas mengunjungi dua rumah pesakit kronik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi di sini, semalam.

MCA minta UMNO kembali kepada semangat penubuhan BN

Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker menyarankan semua parti komponen, khususnya UMNO kembali menghayati asas penubuhan Barisan Nasional (BN) yang meraikan kepelbagaian kaum dan agama di negara ini.

Beliau berkata, Perlembagaan BN sendiri mewajibkan semua keputusan dibuat hendaklah mendapat persetujuan daripada pucuk pimpinan parti terlebih dahulu.

“Tapi sayangnya, konsep permuafakatan antara MCA, MIC dan UMNO serta parti komponen lain diabaikan sehingga mengakibatkan BN ditolak sepenuhnya oleh pengundi Cina dan India dalam pilihan raya umum (PRU) yang lalu.

“Penolakan ini sudah pasti berpunca daripada persepsi pengundi itu sendiri yang melihat kecenderungan pucuk pimpinan (MCA dan MIC) yang terlalu mengikut telunjuk (pemimpin) UMNO.

Update 8 Mac 2019 :


MCA, MIC kekal dalam BN

MCA dan MIC kekal sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata usul pembubaran BN oleh MCA melalui resolusi Mesyuarat Agung Tahunan parti itu dibentang pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) BN pada Jumaat namun tiada konsensus dibuat mengenainya.

"MCA dan MIC masih kekal utuh tetapi kami ambil pandangan semua isu yang mesti kami tangani," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT BN di Kuala Lumpur.

Hadir sama, Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Presiden MIC, Tan Sri S.A, Vigneswaran.

MCA dalam resolusi Mesyuarat Agung Tahunannya tahun lepas antara lain mengusulkan supaya mandat diberi kepada jawatankuasa pusat BN untuk membubarkan gabungan itu dan memulakan usaha mewujudkan satu pakatan baharu.

Malah beberapa hari lepas, MCA dan MIC dalam satu kenyataan bersama memberi bayangan untuk keluar daripada BN, namun hanya akan membuat keputusan akhir selepas mesyuarat MT BN diadakan.

Kedua presiden parti komponen BN itu dipetik sebagai berkata bahawa mereka tidak mempunyai pilihan lain selain keluar daripada BN bagi meneroka satu pakatan baharu yang mencerminkan maksud sebenar perpaduan dalam kepelbagaian yang diperjuangkan parti berkenaan.

Mohamad menegaskan sesuai dengan piagam BN, kesemua keputusan melibatkan parti itu perlu dilakukan secara konsensus, tidak boleh secara unilateral dan ini, menurutnya sekali lagi dipersetujui ketiga-tiga parti yang hadir.

Bagaimanapun, beliau berkata ketiga-ketiga parti bersetuju dengan resolusi lain MCA supaya BN diselaraskan semula mengikut kehendak semasa.

Justeru, beliau berkata satu jawatankuasa teknikal akan ditubuhkan secepat mungkin bagi meneliti perkara itu dan tidak menolak kemungkinan mewujudkan BN 2.0 sekiranya ada keperluan.

"Umno memang tak nak lihat BN dibubarkan, kami dah banyak sejarah kepada negara...patut dikekalkan, kita boleh mengubah suai, bukan kerana sekali kalah terus nak kena bubar sebab itu kami menubuhkan jawatankuasa teknikal, terpulang kepada mereka untuk beri apa jua pandangan," katanya.

Pada mesyuarat kira-kira dua jam itu, Mohamad berkata, isu kerjasama Umno dan PAS turut dibentangkan dan mendapat sokongan penuh MCA dan MIC.

"Tidak ada salah jika ia datangkan kebaikan kepada BN, kami tak terikat dalam perkara ini, kami bukan lagi dalam kerajaan, jadi setiap parti perlu perkasakan diri masing-masing, setiap parti perlu sedikit ruang atas sebab itu Umno mempunyai sedikit ruang untuk bekerjasama dengan PAS.

"Macam dulu kita bagi MCA untuk guna logo sendiri pada Pilihan Raya Kecil Balakong, jadi ia fleksibel kita bukan tegar sangat," katanya.

Beliau berkata usul sama ada PAS akan dibawa masuk sebagai parti komponen baharu BN bagaimanapun tidak dibincangkan.

Sementara itu, Vigneswaran berkata MIC yakin PAS tidak mempunyai hasrat untuk menyertai BN dan beliau tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan PAS.

Wee pula berkata hasil mesyuarat MT BN itu akan dibentang pada mesyuarat Anggota Jawatankuasa Pusat MCA pada 17 Mac ini. - BERNAMA

Update 17 Mac 2019 :

MCA kekal dalam BN

KUALA LUMPUR: MCA hari ini memutuskan untuk terus kekal bersama Barisan Nasional (BN) bagi memperkukuhkan lagi kerjasama antara pelbagai kaum.

Jawatankuasa Pusat MCA, dalam satu kenyataan berkata keputusan itu dibuat bagi memastikan tidak berlaku kecondongan politik berteraskan perkauman.

"Ketika ini terdapat dua pilihan, sama ada MCA meninggalkan gabungan BN dan membiarkan politik perkauman yang ketara diamalkan di negara ini. Kedua, kekal bersama BN dan mengukuhkan kerjasama antara pelbagai kaum.

"Jawatankuasa Pusat MCA memilih untuk kekal dalam BN, MCA mahu memastikan tidak berlakunya kecondongan politik berteraskan perkauman antara Melayu dengan bukan Melayu. Soal kepelbagaian tidak boleh diketepikan dalam landskap politik," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, kerjasama UMNO-PAS adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, namun parti komponen yang berhasrat menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak seharusnya mengambil kira prinsip konsensus dan kepelbagaian dalam BN.

Biarpun perbezaan ideologi politik antara PAS, MCA dan MIC adalah perkara yang tidak dapat dinafikan, BN perlu menghadapi situasi berkenaan dan memastikan semangat dalam gabungan itu kekal terpelihara.

"UMNO, MCA dan MIC perlu mengekalkan semangat konsensus yang terikat sekian lama sebagaimana termaktub dalam perlembagaan manakala permuafakatan sebagai gabungan pembangkang harus diperhebatkan, seterusnya dapat memainkan peranan semak dan imbang kepada kerajaan khususnya soal kebajikan dan ekonomi rakyat," katanya.

Media sebelum ini melaporkan MCA dan MIC dalam satu kenyataan bersama memaklumkan mereka tidak mempunyai pilihan lain selain keluar dari BN bagi meneroka pakatan politik baharu yang lebih mencerminkan maksud sebenar perpaduan dalam kepelbagaian yang diperjuangkan parti berkenaan.

Pewaris Melayu : Masih lagi nak salahkan UMNO? Alahai, patutlah pengundi Cina tolak MCA

Posted in , , , , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .