Kerajaan PH perlu hapuskan matrikulasi


KUALA LUMPUR 13 Mei - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu berani untuk menghapuskan program matrikulasi sebagai permulaan pentadbiran yang adil kepada semua kaum dalam matlamat membina Malaysia baharu.

Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Hau Loe Chai berkata, langkah itu dilihat bertepatan dengan situasi semasa dan ia perlu dilakukan bagi menghentikan layanan tidak adil terhadap pelajar bukan bumiputera dalam negara.
“Satu kesilapan sekiranya kerajaan mencampur aduk dasar pendidikan negara dengan kepentingan parti. Hal itu dapat dilihat menerusi alasan yang kerajaan PH akan dilihat sebagai anti Melayu sekiranya menghapuskan program matrikulasi.
“Pemimpin DAP perlu bersuara terhadap perkara ini memandangkan mereka pernah mengkritik sistem kuota program matrikulasi. Hentikan rakan komponen mereka daripada membuat dasar berasaskan kepentingan parti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Mengulas lanjut, Dominic turut menggesa kerajaan PH untuk menyeragamkan sistem peperiksaan bagi kemasukan ke universiti di bawah Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Tambahnya, kerajaan PH juga masih gagal untuk memenuhi tuntutan kaum bukan Melayu dan bumiputera selain sering memberi alasan sama ketika melakukan pusingan U dalam polisi tertentu. - UTUSAN ONLINE

Pewaris Melayu : Agaknya Gerakan ni nak masuk PH kot. Sebab tu sejak kebelakangan ni kenyataan depa ni pelik-pelik

Posted in , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

3 Responses to Kerajaan PH perlu hapuskan matrikulasi

  1. Lepas ni kerajaan PH kena hapuskan Melayu pula! Mungkin itulah kehendak mereka.

    BalasPadam
  2. Dicadangkan PH melipatgandakan jumlah kemasukan pelajar Melayu Bumiputra kedalam program matrikulasi. Pastikan tiada pelajar Melayu Bumiputra yang tercicir dalam mendapatkan biasiswa sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.

    BalasPadam
  3. Ngapa parti tungau ni tak cadang supaya Sekolah Jenis Kebangsaan Di "humban" ke laut China selatan. Op maaf. Isu sensitive, kena cekup nyaya lak pulak kan. Parti Gerakan ni nyawa nyawa ikan bilis. Dah nak mampos dah.

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .