Ahmad Said: PM, cepatlah beri royaliti Terengganu!

KUALA TERENGGANU 5 Jun — Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said yakin kerajaan persekutuan akan menyerahkan semula hak pengurusan wang royalti minyak kepada kerajaan Terengganu tidak lama lagi.

Beliau berkata berdasarkan beberapa pertemuan dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, beliau yakin Perdana Menteri tidak akan mensia-siakan harapan rakyat negeri ini supaya wang berkenaan diuruskan kerajaan negeri.

"Secara peribadi, saya sudah lama mengenali Pak Lah. Malah, daripada pertemuan sebelum ini, beliau (Abdullah) menunjukkan sikap positif dan saya percaya kerajaan pusat akan membuat sesuatu demi kepentingan rakyat Terengganu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis graduasi kursus Mental, Emosi, Fizikal dan Sosial (MEPS) lima dan enam bagi pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) negeri Terenganu anjuran Unit Terengganu Bestari (U-Best) di sini hari ini.

Kerajaan negeri sebelum ini meminta kerajaan persekutuan menyerahkan semula hak pengurusan wang royalti minyak yang dikenali sebagai Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) kepada kerajaan Terengganu untuk digunakan bagi projek pembangunan rakyat.

Kementerian Kewangan pada 5 Sept 2000 menggantikan bayaran royalti sebanyak lima peratus kepada kerajaan Terengganu dengan program wang ihsan yang disalurkan terus melalui projek pembangunan, dan bukannya melalui kerajaan negeri apabila PAS memerintah Terengganu selepas Pilihan Raya Umum 1999.

Ahmad bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah wang royalti yang bakal diterima kerajaan Terengganu kerana isu berkenaan masih dalam proses mahkamah.

Sementara itu, Ahmad berkata kerajaan mungkin menamatkan khidmat pengerusi JKKK yang tidak menjalani kursus yang dianjurkan oleh U-Best itu, pada masa hadapan.

Ini kerana, beliau berkata kursus berkenaan penting bagi mengubah minda dan sikap pengerus JKKK menerusi latihan yang diberikan oleh jurulatih yang berkebolehan dan berpengalaman dalam bidang-bidang berkenaan.

Menyentuh kenaikan petrol dan diesel yang diumumkan kerajaan semalam, Ahmad mengingatkan rakyat Terengganu supaya mengamalkan sikap berjimat-cermat bagi meringankan beban mereka.

— BERNAMA


Dalam kekalutan berkaitan dengan isu kenaikan harga minyak ini, MB Terengganu seorang ini juga kalut nak menyegerakan pemberian royaliti minyak kepada Terengganu. Dahla tengah HOT isu minyak naik harga, dia pun kalut nak minta itu ini pada PM, kesian Dato Dolah Badawi, dok pening itu ini, tak dapat tidur lenaLAH dia tiap-tiap malam!

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .