TOKOH HARI INI: Hatta Ramli, lagak HERO rakyat


Segala-galanya yang dilakukan oleh kerajaan, semuanya diprotes oleh pembangkang, ini tak kena, itu tak kena, si kroni, sana rasuah, bersih sangatkah diri tu yang suka kata dekat orang lain? Make sure kita lebih baik dari sesorang, barulah kita LAYAK untuk berkata-kata kepada sesorang, untuk layak komen itu-ini pada seseorang/individu.

Tokoh hari ini yang dipilih ialah Dr Hatta Ramli, seorang ahli politik PAS yang kini menjadi setiausaha Gabungan Anti-Inflasi (Protes), yang banyak melakukan protes dan demonstrasi protes kerajaan. Dulu, beliau menganjurkan protes kenaikan harga tol, kenaikan harga minyak pada februari lepas, dan kini beliau menggalakan RAKYAT untuk bersatu padu menentang kenaikan harga minyak, jun 2008.

Pak Lah dah kata, POLIS KATA JANGAN, takda faedah dari apa yang mereka lakukan, DEMONSTRASI tak memberikan apa-apa makna, hanya mendatangkan keganasan, kekacauan, kesesakan lalulintas, mendatangkan impak buruk kepada nama negara diserata dunia. Semua negara didunia mengiktiraf Malaysia merupakan NEGARA DEMOKRASI, tetapi mereka (pembangkang) lebih-lebih lagi si gila kuasa tetap mengatakan dan menjaja nama Malaysia bukan demokrasi, zalim, tak bertamadun diserata pelusuk dunia.

Kita nantikan Demontrasi besar-besaran yang akan diadakan di Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur pada jam 3 petang 12 Julai. Kita lihat, HERO berlakon dikhayalak ramai!

Posted in . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

2 Responses to TOKOH HARI INI: Hatta Ramli, lagak HERO rakyat

  1. salam...

    kalau ada kena tangkap dia tak bela.. dah la beban petrol tak habis, kena tangkap pula...

    pkrpasdap.blogspot.com

    BalasPadam
  2. sebenarnya dana petronas bukan semata2 untuk buat projek mega tapi banyak membantu kepada golongan bumiputra seperti suntikan dana kepada mara untuk menyediakan kursus kepada pelatih2 kemahiran seperti di giat mara, membina cawangan2 uitm dan membesarkan kampus uitm untuk memberi ruang yang lebih kepada bumiputera untuk mandapatkan pendidikan.jika harga minyak disubsidikan denganlebih,maka hasil bumi malaysia ni juga dinikmati dengan lebih oleh bangsa lain.adalah lebih baik dana petronas itu dibelanjakan dengan cara lain supaya bumiputera dapat menikmatinya dengan llebih.

    bagi tujuan demonstrasi, sebenarnya saranan kerajaan supaya rakyat amalkan gaya hidup berjimat..kini dah sampai masa kita semua perlu ubah cara hidup.sekurang2nya kita tak hilang pekerjaan,cuma perlu berjimat jer.berbanding pada tahun 1997 dimana keadaan gawat,dulu ramai yang hilang pekerjaan,muflis,bunuh diri akibat hutang namun kita tetap tabah mengharungi dugaan.kini saat itu muncul kembali..jadi dimana ketabahan kita selama ini?jangan cuba mengambil kesempatan dengan menyalahkan kerajaan semata2..kita kene kerje keras..bukan marahkan kerajaan sebab naikkan harga minyak..

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .