Harga bahan api: Rakyat diminta faham


PUTRAJAYA, 4 Jun (Bernama) — Berkuatkuasa tengah malam Rabu harga petrol dan diesel masing-masing akan meningkat sebanyak 78 sen dan RM1 bagi setiap liter, umum Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata berikutan kenaikan itu harga baru petrol dipam adalah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.

Bercakap pada persidangan akhbar di pejabatnya di sini, Abdullah berkata bagi mengurangkan beban kenaikan petrol dan diesel khususnya kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana, Kabinet bersetuju memberi bayaran tunai kepada warga Malaysia yang memiliki kenderaan persendirian termasuk pemilik motosikal .

“Bagi pemilik kenderaan persendirian yang berkapasiti enjin sehingga 2000cc (kuasa kuda) serta trak pikap dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan akan diberikan.

“Bagi pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc, bayaran tunai sebanyak RM150 setahun bagi setiap motosikal akan diberikan,” katanya.

Perdana Menteri berkata bayaran tunai ini akan diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor iaitu cukai jalan.

Katanya bayaran ini meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuatkuasa mulai 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.

Perdana Menteri juga berkata bayaran tunai ini akan diberikan secara kiriman wang di pejabat pos di seluruh negara mulai 1 Julai 2008

Ulasan: Kira rahmat banyak dah apa yang kita dapat dari kerajaan, tak banyak, sikit pun cukuplah, kira membantu sedikit sebanyak kehidupan kita. Bagi orang yang banyak duit, kenaikan kadar petrol ini mungkin tidak menjejaskan mereka, tetapi bagi orang yang kurang mampu, ia sangat-sangat membebankan dan menjadikan ia salah satu faktor kehilangan duit gaji mereka selain duit bayaran tol.

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

3 Responses to Harga bahan api: Rakyat diminta faham

  1. Salam

    Soalan untuk Anwar-Betulkah terima duit Yahudi?
    http://www.youtube.com/watch?v=Oj67qH2SA2w

    Video 7-Siapa godfather Anwar ?
    http://www.youtube.com/watch?v=AJfBY1DDKDY

    Video 6- Siapa taja Anwar PRU 12?
    http://www.youtube.com/watch?v=3Lx2zJwKqLA

    Video 5- Anwar Muslim Moderate ?
    http://www.youtube.com/watch?v=833myXwReuo

    Video 4- Anwar gugurkan Negara Islam PAS
    http://www.youtube.com/watch?v=JEYnh9Yvtew


    Sumber :
    http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. pewaris melayu,

    malaysia - RM2.70(petrol), RM2.58 (diesel)
    singapura - RM5.20 (petrol), RM4.22 (diesel)

    Dari segi statistik di atas saudara bagi statistik syok sendiri sebenarnya... tapi realitinya adalah cukup berbeza dari sudut kuasa beli dan fakta ekonomi yang sebenar. saya boleh buktikan kenapa statistik u syok sendiri...rujuk di bawah :-

    Tukaran matawang malaysia & singapura, SG$1.00 = RM2.30

    Jadi, harga petrol di singapura dalam SG$ adalah RM5.20/RM2.30 = SG$2.26
    dan harga diesel adalah RM4.22/RM2.30 = SG$1.83.

    fakta sebenarnya di sebalik pengiraan di atas adalah

    malaysia - RM2.70(petrol), RM2.58 (diesel)
    singapura – SG$2.26 (petrol), RM1.83 (diesel)

    kita sudah sedia maklum, rakyat Malaysia kebanyakkan akan bekerja dan membelanjakan hasil pendapatanya di Malaysia bukan di singapura, begitu juga dengan rakyat singapura, mereka juga akan bekerja dan membelanjakan hasil pendapatan di singapura juga.

    Oleh itu, diandaikan si A dan si B baru mula hendak bekerja di malaysia dan di singapura. si A bekerja sebagai cikgu di Malaysia dengan pendapatan RM 2000 dan si B bekerja sebagai cikgu di singapura dengan pendapatan SG $2000. jadi, siapa sebenarnya mempunyai kuasa beli petrol? Sudah tentu si B sebab :-

    Si A , RM 2000/RM 2.70 = 740 liter minyak petrol
    Si B , SG$ 2000/SG$ 2.26 = 885 liter minyak petrol

    Realiti lain yang boleh kita fikirkan adalah :-

    Realiti 1
    Mengapa perlu membanding harga minyak malaysia dengan singapura, sedangkan pada hakikatnya kita negara pengeluar minyak dan singapura negara pengimport minyak! Kenapa tidak bandingakan dengan negara brunei, arab saudi, iran?

    Realiti 2
    Mengikut GDP per kapita 2004 (dalam USD), GDP Malaysia adalah USD9700 (RM 31040) dan Singapura USD27800 (RM 88960). ini bermakna GDP singapura lebih tinggi 2.9 kali ganda daripada malaysia. Jadi secara kasarnya pendapatan rakyat singapura pada hakikatnya adalah 2.9 kali ganda daripada pendapatan rakyat malaysia pada tahun 2004. oleh hal yang demikian, saya percaya gaji bagi cikgu di singapura bukan SG $2000 akan tetapi SG $2000 ++. Kebiasaannya, jika GDP sesebuah negara tinggi, maka sudah tentu gajinya lebih tinggi dan lebih lumayan tanpa kita melibatkan pertukaran matawang (contoh :- pekerja operator pengeluaran di malaysia menerima RM 800.00 akan tetapi pekerja operator pengeluaran di singapura menerima SG$ 1200.00)

    Oleh yang demikian, pohon dikaji secara ilmiah dan berfakta dan nilailah dari sudut kuasa beli rakyat!

    BalasPadam
  3. UAE– RM1.19/liter
    Eygpt– RM1.03/liter
    Bahrain– RM0.87/liter
    Qatar– RM0.68/liter
    Kuwait– RM0.67/liter
    Saudi Arabia– RM0.38/liter
    Iran– RM0.35/liter
    Nigeria– RM0.32/liter
    Turkmenistan– RM0.25/liter
    Venezuela– RM0.16/liter
    MALAYSIA– RM2.70/liter

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .