KUALA LUMPUR, 13 Jun (Hrkh) - Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat memberi ingatan kepada peserta perhimpunan aman membantah kenaikan harga minyak hari ini, supaya mengawasi kemungkinan provokasi didalangi pihak tertentu. Jurucakap Pemuda Pakatan Rakyat memberitahu, pihaknya mendapat maklumat ada sekumpulan gangster dipercayai diupah oleh pihak tertentu untuk mensabotaj dan mencemari demonstrasi aman yang bakal diadakan.
Katanya, rakyat Malaysia tidak harus tertipu dan mengawasi usaha jahat seperti menaikkan sepanduk yang menggunakan ayat-ayat provokasi serta melakukan sebarang bentuk vandalisme.
Siapa yang tipu rakyat dan siapa yang dok naikkan sepanduk besar-besar sebelum ni, demo sana sini pakai sepanduk anti kerajaan, keji kerajaan, kecam kerajaan. Apa ni?
Sepanjang penganjuran perhimpunan disertai PAS, KeADILan, DAP dan lain-lain NGO semuanya berjalan dengan aman.
Aman ya, sebelum ni tengok jadi masa demonstrasi yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat, selama yang Pakatan Rakyat anjur demonstrasi, ganggu perjalanan trafik, ganggu kehidupan orang lain, kalau pemimpin yang tak puas hati, jangan libatkan rakyat sekali, jangan mempergunakan rakyat.
Perhimpunan Bersih, demonstrasi Protes semuanya berjalan dengan aman, tanpa sebarang perkara yang boleh mencetuskan kekacauan,tegasnya.
Menurut beliau, jika pun berlaku sedikit kekecohan, ianya adalah berpunca daripada tindakan pihak polis yang menembak gas, cecair berasid, menangkap dan memukul peserta perhimpunan aman.
Sedikit kekecohan pun menyebabkan nama baik Malaysia tercalar dek pemimpin pembangkang yang buta hati mata dan segalanya. tu je.. bukanya tak tahu, Pakatan Rakyat saja mahu mencari publisiti murahan!
Kami mempunyai penyokong dan rakyat Malaysia yang begitu berdisplin, jika timbul kekacauan, ia adalah provokasi dan sabotaj pihak tertentu yang mahu memburuk-burukkan nama Pakatan Rakyat.
Pemimpin pun takdak disiplin, cuba tengok pemimpin pembangkang dalam parlimen, dewan rakyat, perangai macam budak tak sekolah, harap saja peguam, tapi perangai macam takdak otak! Haprak!
Isu ini adalah isu memperjuangkan hak rakyat, justeru peserta sama sekali tidak akan melakukan sebarang kerosakan yang merugikan rakyat,tegasnya.
Oh, takpa. tak mengapa merugikan negara, jangan sekali-kali merugikan rakyat. propaganda semua ni. cakap tak serupa bikin.
Bagaimanapun katanya, Pemuda Pakatan Rakyat sudah menyediakan petugas keselamatan yang akan membantu polis untuk menghalang mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan vandalisme dan sabotaj.
Pemuda Pakatan Rakyat begitu yakin perhimpunan membantah kenaikan harga minyak akan disertai puluhan ribu peserta kerana ia adalah isu bersama yang didokong semua rakyat Malaysia.
Sepuluh kali demo sekalipun, harga minyak dunia tak akan turun. Sia sia saja demo yang dianjurkan, PAS, PKR, DAP saja mahu mengalih tumpuan rakyat daripada manifesto mereka pada PRU12 yang gagal ditunaikan. Sekarang, kononnya mereka merupakan HERO rakyat, belagak seperti berkuasa yang dapat menurunkan harga minyak Malaysia dan dunia. Tambah-tambah si x-PM tu, yakin sangat. hari ini kami menang, ESOK harga minyak turun satu Malaysia. Sekarang PR dah dapat tawan 6 negeri Penang, Perak, Selangor, Kedah dan Kelantan tak perlu takut, harga minyak murah di negeri PR!
Surat permohonan perhimpunan telahpun dikemukakan oleh Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Ahmad Sabki Yusof, kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Perhimpunan yang dijangka disertai 20,000 orang itu akan bermula di Masjid Kampung Baru sebelum berarak ke KLCC, selepas solat Jumaat hari ini. - mr _
sumber: harakahdaily
bagusnya 'tembakan' saudara....jom kita 'tambah' lagi biar'komunis' yang ingin percumakan segalanya akan 'mati' di tangan 'pena' kita.
BalasPadamselamat berjuang !