Pelik tapi benar, Ketuanan Melayu dikatakan HARAM, mahasiswa gesa kita perjuangkan Ketuanan ALLAH!

Pelik? memang pelik, dan kenyataan gila. Tapi apa yang penulis cuba nyatakan disini, adalah dakwaan daripada seorang mahasiswa yang menuntut di ipta dinegara kita. Mereka yang memanggil diri mereka sebagai suara Rakyat dan suara Mahasiswa ini mengeluarkan banyak fakta dan 'fatwa' yang aneh. Ini adalah kenyataan pertama yang dikeluarkan oleh mahasiswa tersebut:

Pada permulaannya, penulis dihujani dengan ceramah mahasiswa yang bernama seperti bekas timbalan Perdana Menteri ini bahwasanya Ketuanan Melayu ini tidak perlu diperjuangkan kerana ia tidak membawa apa-apa makna kepada kita orang Melayu. Menurutnya lagi, Kita sebagai orang Islam tidak perlu menaikkan martabat bangsa kerana Islam itu yang paling penting untuk dijulang.

Kemudian, tambah beliau, kita sebagai umat Islam harus memartabatkan KETUANAN ALLAH.
Saya mendesak beliau jangan mengeluarkan "fatwa-fatwa" yang bukan-bukan, tetapi dihujani dengan lebih banyak lagi fakta-fakta daripadanya.



Apa pandangan anda??

Posted in , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

2 Responses to Pelik tapi benar, Ketuanan Melayu dikatakan HARAM, mahasiswa gesa kita perjuangkan Ketuanan ALLAH!

  1. ya,memang bahlol budak itu..
    kita sebagai org melayu yg beragama islam tak pernah tidak bertuankan allah..
    sebagai umat islam memang kita taat kepada agama, cuma bila sentuh hak2 org melayu,hak2 org melayu ini harus dipertahankan demi menjamin masa depan anak2 bangsa..
    org yg memutarbelitkan isu ketuanan melayu ini sebenarnya nak jadikan modal politik..
    sapa kata umno yg mempertahankan ketuanan melayu ni tak bertuankan allah??
    gila ke hapa budak tu

    BalasPadam
  2. mengulas kepada yang berkenaan;

    benarkah umno sekarang ni benar2 mempertahankan ketuanan melayu? apa buktinya? mana melayu sekarang? kalau sekumpulan pemuda sekarang xdapat sudah saya bezakan mana melayunya mana bukan melayu.. semua sama.. perangai sama.. xtutup aurat satu, warna rambut perang, cakap dah xsopan santun, xhormatkan orang tua, hilang segala ciri2 melayu y diperjuangkan oleh pejuang-pejuang zaman dulu.. xtakn melayu hilang didunia kata hang tuah.. tapi nampaknya melayu hampir2 hilang... bukan orang melayu dah pupus.. tapi budaya asal melayu tu dah nak hilang... tahukah saudara/i melayu yang asal beragama "ISLAM" beradat sopan, patuh pada agama, pandai menilai baik dan buruk? tahukah anda itu?

    ISLAM sebenar bukanla "ISLAM hadhari" yang dibawa sekarang.. Islam dari dulu dan selamanya adalah SEMPURNA.. jangan ditambah2kan perkataan selepas perkataan ISLAM.. krn maknanya akan berubah.. Berfikirlah selagi hidupmu..

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .