Gobind Singh mohon maaf daripada speaker

KUALA LUMPUR 1 Julai – Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo hari ini memohon maaf daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung kenyataannya yang mengkritik kewibawaan Pandikar Amin semalam.

Pandikar Amin berkata, Gobind yang kini digantung dua hari daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat telah berjumpa dengan beliau untuk memohon maaf dan berjanji tidak mengulangi perbuatan itu lagi.

Gobind semalam diarah keluar Dewan kerana enggan mematuhi arahan Pandikar Amin ketika mencelah pada sesi soal jawab dan Ahli Parlimen DAP itu mengulangi kritikannya dengan mempersoalkan kewibawaan Yang Dipertua di lobi Parlimen pula. - Utusan

Sumber: Utusan

Ulasan: Baguslah anak si Karpal ni minta maaf juga. Harap semua pemimpin Pakatan Rakyat juga buat sedemikian, haritu keluar dewan beramai-ramai. Kita tengok sejauhmana Gobind nih mengotakan janjinya tak mengulangi kesilapan yang telah dilakukannya dua hari lepas? Kita tunggu dan lihat.

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .