Anwar: Lebih 6 kali darah saya diambil...

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sepanjang enam tahun beliau dipenjarakan dahulu, lebih enam kali darahnya diambil.

"(Pada tahun) 2004 ada lagi (contoh) DNA yang diambil daripada saya," katanya.

Oleh itu, katanya, tiada alasan mengapa beliau perlu menjalani ujian itu sekali lagi memandangkan data DNA tidak akan berubah walau tersimpan beribu tahun.

Sambung keterangan

Anwar enggan memberi contoh baru DNA beliau kerana bimbang ia akan dimanipulasi seperti yang didakwanya pernah berlaku 10 tahun yang lalu ketika perbicaraan kes pertamanya pada 1999.

Sementara itu, Anwar juga memberitahu bahawa beliau akan menyambung memberi kenyataan kepada Badan Pecegah Rasuah (BPR) Isnin ini.

anwar meet supporters tropicana 190708 crowdIa berhubung laporan polis yang dibuatnya terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung insiden "mata lebam" 10 tahun lalu.

Pada 16 Julai lalu, polis menahannya di luar rumahnya di Segambut Dalam ketika dalam perjalanan pulang daripada memberi keterangan pada BPR di Putrajaya dan dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur. Beliau dibebaskan keesokannya.

Sementara itu, dalam ucapannya, Anwar menasihatkan ahli-ahli PKR supaya tidak membenarkan diri mereka diprovoksi oleh pihak polis.

Beliau juga menggesa kepimpinan PKR supaya meneruskan perjuangan dan menggerakkan rakyat dan masyarakat.

"Jangan benarkan kita diprovokasi oleh pihak polis atau sesiapa. Jangan bagi ada pergaduhan," kata Anwar.

Beliau juga menyeru ahli dan penyokong PKR supaya menunaikan solat hajat dan berdoa agar Pakatan Rakyat dapat memerintah Malaysia."Sebenarnya contoh DNA yang baru tidak diperlukan tetapi data DNA yang diperlukan. Data tidak akan berubah walau 2000 tahun sekalipun," katanya ketika berucap kepada kira-kira 250 ahli dan penyokong PKR di ibupejabat PKR di Petaling Jaya petang tadi.

Anwar mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam bahawa DNA Anwar yang baru diperlukan, kerana yang ada sudah lama.

Anwar berkata beliau turut mengikut nasihat peguam dan juga pakar dalam dan luar negara memandangkan bukan sahaja sampel DNA malah darah, kuku dan juga rambutnya turut pernah diambil.

Polis sedang menyiasat aduan terhadap Anwar yang dibuat oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR pada 26 Jun lalu.

Posted in . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

2 Responses to Anwar: Lebih 6 kali darah saya diambil...

  1. Kalau betul dah 6 kali mereka ambil darah si Anwar, apa lagi yang depa nak buat dengan darah yang baru.

    Bodolah kata yang ada tu dah lama. Kalau tak salah aku DNA boleh tahan beratus tahun kalau disimpan.

    Kecuali semua yang ada tu dibuang.

    Nampak sangat nak menipu kata dah lama.

    Itulah kalau tak ada ilmu nak cakap.

    BalasPadam
  2. Tuan;

    Banyak cara lain yang boleh di gunakan untuk mendapat DNA.

    Nak tutup mulut Anwar? Penuhi permintaannya. Mudah kan?

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .