Memaparkan catatan dengan label artikel berita. Papar semua catatan

'Melayu bukan pendatang'

Artifak di 100 tapak tamadun bukti Melayu penduduk asal
 
KUALA LUMPUR: Rumpun Melayu adalah penduduk asal bumi Malaysia sejak 40,000 tahun lalu dan bukannya berhijrah dari tanah besar utara di China, demikian menurut hasil kajian arkeologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ketua Pakar Arkeologi UKM, Prof Dr Nik Hassan Shuhaimi, berkata artifak yang ditemui di lebih 100 kawasan ekskavasi adalah berbentuk tempatan dan bukannya dibawa dari luar.

Katanya, artifak terbabit ditemui di kawasan ekskavasi di Pulau Kalumpang dan Beruas di Perak; Kota Johor Lama, Kota Seluyut, Kota Sayong Pinang, dan Muar di Johor; Kota Melaka di Melaka; Kota Lukut di Negeri Sembilan, serta beberapa tapak di Tasik Kenyir di Terengganu.

“Perkara ini turut dibuktikan dengan penemuan tengkorak manusia di Gua Niah, Sarawak oleh Kurator Museum Sarawak, Tom Harrison dan isterinya, Barbara pada 1958.

“Penemuan itu dan kajian yang dijalankan ahli arkeologi UKM menolak teori migrasi oleh Heine-Geldern dan penyelidik dari Vienna School of Thought yang dikemukakan pada 1930-an,” katanya.
Beliau mengemukakan teori itu ketika membentangkan kertas kerja bertajuk `Tiga Puluh Lapan Tahun Arkeologi di UKM’ di Seminar Penanda Arasan Arkeologi di UKM, kelmarin.

Nik Hassan yang juga Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) berkata, teori itu menyatakan penemuan kapak batu di Malaysia dikatakan mempunyai ciri sama dengan kapak batu dari sebelah utara yang menunjukkan bahawa orang Melayu berpindah dari tanah besar utara.

Bagaimanapun, katanya, penemuan kapak itu tidak bermakna orang Melayu
berhijrah dari sebelah utara kerana ia membuktikan orang Melayu juga pan-
dai membuat alatan berkenaan.

“Kajian arkeologi UKM turut berjaya menemui data baru mengenai asal usul kerajaan Melayu tertua di Malaysia iaitu Kataha atau Kedah Tua di kawasan ekskavasi di Sungai Mas, Kedah,” katanya.

Beliau turut menyatakan proses Indianisasi adalah isu penting dalam zaman kerajaan awal kerana proses itu boleh ditukar kepada proses pembumiputeraan kebudayaan India.

“Kebudayaan India di Alam Melayu bukan dibawa melalui proses penaklukan, tetapi dipanggil oleh masyarakat tempatan dan disesuaikan dengan kebudayaan tempatan,” katanya.

SUMBER : BERITA HARIAN

Posted in , , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Dewan Rakyat panas bila pembangkang cuba tepis dakwaan terbabit rasuah

SUMBER: BERITA HARIAN ONLINE

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini menjadi panas seketika apabila seorang penyokong kerajaan bertikam lidah dengan wakil pembangkang berhubung dakwaan rasuah.

Ia berlaku berikutan kenyataan Datuk Ismail Abdul Muttalib (BN-Maran) bahawa tidak ada seorangpun termasuk pembangkang yang tidak terbabit dengan gejala rasuah.

“Saya tidak menuduh mana-mana parti. Masalah rasuah ini bukan masalah Barisan Nasional saja malah dunia. Rasuah ini membabitkan semua pihak tak kira ahli politik, swasta atau orang kampung,” katanya. - Bernama
PEWARISMELAYU - Macam mana ni, depa dok tuduh ahli BN saja yang korap, ahli PKR PAS DAP depa puji kata tak ada rasuah. Mana adil macam ini, suka suka hati saja label orang lain benda yang buruk buruk. Cermin diri tu dulu, baru la sesedap hati dan mulut mengata orang lain.

Posted in | 5 Comments
Jom komen di Facebook!

Alahai Thailand..

Lapangan terbang Thailand terus ditutup

26/11/2008 5:11pm

BANGKOK 26 Nov. — Lapangan Terbang Suvarnabhu mi hari ini terus ditutup menyebabkan berpuluh-puluh penerbangan terpaksa dibatalkan, berikutan penunjuk perasaan antikerajaan menyekat semua jalan menuju ke pintu masuk utama negara ini.

Lapangan Terbang Thailand (AOT), sebelum itu menya takan bahawa lapangan terbang itu akan dibuka pada tengah hari tetapi tidak dapat dilakukan kerana penyo kong antikerajaan tersebut telah mengambil alih lapangan terbang berkenaan.

Penyokong Pakatan Rakyat bagi Demokrasi (PAD) telah mengisytiharkan hasrat mereka untuk menutup lapangan terbang itu sehingga Perdana Menteri Somchai Wongsa wat meletak jawatan.

Beliau dijangka pulang dari Peru hari ini setelah meng hadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di Lima. Bagaimanapun pesawat yang membawa beliau pulang dilencongkan ke Chiang Mai.
Ketika beribu-ribu penyokong PAD masih berada di dalam dan luar terminal penumpang, beberapa penunjuk perasaan dilihat cuba memasuki radio aeronautikal dan menara kawalan trafik udara sementara satu lagi kumpu lan sedang menuju ke kawasan menempatkan pesawat.

Walaupun pihak berkuasa Thai memberikan jaminan keselamatan kepada lebih 3,000 penumpang yang terkan das di lapangan terbang itu, tetapi kelihatan hanya segelin tir anggota polis.

Bagaimanapun, pihak berkuasa lapangan terbang me nyatakan bahawa sebuah pesawat Iranian Airline yang membawa 416 Muslim Thai ke Mekah untuk menunaikan haji dibenarkan berlepas.

Lapangan terbang itu ditutup pada pukul 9 malam tadi bagi penerbangan keluar sementara ada beberapa pener bangan yang sepatutnya mendarat dilencongkan ke lapa ngan terbang antarabangsa lain di negera ini serta Lapa ngan Terbang Utapao di Chun Buri.

Salah sebuah pesawat yang dilencongkan itu ialah Indi an Airline yang mendarat di Lapangan Terbang Utapao tetapi penumpangnya terkandas kerana tidak ada kemu dahan untuk menempatkan penumpang asing.
Antara penerbangan yang dibatalkan ialah empat pener bangan Malaysia Airlines (MAS) ke Kuala Lumpur, serta tujuh penerbangan Air Asia juga ke Kuala Lumpur, dan beberapa lagi ke Pulau Pinang dan Johor Baharu.

Pengurus Kawasan MAS bagi Thailand, A. Vijayakuma ran berkata, penumpang dengan tiket Bangkok-Kuala Lumpur boleh menggunakan tiket itu untuk berlepas dari Phuket.
Beliau berkata, syarikat penerbangan juga menubuhkan pusat krisis kecemasan di mana penumpang boleh meng hubunginya untuk mendapatkan perkembangan terkini dengan menelefon 6622630565-71 atau 6621343184. — Bernama

PEWARISMELAYU KATA - 
Keadaan Thailand semakin lama semakin parah.. Mujurlah Malaysia tak jadi macam mereka. Allah, selamatkanlah negaraku yang tercinta ini. Aku mahukan kedamaian dinegaraku ini. 

Ya Allah, kau bukakanlah hati hamba - hambamu yang angkuh, tamak, busuk hati dan segala penyakit hati yang lain, semoga kami dapat melaksanakan syiarmu dan mengamalkan ajaran agamamu dengan aman. AMIN 

Posted in | 2 Comments
Jom komen di Facebook!

Hadi paling layak - Dewan Ulama

IPOH 14 Ogos - Dewan Ulama Pas berpendapat Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih layak untuk menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berjaya memerintah negara ini selepas 16 September depan.

Ketuanya, Datuk Mohamed Daud Iraqi berkata, sebagai ulama Pas, sudah tentu pihaknya menyokong Abdul Hadi sebagai Perdana Menteri berbanding Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

''Bagi kita ulama Pas, pandangan kita tentulah 'Tok Guru Haji (Abdul) Hadi lebih layak jadi Perdana Menteri. Kalau kita orang PKR, saya cakap Presiden PKR paling sesuai.

''Bagaimanapun, keputusan untuk melantik pemimpin yang akan menjadi Perdana Menteri kerajaan pembangkang akan ditentukan oleh Majlis Presiden yang dianggotai ketiga-tiga parti itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat, di sini hari ini.

Pada muktamar itu, wakil dari Ikhwanul Muslimin Jordan, Dr. Ammam Said turut menyampaikan ceramah mengenai peranan ulama sebagai pewaris nabi.

Menurut Mohamed Daud, Dewan Ulama Pas akan menyokong siapa sahaja pemimpin daripada kalangan pakatan pembangkang selagi ia menguntungkan Islam.

''Kalau Perdana Menteri yang naik itu tidak menguntungkan Islam, kita tunggu dan lihatlah," katanya.

Beliau juga berkata, Pas akan tetap kekal dalam pakatan pembangkang walaupun ia gagal memerintah negara selepas 16 September ini seperti yang didakwa oleh Anwar.

Pada muktamar hari ini, Dewan Ulama Pas menerima tanpa membahaskan tiga usul daripada Dewan Ulama Pas Kelantan, Melaka dan Terengganu.

Bagi usul pertama, Dewan Ulama Pas Kelantan dan Melaka secara bersama meminta Dewan Pas Pusat supaya mendesak kepimpinan Pas Pusat mengadakan taklimat khas kepada ahli dan penyokong parti itu di semua peringkat dengan kadar segera berhubung muqabalah antara Pas dan UMNO.

Usul itu dibuat bagi menginsafi pengalaman pahit dan sejarah hitam yang pernah Pas lalui ketika penyertaannya dalam Barisan Nasional (BN) dahulu.

Dewan Ulama Pas Terengganu pula mengusulkan supaya Dewan Ulama Pas Pusat mendesak pimpinan parti itu menyusun dan menjalankan program sesuai dengan masyarakat bukan Islam ekoran sokongan yang diberikan golongan itu semasa pilihan raya umum lalu.

Satu lagi usul daripada dewan itu ialah menggesa Dewan Ulama Pas Pusat mengeluarkan hukum secara ilmiah terhadap caruman takaful. UTUSAN

Posted in , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Kesal sikap Guan Eng, Khalid

IPOH 14 Ogos - Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang dan Selangor kecewa dengan sikap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang seolah-olah cuba mengetepikan kepimpinan Pas negeri.

Wakil Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohd. Radzuan Ramli berkata, sikap Guan Eng yang enggan bertemu Pemuda Pas menunjukkan pemimpin itu meminggirkan mereka yang telah menyumbang kemenangan pakatan pembangkang.

Kata beliau, apa yang lebih menyedihkan ialah usaha mereka untuk berjumpa Timbalan Ketua Menteri, Mohammad Fairus Khairuddin tidak mendapat layanan.

''Sebelum ini Guan Eng mengumumkan kerajaan negeri mewujudkan Majlis Silaturrahim Antara Agama dengan beliau sendiri sebagai pengerusinya.

''Tujuan majlis itu untuk menyamaratakan semua agama di Pulau Pinang tetapi malangnya kita tidak dapat jumpa mereka sampai sekarang," katanya semasa membahaskan ucapan dasar Ketua Dewan Pemuda Pas di sini hari ini.

Bagi Dewan Pemuda Pas Selangor, Menteri Besar mereka juga enggan bertemu sejak Mac lalu.

Ketua Penerangannya, Mohd. Sani Hamzah memberitahu, sebaik Khalid menjadi Menteri Besar, beliau sehingga kini tidak melayan permintaan bertemu.

Kata beliau, Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga didapati mula 'lupa diri' apabila mendakwa kemenangan pakatan pembangkang di Selangor adalah hasil usaha PKR sendiri.

''Bila ceramah cari Pemuda Pas, kutip sampah cari Pemuda Pas, ada masalah cari Pemuda Pas tetapi bila dah menang dalam membentuk kerajaan mereka mengenepikan Pas.

''Sebelum pilihan raya rintih minta kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen walaupun mereka tidak mempunyai sokongan akar umbi.

''Sempena sambutan 100 Hari Pemerintahan PKR di Selangor tiada satu pun bendera Pas," katanya.

Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamad Hafiz Mohamad Nordin turut menyelar tindakan Guan Eng cuba menukar nama Jalan Masjid Kapitan Keling.

''Golongan yang sering mempertikaikan hak Melayu dan Islam tidak ramai tetapi mereka sering bersuara lantang dan biadap seolah-olah golongan majoriti.

''Ia sama sekali tidak boleh diterima," katanya ketika menyokong usul pada Muktamar Dewan Pemuda Pas di sini hari ini.

Katanya, antara kebiadapan kaum lain terhadap orang Melayu dan Islam termasuk ada kumpulan tertentu yang memfailkan tuntutan mahkamah di London.

Beliau berkata, begitu juga dengan Majlis Peguam yang begitu biadap menganjurkan forum sensitif membincangkan hal berkaitan dengan Islam secara terbuka.

"Siapa dia (Majlis Peguam) nak bincang tentang Islam? Begitu juga dengan kumpulan-kumpulan picisan lain mengapa begitu berani hendak bercakap tentang Islam?

"Tolong hormat kami (orang Melayu) yang merupakan pribumi kepada bumi Malaysia ini," katanya. - UTUSAN

Posted in , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Harakah: Mat Sabu tunjuk Hero!

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu memberi amaran, pihaknya sama sekali tidak akan bersetuju dengan sebarang bentuk pembaziran wang rakyat sama ada dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.

"Saya ingin mengingatkan kerajaan negeri, sama ada BN atau Pakatan Rakyat, sama ada mereke hendak guna Mercedes Benz atau Proton Perdana, mereka tidak harus sesekali membazirkan wang rakyat," tegasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Beliau berkata demikian dalam reaksinya terhadap kos penyelenggaraan yang tinggi ke atas kereta rasmi kegunaan Exco Kerajaan Negeri Terengganu sebagaimana yang didedahkan media sekarang ini.

Pendedahan dibuat oleh kerajaan negeri Terengganu mengenai kos penyelenggaraan yang tinggi Proton Perdana, turut diakui kerajaan negeri Pahang, Kelantan, Kedah dan Selangor.

Penggunaan kereta Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi, dilaksanakan kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau pun Negeri, selaras dengan dasar kerajaan untuk mengutamakan kenderaan keluaran nasional.

Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini banyak kerajaan negeri terpaksa menimbang semula dasar tersebut akibat kos penyelenggaraan kereta nasional yang amat tinggi.

Dalam reaksinya mengenai kos penyelenggaraan yang tinggi, Naib Presiden PAS itu berkata, beliau bimbang wujud penyelewengan atau ketidaktelusan dalam tuntutan kos-kos yang berkaitan.

"Kenderaan-kenderaan rasmi kerajaan adalah milik rakyat, sesiapa yang menggunakan kenderaan itu harus menjaga amanah rakyat sebaiknya, jangan sesekali milik peribadikan hak ini.

"Oleh kerana itu, saya dan rakan-rakan, akan terus menentang sekeras-kerasnya pembaziran wang rakyat, sama ada dilakukan oleh BN atau Pakatan Rakyat. - mr_


Komen: Besar sungguh pangkat dan pengaruh si mat sabun nih, ingat orang pandang sangat kepada dia kot? Cakap kasar, suka mengutuk, mencaci dan menfitnah, ini ke sifat-sifat seseorang pemimpin yang profesional?

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Malaysiakini: AMK T'ganu buat laporan polis

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu mendesak pihak polis menyiasat dengan segera kos penyelenggaraan kereta Proton Perdana V6 eksekutif kerajaan negeri Terengganu yang terlalu tinggi dan melampau.

Ketuanya, Mohd Fariz Musa membuat laporan polis berhubung perkara itu di Ibu pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu jam 3.02 petang.

Beliau ditemani oleh Timbalannya, Muzafeq Affyulzalfuzam Mohamad dan beberapa exco AMK.

Aduan tersebut adalah berdasarkan kepada laporan Utusan Online dan Bernama pada 23 Julai lalu.

Mohd Fariz turut menyertakan kenyataan Proton bahawa kos penyenggaraan kereta Proton Pedana V6 adalah munasabah dan sederhana.

Menurut kenyataan Proton itu, tiada tuntutan jaminan yang dibuat terhadap Proton sejak Oktober 2004 bagi kenderaan terbabit.

"Kami berharap polis menyiasat dengan segera kos penyenggaraan yang tinggi dan melampau kerana ia melibatkan duit rakyat," katanya kepada Malaysiakini.

Fariz juga meminta Badan Pencegah Rasuah (BPR) supaya bersikap telus dan profesional serta menyiasat perkara tersebut hingga ke akar umbi.

"Jangan sampai ikan bilis tertangkap, ikan jerung (pula) terlepas,"katanya.


Komen: AMK sentiasa menanguk di air yang keruh. isu kecil diperbesarkan. Mereka selalu mencari salah orang lain dan sengaja mencetuskan kontrvesi. Inikah barisan pemuda yang diharapkan untuk menjadi pemimpin di Malaysia? Layakkah mereka untuk memimpin kita kelak?

Posted in | 2 Comments
Jom komen di Facebook!

Anwar: Lebih 6 kali darah saya diambil...

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sepanjang enam tahun beliau dipenjarakan dahulu, lebih enam kali darahnya diambil.

"(Pada tahun) 2004 ada lagi (contoh) DNA yang diambil daripada saya," katanya.

Oleh itu, katanya, tiada alasan mengapa beliau perlu menjalani ujian itu sekali lagi memandangkan data DNA tidak akan berubah walau tersimpan beribu tahun.

Sambung keterangan

Anwar enggan memberi contoh baru DNA beliau kerana bimbang ia akan dimanipulasi seperti yang didakwanya pernah berlaku 10 tahun yang lalu ketika perbicaraan kes pertamanya pada 1999.

Sementara itu, Anwar juga memberitahu bahawa beliau akan menyambung memberi kenyataan kepada Badan Pecegah Rasuah (BPR) Isnin ini.

anwar meet supporters tropicana 190708 crowdIa berhubung laporan polis yang dibuatnya terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung insiden "mata lebam" 10 tahun lalu.

Pada 16 Julai lalu, polis menahannya di luar rumahnya di Segambut Dalam ketika dalam perjalanan pulang daripada memberi keterangan pada BPR di Putrajaya dan dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur. Beliau dibebaskan keesokannya.

Sementara itu, dalam ucapannya, Anwar menasihatkan ahli-ahli PKR supaya tidak membenarkan diri mereka diprovoksi oleh pihak polis.

Beliau juga menggesa kepimpinan PKR supaya meneruskan perjuangan dan menggerakkan rakyat dan masyarakat.

"Jangan benarkan kita diprovokasi oleh pihak polis atau sesiapa. Jangan bagi ada pergaduhan," kata Anwar.

Beliau juga menyeru ahli dan penyokong PKR supaya menunaikan solat hajat dan berdoa agar Pakatan Rakyat dapat memerintah Malaysia."Sebenarnya contoh DNA yang baru tidak diperlukan tetapi data DNA yang diperlukan. Data tidak akan berubah walau 2000 tahun sekalipun," katanya ketika berucap kepada kira-kira 250 ahli dan penyokong PKR di ibupejabat PKR di Petaling Jaya petang tadi.

Anwar mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam bahawa DNA Anwar yang baru diperlukan, kerana yang ada sudah lama.

Anwar berkata beliau turut mengikut nasihat peguam dan juga pakar dalam dan luar negara memandangkan bukan sahaja sampel DNA malah darah, kuku dan juga rambutnya turut pernah diambil.

Polis sedang menyiasat aduan terhadap Anwar yang dibuat oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR pada 26 Jun lalu.

Posted in | 2 Comments
Jom komen di Facebook!

Khalid nafi lantik ahli keluarga Anwar terajui KDEB

SHAH ALAM 18 Julai - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan dakwaan yang mengatakan kerajaan negeri mengamalkan nepostisme apabila seorang lagi ahli keluarga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik memegang jawatan tertinggi dalam anak syarikatnya, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Beliau berkata, tidak wujud mana-mana ahli keluarga Anwar memegang jawatan dalam mana-mana anak syarikat kerajaan negeri Selangor.

"Tidak ada... tidak ada lagi ahli keluarga beliau (Anwar) dilantik dalam anak syarikat kerajaan negeri," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan yang disiarkan melalui sebuah laman blog mendakwa kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang melantik suami kepada anak saudara Anwar, Badrul Hisham Shaharin memegang jawatan tertinggi dalam KDEB.

Menurut laporan berkenaan, Badrul Hisham yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tinggi PKR dikatakan sebagai salah satu rantaian amalan kronisme Anwar bagi mengaut segala projek yang dilaksanakan di bawah KDEB.

Ini kerana, KDEB mempunyai rantaian sumber ekonomi yang amat kukuh di Selangor dalam pelbagai bidang meliputi rangkaian perhotelan, institusi pendidikan dan sebagainya yang dikatakan mampu membawa pulangan jutaan ringgit.

Sebelum ini, adik Anwar, Rusli turut dilantik sebagai Penasihat Khas KDEB. Bagaimanapun, kerajaan negeri pada 29 Jun lalu mengumumkan peletakan jawatan Rusli.

Pengumuman berkenaan dibuat kerana kerajaan negeri mahu menunjukkan kepada rakyat bahawa Rusli tidak lagi mempunyai sebarang kaitan dengan anak syarikat kerajaan negeri selain mengelak wujudnya sebarang konflik kepentingan mengenai perkara tersebut walaupun Rusli memegang jawatan tersebut sebelum ini.

Posted in , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Penasihat PKR berkurung di rumah

KUALA LUMPUR 18 Julai - Sehari selepas dibebaskan dengan jaminan polis, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga petang ini tidak keluar dari rumah sebaliknya "berkurung" di kediamannya di Bukit Segambut di sini.

Beliau dipercayai menghabiskan masanya seharian bersama keluarga selain menemui rakan-rakan, saudara-mara, peguam serta para penyokong yang datang silih berganti.

Anwar langsung tidak kelihatan walaupun sekadar di beranda atau laman rumahnya.

Pada pukul 7.15 malam, barulah kelibat Anwar kelihatan iaitu meninggalkan rumah menaiki kenderaan pacuan empat roda berwarna hitam sambil diiringi tujuh kenderaan lain.

Beliau yang berbaju batik berwarna coklat sempat melambai-lambai tangan ke arah jurugambar yang menunggu di luar rumahnya itu sambil tersenyum.

Kenderaannya dipercayai menuju ke Jasin, Melaka bagi menghadiri majlis ceramah politik dan makan malam bersama penyokong.

Dalam pada itu, petugas media yang 'berkampung' di luar rumah Anwar sejak pukul 8 pagi, gagal mengesan pergerakan keluar bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut.

Kira-kira pukul 10 pagi, Naib Presiden PKR, Azmin Ali memasuki rumah itu sebelum diikuti oleh peguam Anwar, Sankara N. Nair sejam kemudian.

Seorang lagi peguam Anwar, R. Sivarasa kelihatan memasuki rumah itu kira-kira pukul 12 tengah hari.

Pada pukul 3 petang, satu sidang akhbar diadakan oleh Sivarasa yang dihadiri kira-kira 70 petugas asing dari dalam dan luar negara.

Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati rumah Anwar terus menarik perhatian para penyokongnya yang ingin mengetahui keadaan semasa dirinya.

Malah, ada di antaranya cuba memasuki banglo itu dengan menghadiri sidang akhbar pada pukul 3 petang ini walaupun dikhaskan untuk wartawan.

Posted in , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Anwar bukan ancaman kepada kerajaan BN

KUALA LUMPUR 17 Julai – Penahanan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bukan kerana beliau menjadi ancaman kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) sebaliknya bagi membolehkan polis menyiasat dakwaan liwat yang dibuat terhadapnya.

Pengerusi Pemuda BN, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya tidak khuatir dengan Anwar kerana beliau hanya pandai bercakap tentang hasrat untuk menukar kerajaan tetapi sehingga sekarang tidak menjadikannya satu realiti.

“Kita tidak bimbang dengan Anwar dan ini terbukti apabila beliau diberikan ruang untuk berdebat mengenai isu kenaikan harga minyak yang disiar secara langsung melalui televisyen,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Anwar yang ditahan oleh sepasukan polis berhampiran rumahnya di Bukit Segambut di sini pada 1 petang semalam, dibebaskan dengan jaminan polis pagi ini.

Bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis pada 28 Jun lalu mendakwa dirinya diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Menurut Hishammuddin, pihaknya juga tidak menganggap kenyataan Anwar bahawa terdapat ahli Parlimen BN akan menyertai pakatan pembangkang sebagai ancaman kerana yakin perkara itu tidak akan berlaku.

“Perkara ini tidak dibuat sehingga sekarang dan kita yakin ia juga tidak akan menjadi kenyataan pada masa akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menggesa orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan taktik pihak pembangkang yang cuba membangkitkan perasaan tidak puas hati rakyat terhadap penangkapan Anwar semata-mata bagi mengalihkan tumpuan terhadap isu pokok membabitkan dakwaan liwat terhadap beliau.

“Dalam kita sibuk memikirkan penahanan Anwar yang sekarang ini telah pun dilepaskan, saya meminta semua pihak supaya jangan hilang fokus kepada isu pokok iaitu pada 28 Jun lalu seorang individu telah membuat laporan polis mendakwa diliwat.

“Dalam setiap kes, sekiranya ada laporan polis, siasatan mesti dijalankan secara sempurna tanpa rasa takut atau memihak kerana tiada sesiapa yang boleh meletakkan diri mereka melebihi undang-undang,” ujarnya.

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Pas tetap bantah penajaan bir

SHAH ALAM 17 Julai - Pas sekali lagi menunjukkan tidak sepakat dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP apabila mempertahankan pendirian membantah penganjuran perlawanan bola sepak persahabatan di antara pasukan Malaysia dan Chelsea di Stadium Shah Alam, pada 29 Julai ini.

Ia ekoran pembabitan penajaan syarikat minuman keras, Heineken pada perlawanan itu.

Pendirian terbaru Pas itu dilihat bertentangan dengan kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam, yang bersetuju perlawanan itu ditaja oleh Heineken kerana menganggap ia adalah penaja seluruh dunia yang membolehkan rakyat dapat melihat aksi kelab Liga Perdana Inggeris itu beraksi di negara ini.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Shafie Abu Bakar berkata, perlawanan berkenaan tidak seharusnya melibatkan syarikat minuman keras itu kerana ia jelas bertentangan dengan prinsip yang diperjuangkan oleh Pas selama ini.

''Walaupun perlawanan yang akan diadakan tidak akan menjual arak, tetapi penajaan mereka jelas tidak menepati dengan apa yang dibawa (prinsip) oleh Pas.

''Adakah tanpa penajaan syarikat ini, rakyat tidak berpeluang melihat perlawanan berkenaan. Bagi saya, perlawanan ini boleh diadakan tanpa membabitkan mana-mana syarikat arak,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Khas Majikan serta melancarkan Rakan Dakwah Zakat anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS), di sini hari ini.

Katanya lagi, negara ini termasuk kerajaan negeri sendiri mempunyai syarikat-syarikat lain yang berpotensi untuk menjadi penaja dan ia tidak semestinya melibatkan syarikat arak seperti Heineken yang juga penaja kepada pasukan Chelsea.

Dalam pada itu, Shafie yang juga Timbalan Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri turut berharap, pihak yang berkenaan termasuk kerajaan negeri sendiri supaya mengambil langkah-langkah yang perlu terhadap perkara itu kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini termasuk di Selangor.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas Selangor, Sallehen Mukhyi ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini memberitahu, keputusan kerajaan negeri membenarkan penajaan itu dilihat sebagai satu galakan dan sokongan terhadap syarikat berkenaan.

Katanya, penajaan syarikat itu seolah-olah sebagai satu bentuk promosi produk arak walaupun arahan melarang sebarang jualan minuman keras ketika perlawanan itu dikeluarkan oleh kerajaan negeri.

''Memang Heineken dikatakan turut mengeluarkan produk lain, tetapi yang utamanya adalah arak. Namun, kita khuatir akan mempengaruhi golongan belia Islam kerana penonton yang hadir sudah tentu turut melibatkan umat Islam.

Utusan

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Tokoh-tokoh Islam di seluruh dunia sokong Anwar


BEBERAPA tokoh Islam di seluruh dunia menyatakan sokongan mereka secara terbuka terhadap Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim di samping melahirkan rasa bimbang mereka terhadap perkembangan terkini dan keselamatan Anwar. Dalam satu surat terbuka ditandatangani tokoh-tokoh berkenaan dari merata pelusuk dunia mengenai Anwar yang dipaparkan di dalam laman Web Islamica Magazine (www.islamicamagazine.com), mereka juga menggesa pihak berkuasa negara ini supaya menyelesaikan isu berkaitan dengan telus, pantas dan adil bagi memastikan keselamatan, dan kebebasan Anwar terpelihara.

Antara tokoh-tokoh berkenaan termasuk Dr. Yusuf Islam (Komposer, ahli dermawan dan pengerusi Islamia Schools Trust, London, UK) dan Dr. Jamal Barzinji ( Timbalan presiden , International Institute of Islamic Thought, AS) (suarakeadilan)

Komen: Hebat betul la pengaruh abang Nuar diserata dunia. Semua mahu agar perjalanan siasatan kes liwa abang nuar disiasat dengan baik dan sempurna. Penulis amat yakin dengan khidmat dan mutu pegawai PDRM, kerana PDRM adalah salah sebuah polis yang terbaik didunia, Alangkah syukurnya kita rakyat Malaysia yang mempunyai pasukan polis yang bertanggungjawab dan lebih baik dari negara - negara jiran seperti di Indonesia, yang terkenal dengan tahap rasuah yang tinggi. Bersyukurlah kerana tinggal di Malaysia, jangan ragui kewibawaan PDRM kita. Ingat! Yang salah tetap salah, kebenaran dan keadilan harus ditegakkan. Sekarang sudah ada banyak bukti yang ditunjukkan oleh Allah SWT yang mana satu pihak yang benar, dan yang mana satu pihak yang salah. Bukalah mata hati, jangan terlalu fanatik pada individu.

Abang Nuar, abang Nuar jangan lupa ya, cabaran Si sepul.. ada berani ke nak bersumpah?? Mana pergi slogan 'lawan tetap lawan'?

Nantikanlah lakonan hebat abang Nuar pada episod seterusnya..


Posted in , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

'Saya tidak serang peribadi Anwar'

DEBAT antara Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek malam kelmarin mendapat sambutan yang luar biasa daripada kalangan rakyat serta ahli politik.

Kosmo! menemubual Ahmad Shabery Cheek bagi mendapatkan pandangannya mengenai sejauh mana kejayaan beliau di dalam debat anjuran Agendadaily.com yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kelmarin.

Kosmo!:Ada cakap-cakap mengatakan di dalam siri debat semalam, Datuk mengambil kesempatan dengan menyerang Anwar secara peribadi?

Ahmad Shebery: Serangan peribadi yang bagaimana itu? Cuba beritahu saya. Bagi saya, ia bukan serangan peribadi tapi kalau saya cerita pasal perangai awak dan kegemaran awak itu mungkin serangan peribadi. Tapi kalau saya nak mengukuhkan hujah, saya perlu melihat kepada rekod peribadinya (track record) sebelum ini dan itulah yang saya lakukan semalam.

Sehingga sekarang bagaimana reaksi yang diberikan oleh rakan-rakan ahli Dewan Rakyat serta orang ramai?

Sangat baik. Saya terima beratus khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyokong saya. Tetapi apa yang lebih penting saya dapat menangkis ilusi beberapa pihak yang menganggap tak ada yang berani untuk berdebat dengan Anwar.

Bagaimana Datuk melihat perjalanan pidato semalam?

Saya amat berpuas hati. Sekurang-kurangnya ini merupakan satu langkah ke hadapan terutamanya bagi kementerian saya dan kerajaan.

Adakah ini bermakna trend debat akan diteruskan berbanding pendekatan ceramah politik?

Kita belum menginstitusikan perkara itu di negara ini. Terpulang kepada orang ramai sama ada bersedia untuk menginstitusikannya. Misalnya kalau di Amerika Syarikat (AS), setiap kali pilihan raya debat itu adalah sebagai satu institusi yang wajib.

Maknanya adakah Datuk kini bercadang untuk aplikasikan kaedah debat di negara ini bagi membincangkan isu-isu nasional?

Saya tak cadangkan tapi saya rasa saya telah memulakan satu langkah baru dalam urusan kita menangani beberapa isu termasuklah isu global seperti yang dibahaskan semalam (kelmarin). Mengenai adakah ini langkah terbaik untuk bincang isu nasional, bagi saya ini merupakan antara langkah baik berbanding kita buat perhimpunan dan adakan konsert yang tak senonoh.

KOSMO

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Kenyataan penuh polis mengenai tangkapan Anwar Ibrahim

16/07/2008 9:07pm

Berikut adalah kenyataan akhbar Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin mengenai penahanan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim:

1. Untuk memastikan sesuatu tindakan berjaya diambil oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), PDRM memerlukan perancangan yang teratur dan sempurna.

2. PDRM mengambil kira dari sudut keselamatan operasi yang dijalankan, sama ada terhadap keselamatan pegawai/anggota polis yang menjalankan tugas atau kepada individu yang diambil tindakan.

3. Keselamatan adalah perkara yang paling utama dalam sesuatu operasi yang dijalankan. PDRM mempunyai peraturan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang dipertanggungjawab kepada polis. Tindakan ini adalah selari dengan garis panduan yang sedia ada.

4. Dalam melaksanakan tangkapan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia adalah secara profesional berdasarkan kepada keperluan ini. Bagaimanapun, tangkapan dilaksanakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Khas Bukit Aman. Tidak berlaku sebarang tindakan yang melanggar garis panduan yang ditetapkan.

5. Pihak polis boleh mengesahkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ditangkap pada 16 Julai 2008 jam 1.00 petang di sekitar Segambut. Pihak PDRM tidak mahu membuat tangkapan di dalam rumah beliau yang boleh menimbulkan kekecohan (commotion), waran tangkap telah disempurnakan ke atas beliau. Ketika ini beliau sedang membantu dalam siasatan satu kes liwat yang telah dilaporkan kepada polis oleh seorang pembantu beliau.

6. Beliau juga telah dibenarkan untuk berjumpa dengan peguam yang dipilihnya sendiri dan peguam beliau berada bersamanya pada waktu ini. Ahli keluarga beliau juga telah dibenarkan untuk berjumpa dengannya. PDRM ingin memberi kepastian kepada semua yang berkenaan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini selamat berada dalam tahanan pihak polis.

Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah
Polis Diraja Malaysia

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Anwar minta penyokong bertenang


Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta para penyokongnya dan rakyat Malaysia supaya bertenang ekoran tindakan polis menahannya hari ini.

Beliau juga meminta mereka supaya menolak sebarang percubaan provokasi, yang boleh dijadikan alasan untuk mengisytiharkan keadaan darurat.

Mantan timbalan perdana menteri itu menyatakan demikan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat beliau petang ini.

Pagi tadi, Anwar memberi kenyataan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya berhubung laporannya terhadap ketua polis negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan dan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung insiden 'mata lebam' pada 1998.

Menurut kenyataan itu lagi, semua ini merupakan ulangan episod yang berlaku terhadap Anwar pada 1998.

Sehubungan itu, katanya, rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa tidak akan bertolak ansur jika sesuatu yang tidak baik berlaku terhadap Anwar.

"Kami ingin mengingatkan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai janjinya untuk memastikan Anwar diberi perlindungan," tambah kenyataan itu lagi.

Menurutnya, Anwar ditahan di luar rumahnya di Segambut Dalam, Kuala Lumpur pada jam 1.05 tengahari tadi.

Mantan timbalan perdana menteri itu dijadual memberi kenyataan kepada ibu pejabat polis (IPK) Kuala Lumpur pada jam 2 petang berasaskan kepada persetujuan yang dicapai dengan pihak polis pada hari Selasa.

Kenyataan itu berkata, Anwar baru pulang ke rumahnya dari ibu pejabat BPR selepas memberi keterangan berhubung laporan polis yang difailkan berhubung kes penyembunyian fakta, yang membabitkannya pada 1998.

Menurutnya, ketika beliau menghampiri rumahnya, 10 kereta polis, separuh daripadanya tidak bertanda, memintas kereta yang dinaiki Anwar.

Sekumpulan 20 orang anggota komando menghampirinya, sekaligus mengingatkan kembali insiden ketika Anwar ditahan di rumahnya pada September 1998.

Seorang pegawai mendatangi Anwar dan mengarahkannya menaiki kereta polis yang tidak bertanda untuk dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur. Peguam beliau tidak dibenarkan ikut bersamanya dalam kereta polis tersebut.

Menurut kenyataan tersebut, Anwar ditahan kurang 15 jam selepas beliau mengambil bahagian dalam perdebatan mengenai kenaikan harganya minyak yang disiarkan secara langsung malam tadi.

http://malaysiakini.com

Komen: Bukan ada apa-apa pun, polis hanya mahu tahan dia, untuk ambil keterangan. Media munafik, SuaraKeadilan kalut suruh rakyat dan penyokong pembangkang berhimpun dihadapan IPKKL. Budaya yang dibawa oleh Anwar dan diserapkan dikalangan rakyat boleh menyebabkan negara huru-hara seperti tahun 1998.

Adakah Anwar mahu tragedi 1998 berlaku kembali??

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Pemuda Umno gesa 'budaya liar asing' dikekang

Pemuda Umno mahu 'budaya liar asing' yang merujuk kepada demonstrasi jalanan yang cuba dibawa oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikekang sebelum menimbulkan suasana huru-hara.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dalam kenyataan akhbarnya malam ini, berkata perkara itu bakal menjadi satu lagi helah besar Anwar untuk mengalih tumpuan ramai dari kes liwatnya yang sedang disiasat oleh pihak polis.

"Saya menyeru kepadanya (Anwar), cukuplah dengan sandiwara ini, janganlah memperalatkan rakyat yang tidak berdosa untuk memenuhi agenda peribadinya," katanya.

Bernama melaporkan beliau berkata, sikap yang ditunjukkan Anwar itu jelas menunjukkan seseorang yang hilang pertimbangan kewarasan serta sanggup mengorbankan prinsip demokrasi, keamanan dan kesejahteraan untuk memenuhi impian peribadi dan mengalih perhatian ramai.

Hishamuddin berkata Pemuda Umno telah sepakat dengan anggota-anggota exco dalam perkara ini untuk bersatu-padu bagi menggerakkan anggotanya di semua peringkat akar umbi bagi menangani isu tersebut.

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Musa tetap saman Anwar

KUALA LUMPUR 13 Julai - Tan Sri Musa Hassan tetap akan menyaman Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kegagalan Anwar menarik balik tuduhan bahawa beliau memalsukan keterangan bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipukul bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor pada 1998.

Tindakan itu juga diambil oleh Ketua Polis Negara berikutan kegagalan Anwar membuat permohonan maaf kepadanya.

Difahamkan, Musa melalui firma guaman Tetuan Kamarul Hisham & Hasnol Rezua menuntut ganti rugi sekurang-kurangnya RM5 juta daripada Anwar.

Jumaat lalu, Musa menghantar surat kepada Anwar dan memberi tempoh 48 jam iaitu sehingga hari ini kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu untuk memohon maaf serta menarik balik tuduhan tersebut yang terkandung dalam satu laporan polis pada 1 Julai lalu.

Musa ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini petang ini berkata, sehingga hari ini beliau belum menerima sebarang permohonan maaf dan penarikan balik tuduhan atau laporan polis oleh Anwar.

"Sehubungan itu, saya akan teruskan tindakan (saman) kerana tuduhan (Anwar) itu telah mencemarkan nama saya selaku Ketua Polis Negara.

"Sekarang saya serahkan kepada peguam saya, tempoh 48 jam pun sudah berakhir... biarlah peguam tentukan tindakan lanjut," katanya.

Pada 1 Julai lalu, Anwar membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor terhadap Musa dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Dalam laporan itu, Anwar mendakwa Musa dan Abdul Gani terlibat dalam kes pemalsuan keterangan beliau dipukul oleh Rahim pada 1998.

Abdul Gani ketika itu ialah timbalan pendakwa raya paling kanan manakala Musa merupakan ketua pegawai penyiasat kes yang membabitkan Anwar.

Komen: Bagus Tan sri, langkah anda harus diikut oleh semua ahli politik yang lain. Anwar terlalu bebas mengkritik dan mengutuk. Berikan dia pengajaran supaya bertaubat dan mencari jalan lain untuk menjadi PM, ingat pesan Dr. Mahathir, anwar ibrahim tak kan jadi PM.

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Pembangkang sebar dakyah negara tidak stabil

SEPANG 13 Julai - Parti-parti pembangkang kini mula menyebarkan dakyah bahawa negara kini dalam keadaan tidak stabil semata-mata bagi mengalih kepercayaan rakyat kepada kepimpinan negara.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pakatan pembangkang sekarang ini berada dalam keadaan terdesak apabila sengaja mereka-reka cipta termasuk mengadakan perhimpunan serta mengusul undi tidak percaya terhadap kerajaan.

Katanya, mereka sengaja mereka-reka andaian dan sangkaan bertujuan untuk mengalih pandangan rakyat terhadap masalah-masalah peribadi yang mereka hadapi.

``Sangkaan sebegini sangat penting dalam negara kerana kita susah nak ubah mentaliti rakyat yang sudah dicemari dengan andaian mereka itu,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kerjaya Bagi Pemimpin Malaysia Akan Datang di sini hari ini. - Utusan

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Lepas segera, tidak perlu tunggu – Nik Aziz

11/07/2008 3:50pm

KOTA BHARU 11 Julai – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu segera melepaskan jawatannya dan tidak sepatutnya menunggu sehingga dua tahun lagi untuk berbuat demikian.

Beliau berkata, Perdana Menteri perlu sedar bahawa punca utama mengapa beliau terdorong menyerahkan jawatan adalah kerana rakyat tidak lagi mengharapkannya untuk memimpin negara.

"Lepas-lepas selalulah (terus), kenapa nak tunggu, tak payah tunggu lagi.

``Dia perlu sedar kenapa dia kena lepas jawatan, mestilah sebab orang dah tidak seronok dengan dia, jadi tunggu apa lagi," katanya.

Nik Abdul Aziz berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah pagi di Dataran Ilmu di sini hari ini.- Utusan.

Komen: Amboi, amboi.. Makin lama makin melampau Tok Guru ni. Dia sapa nak suruh pak lah lepas jawatan terus. Ada akai ke tak dak orang tua tu. Sebagai seorang yang profesional, Pak Lah harus menunaikan janji dan manifesto pada PRU12 yang lepas. Bukannya pakai main letak je jawatan. lagipun, dia dah bagus sangat bagi tahu nak turun dari kerusi PM pada 2010, kalau Anwar orang desak dia turun, saya rasa tak macam tu.

Posted in | 3 Comments
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .