Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu mendesak pihak polis menyiasat dengan segera kos penyelenggaraan kereta Proton Perdana V6 eksekutif kerajaan negeri Terengganu yang terlalu tinggi dan melampau.
Ketuanya, Mohd Fariz Musa membuat laporan polis berhubung perkara itu di Ibu pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu jam 3.02 petang.
Beliau ditemani oleh Timbalannya, Muzafeq Affyulzalfuzam Mohamad dan beberapa exco AMK.
Aduan tersebut adalah berdasarkan kepada laporan Utusan Online dan Bernama pada 23 Julai lalu.
Mohd Fariz turut menyertakan kenyataan Proton bahawa kos penyenggaraan kereta Proton Pedana V6 adalah munasabah dan sederhana.
Menurut kenyataan Proton itu, tiada tuntutan jaminan yang dibuat terhadap Proton sejak Oktober 2004 bagi kenderaan terbabit.
"Kami berharap polis menyiasat dengan segera kos penyenggaraan yang tinggi dan melampau kerana ia melibatkan duit rakyat," katanya kepada Malaysiakini.
Fariz juga meminta Badan Pencegah Rasuah (BPR) supaya bersikap telus dan profesional serta menyiasat perkara tersebut hingga ke akar umbi.
"Jangan sampai ikan bilis tertangkap, ikan jerung (pula) terlepas,"katanya.
Komen: AMK sentiasa menanguk di air yang keruh. isu kecil diperbesarkan. Mereka selalu mencari salah orang lain dan sengaja mencetuskan kontrvesi. Inikah barisan pemuda yang diharapkan untuk menjadi pemimpin di Malaysia? Layakkah mereka untuk memimpin kita kelak?
pujian perlu diberi kepada menteri besar baru t'ganu yang menjatuhkan lagi maruah bodowi. (walaupun dia UMNO member)
BalasPadamnice move, dude.
ahmad said tu satu sen pun tak boleh pakai..apa perancangan dia untuk terengganu?takde..semua hasil idris jusoh, dia cuma teruskan je. ni lah akibat bila pemimpin dipilih oleh istana yang kecewa dengan idris yang tidak meluluskan pembinaan istana baru bernilai 200juta dimana 200 juta itu bole dimanfaat kepada benda yg labih baik daripada buat istana baru.
BalasPadampasal v6 tu
yang salah pusat servive proton apa kene mengene ngan pak la pulak
amk mmg saje2 nak tunjuk jadi hero..dah takde bende lain nak buat..bende dah pon dalam siasatan apahal plak nak buat repot polis lagi..bahalol punya puak..