Musa tetap saman Anwar

KUALA LUMPUR 13 Julai - Tan Sri Musa Hassan tetap akan menyaman Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kegagalan Anwar menarik balik tuduhan bahawa beliau memalsukan keterangan bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipukul bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor pada 1998.

Tindakan itu juga diambil oleh Ketua Polis Negara berikutan kegagalan Anwar membuat permohonan maaf kepadanya.

Difahamkan, Musa melalui firma guaman Tetuan Kamarul Hisham & Hasnol Rezua menuntut ganti rugi sekurang-kurangnya RM5 juta daripada Anwar.

Jumaat lalu, Musa menghantar surat kepada Anwar dan memberi tempoh 48 jam iaitu sehingga hari ini kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu untuk memohon maaf serta menarik balik tuduhan tersebut yang terkandung dalam satu laporan polis pada 1 Julai lalu.

Musa ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini petang ini berkata, sehingga hari ini beliau belum menerima sebarang permohonan maaf dan penarikan balik tuduhan atau laporan polis oleh Anwar.

"Sehubungan itu, saya akan teruskan tindakan (saman) kerana tuduhan (Anwar) itu telah mencemarkan nama saya selaku Ketua Polis Negara.

"Sekarang saya serahkan kepada peguam saya, tempoh 48 jam pun sudah berakhir... biarlah peguam tentukan tindakan lanjut," katanya.

Pada 1 Julai lalu, Anwar membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor terhadap Musa dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Dalam laporan itu, Anwar mendakwa Musa dan Abdul Gani terlibat dalam kes pemalsuan keterangan beliau dipukul oleh Rahim pada 1998.

Abdul Gani ketika itu ialah timbalan pendakwa raya paling kanan manakala Musa merupakan ketua pegawai penyiasat kes yang membabitkan Anwar.

Komen: Bagus Tan sri, langkah anda harus diikut oleh semua ahli politik yang lain. Anwar terlalu bebas mengkritik dan mengutuk. Berikan dia pengajaran supaya bertaubat dan mencari jalan lain untuk menjadi PM, ingat pesan Dr. Mahathir, anwar ibrahim tak kan jadi PM.

Posted in . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .