Tiada kerajaan campuran BN-PAS


KUALA LUMPUR 31 Julai – Pas menolak sebarang kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) untuk mewujudkan kerajaan campuran sama ada di peringkat Pusat ataupun negeri.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagaimanapun berkata, Pas bersedia menemui mana-mana pihak termasuk UMNO untuk mengadakan perbincangan demi kepentingan negara.

berita selanjutnya disini

Komen ڤواريس ملايو:

  1. PAS tidak ikhlas dalam perjuangannya dalam menegakkan agama Islam dan membela bangsa Melayu. Buktinya, Kenyataan Nik Aziz semalam, memberi pelbagai syarat untuk bekerjasama dengan UMNO untuk mempertahankan kedaulatan Melayu dan agama Islam di Perak dan Selangor. Kenapa Nik Aziz memberi banyak syarat untuk kepentingan bangsa dan agama sendiri?
  2. PAS memang takutkan DAP. Ternyata PAS tunggangan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. PAS lebih sayangkan DAP dari sayangkan bangsa dan agama sendiri.
  3. Ketuanan DAP bermaharajalela dalam Pakatan Rakyat. DAP menjadi tunjang Pakatan Rakyat.
  4. PAS tidak mempunyai pendirian yang teguh. Perjuangannya yang makin lama makin kabur menyebabkan kerugian kepada PAS sendiri.


Posted in , , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

6 Responses to Tiada kerajaan campuran BN-PAS

  1. kalo bekerjasama dgan UMNO,kena terima syarat PAS;laksanakan hukum hudud dan qisas.(MCA tak setuju).tapi kalo dengan DAP,takbole ada sbarang undang2 Islam mahupun sbut Islam memerintah..dan jadi tunggangan DAP (parlimen kerusi sikit,perintah negeri miskin,boneka Menteri Besar,exco portfolio sampah saja)..takpe pulak camtu..huhu pelik ahh ulama' zaman skarang..DAP konfem2 takmau Islam boleh plak kerjasama..apa nak jadi nih!

    ps;memang sikap melayu..marahkan nyamuk,bakar saja kelambu!!

    BalasPadam
  2. biasa la tu..aku pun hairan kenapa dilabelkan pemimpin2 pas ni sebagai ulamak..

    dengan umno nak mcm2 syarat..dgn dap yang terang2ngan hina islam tak kata apa2 pulak.. nik aziz hanya pentingkan diri sendiri..dia ingat pas dia yang punya..dia tak tau ramai jugak pengundi pas yang mahukan kerjasama ni jadi kenyataan.

    aku tertanya2 jugak, kenapa nik aziz tak laksanakan hukum hudud di kelantan?kalau tak secara menyeluruh pon secara ala kadar pon jadilah..takde pun aku tgk org yang ditangkap khalwat kene sebat di khalayak..

    ckp tak serupa bikin..jika sebelum ni mereka memuja raja petra sebagai orang yang berani, tapi apa komen pas apabila raja petra menggelar PAS Parti Ajaran Syaitan di blognya berhubung muzakarah dgn umno? PAS tak kata apa2..memang dasar hipokrit..munafik pon ye jugak

    BalasPadam
  3. Pas lagi rela bekerjasama ngan DAP daripada UMNO..kenapa?adakah PAS terlalu bodoh utk ditunggangi oleh DAP..atau UMNO terlalu zalim utk diikuti..hukum islam di kelantan? anda ade cek tak di kelantan ade tempat judi?ade karaoke? ade kelab malam?anda ada cek tak kat kelantan setiap hari jumaat derang buat apa..mengajar lagi baik dari menghukum..tu keutamaan Pas..kenapa bagi syarat dgn UMNO? dah UMNO cakap bekerjasama untuk Islam mesti laksanakan hukum Islam..kenapa bleh kerjasama ngan DAP? dah DAP pon menentang kezaliman UMNO..tu titik pertemuan PAS-DAP..dan PAS tak tutup perbincangan ngan UMNO pon selagi berkisar tentang kedaulatan Islam di Malaysia..kerjasam? no way..dah berapa kali Pas teraniaya sebab kerjasama ngan UMNO...

    BalasPadam
  4. UMNO PENIPU BANGSA MELAYU.

    UMNO KHIANATI RAKYAT

    UMNO CEMARKAN AGAMA ISLAM

    UMNO MESTI DIHAPUSKAN.

    BalasPadam
  5. PAS PENIPU BANGSA MELAYU

    PAS KHIANATI RAKYAT

    PAS CEMARKAN AGAMA ISLAM

    PAS & DAP MESTI DIHAPUSKAN

    BalasPadam
  6. PAS sudah tidak relevan memperjuangkan Islam kerana sekarang ini mereka sudah di rasuk dengan agenda berteraskan keadilan ...PAS menggunakan Islam untuk meraih sokongan orang Islam akan tetapi tidak kepada perjuangan menegakkan Islam apabila bercinta dengan PKR dan DAP ...

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .