Mufti Perlis: Sumpah Saiful risiko teramat besar

Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin melahirkan rasa terkejut dengan keberanian Mohd Saiful Bukhari Azlan bermubahalah. Namun begitu, beliau menyifatkan sumpah yang dibuat oleh Saiful itu sebagai risiko yang teramat besar.

“Sekiranya dia benar, dia akan selamat tetapi jika dia berbohong lambat laun, kelaknatan Allah akan turun kepadanya dalam berbagai perkara yang tidak tergambar oleh dirinya sendiri,” tegas Dr Asri ketika dibungi sebentar tadi.

Dr Asri yang kini berada di Kota Bharu menghadiri ‘Seminar Tajdid’ di USM, Kota Bharu berkata, “Keberanian Saiful melafazkan lafaz yang seperti itu menunjukkan samada dia meyakini apa yang dia dakwa ataupun dia tidak faham akan kesan terhadap lafaz berkenaan pada masa hadapan.”

Menurut tokoh agama yang lantang bersuara ini, tindakan Saiful itu juga boleh menimbulkan kesangsian dan keraguan terhadap pihak yang dicabar kerana bukan mudah seseorang untuk melafazkan apa yang dilafazkan oleh Saiful.

“Bukan mudah seseorang melafazkan sumpah mubahalah itu melainkan dia dalam keadaan tidak siuman ataupun dia sedar apa yang diyakini itu benar,” katanya lagi.

Tambahnya, “Oleh kerana akan timbul kesangsian pihak yang di cabar dan untuk menghilangkan keraguan masyarakat maka pihak yang didakwa iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim hendaklah melafazkan sumpah bermubahalah dengan bentuk yang sama. Maka jadilah mubahalah yang mana kita akan lihat hukuman Tuhan nanti.”

Ketika ditanya bagaimanakah pendirian beliau kini setelah Saiful bermubahalah, Dr Asri berkata, “Adapun saya tidak pernah menyatakan secara putus siapa yang benar, siapa yang salah.”

Pewaris Melayu kata:

Berani kerana benar, takut kerana salah. Saiful tak bodoh dan tak cetek dalam agama. Kesan sumpah saiful amat besar. Apa respons anwar?

Posted in , , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

6 Responses to Mufti Perlis: Sumpah Saiful risiko teramat besar

  1. Hanya mereka dua yang tahu kan...

    Namun Saiful dah bersumpah... pandai2lah dia tanggung risikonya sendiri

    BalasPadam
  2. peringatan !!! macam-macam boleh dilakukan oleh manusia, macam mana jika lepas bersumpah orang merancang tragedi kepada kedua pihak saiful @anuwar siapa kita mahu kata salah? Sumpah Saiful benar, apa yang dilafaz belum tentu benar sebab macam ada yang tak kena dengan masanya kecuali hari jummat memang hari yang mulia.Bagi pihak anuwar pula silalah bersumpah kerana nama anda kepada orang islam sudah tercemar.Satu perkara jika anuwar bersumpah tidak meliwat saiful, gugurkah tuduhan Anuwar di mahkamah ? sidang akhbar saiful selepas sumpah menyatakan dia telah di paksa tapi tuduhan di mahkamah mereka melakukan seks luar tabie, orang pandai undang-undang sila jawab !!. Bagi saya mudah bagi mahkamah tentukan, sebab sumpah tidak menentukan siapa yang bersalah. Dalam Islam sendiri ada undang-undang, maknanya sumpah tidak menjadi pemutus, bukti yang penting. kita jangan jadi mangsa politik yang semakin kalut nanti nasib kita akan terabai, melayu sedang ditertawakan.Rakyat yang berkuasa, kita bersuara jatuhkan pemimpin yang hanya pentingkan diri tak kira kerajaan atau pembangkang, mereka patut diajar.Cara yang paling berkesan untuk kita semua, kembali kepada ajaran Islam yang sebenar .Jangan hanya Islam dimulut dan setakat mengerjakan solat 5 waktu, jangan jadi hamba manusia jadilah hamba Allah.Sama-sama kita berdoa moga kekalutan politik negara ini segera berlalu, dengan izin Allah doa berjuta orang Islam negara ini ia akan berhasil. Satu soalan patutkah kita kembalikan kuasa raja-raja yang berkuasa penuh untuk mentadbir negara ?

    BalasPadam
  3. Secara logiknya : KALAU SAIFUL ITU PEMIMPIN PKR,
    DAN ANWAR MASIH LAGI TPM (UMNO) SEKARANG INI...

    PASTINYA : PAKATAN SAIFUL (PKR) AKAN MEMPERCAYAI 101% PERKARA INI !

    ----
    Tetapi, oleh kerana Saiful bukan PEMIMPIN PKR, dan bukan PAKATAN RAKYAT, maka puak-puak/ahli-ahli PAKATAN RAKYAT membutakan mata untuk mempercayai kejadian LIWAT ini - sehingga selepas Saiful bersumpah inipun mereka masih MENAFIKAN LIWAT INI DEMI DE FACTO ANWAR IBRAHIM! ... Percayalah! Saiful bukan bodoh dan bodoh dan bodoh untuk menerima LAKNAT ALLAH jika dia bermain SUMPAH ini ... ANWAR CONFIRM MELIWAT SAIFUL! ...

    AloQStaQ

    BalasPadam
  4. jelas dr asri tak layak dilantik sebagai mufti kerana kenyataan beliau seolah2 tidak mempercayai saiful..ada ke patut dia kata saiful samada tak siuman atau tak paham risiko yg bakal titanggung selepas bersumpah..

    nampak sangat dia pro anwar..pak lah letak kalungan bunga kat tugu negara dia samakan dengan menyembah berhala..habis tu yg nik aziz mengkapirkan umno, cakap allah mencarut, undi pas masuk syurga tu dia tak komen plak..mana ada hadith atau ayat alquran menyebut undi pas masuk syurga..syurga neraka kan kuasa allah..

    BalasPadam
  5. bagi saya, mufti kena neutral. baru lah hukum hakam bab agama tak jadi berat sebelah. tapi sekarang mufti perlis banyak 'bom' peribadi seseorang. tah tak tau nak kata apa.

    BalasPadam
  6. Sebagai hamba Nya, sama2 kita berdoa agar ditunjukkan kebenaran, Insya'Allah.

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .