Nampaknya saingan begitu sengit pada pilihanraya kecil kali ini. PKR sudah jelas meletakkan calon simpanan mereka Dr. Mansor Bin Othman sebagai simpanan jika Anwar Ibrahim ditangkap atas pertuduhan sodomi keatas Saiful Bukhari Azlan. Calon Akim, Hanafi Mamat yang merupakan president Akim juga bertanding. Dapatkah Anwar Ibrahim mendapat undian majoriti seperti pilihanraya yang lepas? Adakah langkah PKR meletakkan calon simpanan wajar? Kita tunggu dan lihat apa perkembangan seterusnya.
Update:
Hanya 3 calon bertanding pada pilihanraya kecil Permatang Pauh
BUKIT MERTAJAM 16 Ogos – Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Angkatan Keadilan Insan Malaysia.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya itu akan ditandingi oleh Datuk Arif Shah Omar Shah (BN), Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) dan Hanafi Mamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia.
Proses penamaan calon pilihan raya itu diadakan di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini pagi ini. - Utusan.